Minyak Turun 20 sen Bulan Ini!

| 0 ulasan

Masihkah kita ingat peristiwa lalu yang berlaku pada 4 Jun 2008? Dimana perdana menteri(PM) kita mengumumkan minyak akan naik sebanyak 78 sen. Belum pernah lagi kenaikkan sebanyak 40% dibuat oleh mana-mana PM terdahulu.


Apa yang diumumkan adalah penstrukturan semula subsidi minyak di Malaysia dimana harga minyak akan mengikut harga pasaran global.

Kerajaan berharap tidak akan ada lagi kawalan harga bagi petrol serta diesel dan bahan bakar itu dijual mengikut harga pasaran pada masa hadapan.

- 03/06/2008 Utusan Malaysia
Walaupun harga minyak diapungkan namun kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 30 sen seliter disamping pemberian rebet pada tiap-tiap tahun.

Harga minyak pada ketika diumumkan, adalah lebih kurang $135 setong dan tukaran ringgit adalah sebanyak RM3.24 untuk $1. Setelah perkiraan, harga runcit bagi 1 liter petrol adalah sebanyak RM3.00. Dari sini kita boleh menerbitkan satu formula bagi mengira pemalar didalam perkiraan harga seliter petrol tersebut. Satu tong = 159 liter, manakala $1 = RM3.24. Jadi



Berpandukan kepada pemalar tersebut, kita dapat mengagak berapakah harga minyak runcit hanya dengan 2 pelaras; Tukaran ringgit dan harga setong minyak.

Semalam, Shahrir Samad menyatakan kerajaan bakal menurunkan harga minyak tidak lama lagi. Berita ini merupakah khabar yang amat gembira dan amat dinanti-nantikan oleh semua pihak.

The government may cut gasoline prices should crude oil drop below $125 a barrel for at least three weeks, said Shahrir, who tracks the crude price daily. Such a reduction may come as early as this year to enable the government to keep its pledge of maintaining a 30 sen (9 cents) subsidy on every liter of gasoline, he said.

- 30/07/2008 Bloomberg
Tidak pernah sebelum ini kerajaan mengumumkan harga minyak turun sehingga disinonimkan dengan BN=Barak Naik! Janji telah diberi, kini kotakan janji tersebut.

Hai orang beriman, tepatilah janjimu.


- al-Maidah:1
Jika perkara ini benar-benar berlaku, berkemungkinan besar kerajaan akan meraih sokongan semula daripada rakyat yang agak kecewa sebelum ini. Ini disahihkan lagi dengan perbincangan kabinet hari ini.

PUTRAJAYA: Kabinet semalam membincangkan kemungkinan menurunkan harga minyak petrol dan diesel di pam berikutan penurunan harga minyak mentah dunia baru-baru ini.

- 31/07/2008 Berita Harian
Persoalannya, berapakah harga baru yang bakal rakyat nikmati? Rujuk kembali kepada formula yang telah saya berikan terlebih dahulu, pelaras yang diperlukan adalah harga minyak mentah dan juga tukaran dollar. Pada waktu ini, tukaran dollar kepada ringgit adalah sebanyak RM3.262, manakala satu tong minyak mentah pula berharga $125.


Dengan mengenakan formula tersebut, saya menjangkakan, minyak di Malaysia sepatutnya turun sebanyak 20 sen!


Dengan berita Anwar bakal bertanding di Permatang Pauh, pada pendapat saya, kerajaan akan mengumumkan harga baru ini semasa pilihanraya kecil di Permatang Pauh. Saya yakin jika kerajaan umumkan ini, kredibiliti kerajaan sebagai sebuah kerajaan yang telus dan sekaligus menunjukkan yang sistem penstrukturan semula harga minyak ini berkesan. Saya membuat spekulasi paling lewat harga baru ini diumumkan adalah pertengahan bulan Ogos ini.

Bunga Melur kembang sekaki
Mari dibungkus dengan kertas
Di dalam telur lagi dinanti
Inikan pula sudah menetas


Baca seterusnya...

Langkah Terakhir Anwar Untuk Checkmate!



Tinggal kurang dari 2 bulan sahaja lagi saudara Anwar bakal menjadi PM, adakah mungkin lebih masa diperlukan bagi Anwar mengatur kembali strategi beliau? Baru-baru ini banyak berita yang dikhabarkan didalam media tentang Muzakarah ataupun Muqabalah PAS dengan UMNO. Mengapa baru sekarang ingin bermuzakarah? Nik Aziz pernah mengatakan beliau tidak bersetuju dengan Muzakarah ini, kerana bagi beliau UMNO pernah membelot PAS.

Orang mukmin tidak akan dipatuk ular yang sama dalam lobang yang sama

Bukankah didalam Islam kita telah didik untuk bermaafan diantara satu sama lain? Bukankah didalam Islam kita juga tidak digalakkan bersangka buruk dan berdendam?

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa

- al-Hujurat:12
Mengapa seorang yang bergelar "tok guru" didalam parti yang mendokong prinsip keislaman, mengajak pengikutnya untuk menolak rakan seagamanya? Didalam Al-Quran banyak menyebut tentang bermaafan dan menyeru kita supaya berada didalam barisan yang teguh.

Jangan kamu bercerai-berai sebab kamu akan lemah dan lenyap kekuatan itu

- al-Anfal:46
Namun begitu, selang beberapa hari kemudian, Nik Aziz bertukar pendapat hanya kerana istilah yang digunakan tidak sesuai.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang hadir dalam mesyuarat itu meminta istilah pertemuan itu ditukar kepada 'muqabalah' (bersemuka) yang lebih tepat maksudnya dan bukannya 'muzakarah' seperti yang dikatakan oleh media dan UMNO.

Beliau mengulangi pendiriannya sebelum ini iaitu tidak bersetuju dengan pendekatan muzakarah tetapi merestui muqabalah sama seperti yang dipersetujui oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama parti itu pada April lalu.

- 24/07/2008 Utusan Malaysia
Adakah istilah itu sangat penting? Bukankah yang lebih penting pengertian dan maksudnya?

Lah ke tengah makan api.

Pendapat saya, terdapat pertelingkahan diantara golongan Profesional vs Ulamak didalam PAS. Satu pihak berpegang jika mereka berada didalam Pakatan Rakyat(PR), syiar Islam tidak dapat ditegakkan kerana pendirian rakan-rakan lain didalam PR adalah nyata, tiada negara Islam dan tiada hukum hudud.

Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini mendesak PAS supaya menggugurkan agenda parti itu untuk menubuhkan negara Islam.

- Karpal - 22/04/2008 Malaysia Kini

Saya tidak menyokong apa-apa tuntutan negara Islam

- Anwar Ibrahim - Kajang 14/01/2008
Pada pihak profesional pula, mereka lebih menjerumus kearah perkongsian kuasa yang kurang Islamik dan lebih kepada ala-ala UMNO. Nahtijahnya memang terdapat pergolakan diperingkat atasan didalam PAS. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik jika PAS bersemuka dengan UMNO dan berbincang perihal Islam dan Melayu, walaupun berbeza fahaman politik mereka tetapi satu titik persamaan mereka adalah Islam dan Melayu.

Kalau digali tanah berbingkah, tanah berderai yang akan bertemu.


Anwar semakin gusar dengan perkembangan muzakarah/muqabalah PAS-UMNO, dengan siasatan liwat membabitkan beliau hampir tamat, beliau bakal masuk ke mahkamah tidak lama lagi.

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Polis sudah menyiapkan penyiasatannya ke atas DSAI yang didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan dan akan mengheret ikon pembangkang itu ke mahkamah tidak lama lagi atas tuduhan tersebut.

Perlu diingatkan bahawa rakan-rakan didalam PR sendiri mahu Anwar menyelesaikan dakwaan liwat terhadap nya secara bersendiri dan tidak melibatkan PR.

Pemimpin-pemimpin Pas juga sudah mencapai kesepakatan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menyelesaikan dakwaan liwat yang dihadapinya secara bersendirian tanpa perlu melibatkan Pas.

- 12/07/2008 Mingguan Malaysia
Malah Karpal Singh sendiri selaku Presiden DAP juga kurang yakin dengan dakwaan PR bakal membentuk kerajaan baru kurang 2 bulan ini.

Setakat ini, saya lihat Anwar sangat yakin. Adakah anda percaya cita-citanya akan tercapai? Secara ikhlas, saya tidak percaya ia akan berlaku

- Karpal - 27/07/2008 Utusan Malaysia
Ini membuktikan bahawa langkah terakhir bagi Anwar meyakinkan rakan-rakan didalam PR adalah dengan membersihkan nama beliau terhadap tuduhan liwat ini. Jika mahkamah mendapati Anwar bersalah, beliau tidak akan dapat menjadi PM menjelang 16 Sept ini. Dan jika bukti-bukti yang dikemukan oleh polis mempunyai asas yang kukuh kita akan lihat pakatan didalam PR itu sendiri akan hancur berkecai.

Nabi SAW bersabda;
Barangsiapa yang mendapatinya melakukan amalan kaum lut, maka bunuhlah pembuat dan yang kena buat

- (Al-Mustadrak ‘ Ala Sahihain : 4/395 : hadis no : 8049)
Ini kerana Pas selaku parti yang berpegang kepada prinsip Islam tidak boleh bersekongkol dengan seorang pemimpin yang melakukan maksiat dan tergolong didalam golongan Sodom. Pas juga saban hari boleh dikatakan sudah tidak pasti kemana hala tuju nya didalam PR.

Tajol Rosli baru-baru ini mengajak PAS masuk kedalam BN dan bersama-sama memerintah Perak.

Saya sanggup terima Pas menjadi Menteri Besar(MB) dan saya sendiri tidak akan duduk dalam kerajaan negeri. Ini kerana kalau saya duduk dalam kerajaan, akan dikatakan saya sebagai Exco yang menguasai kerajaan Perak

- Tajol Rosli - 29/07/2008 Berita Harian
Didalam PR, PAS merupakan parti yang didalam situasi menang-menang. Jika mereka berada didalam PR mereka masih boleh memerintah Kedah dan Kelantan dan jika mereka setuju keluar PR dan masuk bersama BN, mereka diberi peluang untuk memerintah Kedah, Kelantan dan Perak. Walaupun sekarang MB di Perak adalah beragama Islam, tetapi kenyataannya, Nizar hanyalah boneka kepada DAP. Lihat sahaja kaum yang mana lebih didalam kabinet kerajaan negeri Perak sekarang ini. Jika tidak kerana perlembagaan mengatakan seorang MB perlu beragama Islam, Nizar diberi jawatan MB, jika tidak? Adalah lebih baik jika PAS berfikir secara dalam pelawaan Tajol tersebut, ia dapat memberi kelebihan kepada PAS agar dapat menyebarkan syiar Islam dengan luas lagi tanpa tentangan dari rakan yang anti-Islam.

KUALA LUMPUR 29 Julai – Pendirian Pas berhubung cadangan penubuhan kerajaan gabungan dengan UMNO di Perak akan ditentukan pada Khamis ini.

Utusan Malaysia difahamkan satu mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dijadual diadakan di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut di sini, Khamis ini bagi membincangkan isu tersebut.

- 29/07/2008 Utusan Malaysia
Masa semakin suntuk. Hari silih berganti, sempatkah Anwar mengorak langkah mencaturkan semula strategi beliau? Apa yang saya lihat, Anwar tidak mungkin menjadi PM pada 16 Sept ini, kerana untuk menjadi PM beliau perlu terlebih dahulu menjadi seorang wakil Parlimen(MP). Dan dengan kerusi Kulim belum lagi dikosongkan mana mungkin beliau sempat?

Langit yang tinggi hendak ditampar, bumi yang dipijak tak dapat dicapai.


Langkah seterusnya bagi Anwar adalah mengarahkah MP Kulim iaitu Zulkifli Nordin mengosongkan kerusi tersebut dan bertanding bagi pilihanraya kecil.

Jika tiada halangan, saya akan bertanding di Kulim-Bandar Baharu. Ahli Parlimen sekarang (Zulkifli Nordin) telah bersetuju memberi laluan

- Anwar Ibrahim - 28/07/2008 Utusan Malaysia
Ini adalah langkah Anwar untuk "Check", saya yakin segala jentera BN akan dikerahkan bagi melawan Anwar dikawasan tersebut. Persoalannya sempatkah Anwar untuk bertanding dan menang/kalah dipilihanraya kecil tersebut, sebelum beliau dibicarakan dimahkamah atas tuduhan meliwat? Jika percaturan Anwar salah, apa yang tinggal bagi Anwar hanyalah angan-angan sahaja pada 16 Sept ini. Jika nasib tidak menyebelahinya, beliau bakal merengkok didalam penjara.

Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang.

Baca seterusnya...

renovatio: Is RPK Spinning Out of Control???

Penangan RPK Baca seterusnya...

V6 atau E200? Yang pasti wang rakyat juga!

Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya

- (al-Baqarah : 188)


Tahun lepas sebelum pilihanraya(PRU)-12, Jabatan Audit Negara pernah melaporkan pembelian beberapa barangan dan peralatan yang harganya berlipat kali ganda daripada harga pasaran. Diantara barangan dan peralatan yang dibeli adalah

"Ia termasuk pembelian pemutar skru, pada RM224.94 satu set oleh IKBN berbanding harga pasaran hanya RM40. Turut dipertikaikan ialah pembelian kamera digital pada harga RM8,254.29 seunit berbanding harga sebenar RM2,990. Selain itu harga untuk jek satu tan dibeli pada harga RM5,741.69 seunit berbanding harga sebenarnya hanya RM50."

Walaupun perkara ini telah berlaku 10 bulan lepas, ternyata tiada tindakan tegas mahupun tindakan susulan yang dilakukan oleh kerajaan bagi menangani perkara ini supaya ianya tidak berlaku lagi.

Hakikatnya penyelewengan sebegini masih berlaku, baru-baru ini Menteri Besar(MB) Terengganu Ahmad Said membongkarkan bahawa kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang digunakan oleh Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri sebelum ini terlalu tinggi.

"Bukannya kita nak kata kereta keluaran nasional tidak baik, tetapi hakikatnya kereta itu tidak sampai dua tahun terpaksa diselenggara kerana beberapa komponen kereta seperti kotak gear rosak.

Contohnya kereta yang dinaiki Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar, Toh Chin Yaw sudah dua kali diselenggara yang melibatkan kos sehingga RM50,000. Tetapi kalau kereta Mercedes walaupun mahal tetapi ia jimat dari segi penyelenggaraan tempoh jangka panjang"


Saya tidak ingin mengulas lebih lanjut tentang keputusan Ahmad Said untuk membeli Mercedes E200. Isu tentang harga penyelengaraan ini lebih utama dan perlu diberikan penekanan yang lebih. Kos penyelenggaraan yang dilaporkan oleh Ahmad Said bagi kenderaan exco baru-baru ini agak tidak munasabah.

Kos penyelenggaraan kereta Proton Perdana V6 Executive barisan Exco Terengganu sepanjang 2004 sehingga 2008 menunjukkan kenderaan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh mencatatkan perbelanjaan tertinggi iaitu sebanyak RM235,123.08.

- 24/07/2008 Utusan Malaysia
RM235,123.08?? Ini adalah harga bagi sebuah kereta Mercedes yang baru! Menurut wakil servis Proton, penyelenggaraan kereta Exco tersebut bukan dari bengkel wakil Proton. Dan harga yang dikemukan jugak tidak munasabah.

Bagi kos membaiki atau menggantikan kotak gear pula adalah di antara RM3,000 hingga RM10,000, bergantung kepada bentuk kerosakan yang berlaku.

- 24/07/2008 - Utusan Malaysia
Yang lebih menariknya, kerajaan Terengganu memilih untuk menghantar ke sebuah bengkel bukan wakil Proton.

Sebuah bengkel kereta yang dilantik untuk menyenggara kenderaan rasmi kerajaan Terengganu iaitu Proton Perdana V6 Executive, mengakui mengenakan caj yang lebih tinggi berbanding kereta pelanggan lain.

- 24/07/2008 - Bernama
Mengapa? Bukankah lebih elok jika kita menghantar ke bengkel yang lebih bertauliah dan mempunyai kepakaran dalam kereta tempatan? Atau mungkin terdapat penyelewengan yang ingin dilakukan oleh pegawai tersebut? Malah pemilik bengkel tersebut jugak mengatakan jumlah yang kos penyelengaraan kotak gear yang disebut baru-baru ini adalah tidak benar.

pihaknya mengenakan caj sebanyak RM8,301 bagi menukar kotak gear kenderaan bekas Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Rosol Wahid dan jumlah itu bukannya mencecah sehingga RM20,000 seperti didakwa sesetengah pihak.

- 24/07/2008 - Bernama

Ternyata terdapat penyelewengan berlaku disini. Apa yang saya fikir berlaku adalah, pegawai yang ingin membuat tuntut balik telah menukarkan harga pada resit yang tertera, ataupun pegawai terbabit berpakat dengan bengkel tersebut untuk menulis harga pada resit yang lebih sedikit dari harga sebenar, dengan ini keuntungan atas angin boleh dinikmati oleh pegawai tersebut.

Adat gajah terdorong

Apa yang saya pasti pegawai kerajaan yang meluluskan tuntutan tersebut harus bertanggungjawab dalam kes ini. Pada waktu yang sama, kerajaan harus menyiasat dengan lebih serius lagi perkara ini. Satu mekanisma harus dibentuk bagi membendung perkara ini berulang kembali seperti yang telah berlaku 10 bulan lepas.


Baca seterusnya...

Bagaimana Anwar mahu menurunkan harga minyak?



Berikut adalah cadangan saudara Anwar bagaimana menurunkan minyak jika memerintah esok hari.

Saya ucap syabas kepada Agenda Daily kerana berjaya menganjurkan debat hari ini, juga sekalung penghargaan buat saudara Datuk Johan Jaafar selaku moderator serta Datuk Ahmad Shabery Cheek. Tidak lupa juga ucapan tahniah buat pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana kesediaan menyediakan ruang untuk perdebatan tadi.

Saya terkejut tatkala tiba di bangunan DBP kerana terdapat polis dan pasukan pencegah rusuhan. Saya sedikit hiba melihat mereka terpaksa bertugas sehingga lewat malam demi menutup pembohongan yang dicipta oleh para penguasa yang rakus dan tamak.

Debat tetap berlangsung pada ketika saya mungkin ditahan oleh pihak polis bila-bila masa sahaja. Sudah tentu saya merasakan tekanan yang berat akan tetapi ini adalah peluang terbaik bagi saya untuk menyampaikan mesej kepada rakyat Malaysia bahawa adalah tidak mustahil untuk menurunkan harga minyak!

Mekanisme yang kita tawarkan ternyata bukanlah satu yang mustahil sebenarnya:

1. Untuk menurunkan harga petrol sebanyak 50 sen kita hanya memerlukan tambahan RM5 bilion sahaja keatas subsidi yang telahpun diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini.

2. Kita mempunyai maklumat bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai “excess capacity” yang melebihi 1000 MW. Ini adalah bekalan simpanan yang tidak digunakan. Ia boleh kita turunkan dan akan menjimatkan kos kepada TNB dan juga mengurangkan penggunaan bahan bakar untuk menjana elektrik. Penjimatan kos TNB ini memungkinkan kita menyemak kembali tarif elektrik. Pengurangan penggunaan bahan bakar pula membolehkan kita menyalurkan subsidi bahan bakar yang diperuntukkan untuk syarikat penjana kuasa bebas (IPP) bagi menjana tenaga elektrik kepada subsidi minyak untuk rakyat jelata.

3. Pembanterasan korupsi dan rasuah juga memastikan tiada lagi ketirisan berlaku. (Morgan Stanley menunjukkan RM330 bilion (USD90 bilion) telah lesap kerana amalan rasuah yang berleluasa.

Pendirian Pakatan Rakyat adalah jelas iaitu sebuah kerajaan yang bertanggungjawab adalah sebuah kerajaan yang cuba sedaya upaya untuk meringankan beban rakyat seluruhnya. Negara kita berhadapan dengan kadar inflasi yang tinggi akibat kenaikan harga minyak secara mendadak. Ini menyebabkan pertumbuhan ekonomi merencat sekaligus menyusahkan rakyat kerana harga barang seperti gula, tepung, minyak masak dan beras naik.

Oleh itu kita berpendapat sangat penting untuk menurunkan harga minyak agar tidak membebankan rakyat terbanyak. Pendirian kita jelas iaitu korupsi harus diperangi, ketelusan harus menjadi amalan dan ketirisan wajib segera dibaiki!

ANWAR IBRAHIM
Rujukan: Blog Anwar Ibrahim



Ulasan saya tentang pendapat Anwar,

1. Malaysia mengeluarkan minyak sebanyak 770,000 tong sehari untung dieskpot. Pada waktu sama kita menggunakan minyak yang diimpot sebanyak 515,000 tong sehari. Jadi kita hanya mengekspot sebanyak ~255,000 tong sehari. Harga minyak RON97seliter di Malaysia adalah RM2.70. Brunei menggunakan sebanyak 14,900 tong sehari, tetapi mereka mengekspot sebanyak 195,000 tong sehari. 7x lebih banyak daripada apa yang mereka perlukan dan harga seliter minyak di Brunei adalah RM1.25(BND0.53). Terdapat ralat pengiraan saudara Anwar bagaimana pengurangan sebanyak 50sen hanya memerlukan RM5billion sahaja.



Tambahan sebanyak 5 billion hanya boleh membawa pengurangan sebanyak 18 sen sahaja dan bukan 50 sen seperti yang dicanangkan. Mungkin terdapat ralat jugak didalam perkiraan saya kerana harga diatas merupakan harga bagi minyak mentah dan bukan minyak runcit.
Rujukan: Petronas
Rujukan: NationMaster

Ibarat burung; Mulut manis jangan dipakai

2. Apa yang saudara Anwar katakan sebagai "excess capacity" ini adalah kurang tepat, daripada maklumat yang saya perolehi, sesebuah syarikat utiliti tenaga harus mempunyai apa yang dikatakan sebagai "reserve margin". Ini adalah untuk menampung tenaga yang diperlukan ketika penyelenggaraan ataupun semasa berlakunya "blackout". Dengan itu TNB memang mempunyai "excess capacity" yang melebihi 1000MW sebagai "reserve margin".
Rujukan: Google Book
Rujukan: TNB


Statistik dari tahun ke tahun menunjukkan bahawa jumlah kenderaan dijalan raya semakin bertambah. Jika ini "trend" ini kekal, mungkin pada tahun 2010, produksi minyak negara kita tidak dapat menampung penggunaan minyak harian, dalan kata lain kita akan menjadi negara pengimpot minyak(net-importer)(Rujukan: Bernama). Bila ini berlaku, tiada lagi subsidi boleh diberikan dan kita harus mengikut harga pasaran global.



Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM43 billion(Rujukan: AP) bagi menanggung subsidi minyak di Malaysia. Jika kerajaan menarik balik RM43 billion subsidi ini, kerajaan mampu membina 14 buah jambatan kedua Pulau Pinang(Rujukan: Wikipedia).

Memang benar apa yang saudara Anwar katakan. Lebih banyak subsidi boleh disalurkan jika kerajaan membelanjakan asset Malaysia dengan lebih berhemah dengan mengurangkan beberapa ketirisan yang berlaku hari ini.


Rujukan: Utusan

Walaubagaimanapun, saya tidak berpendapat bahawa Malaysia mampu lagi memberi subsidi minyak sebanyak RM43billion kepada rakyat walaupun kerajaan meraih cukai daripada Petronas sebanyak RM67billion.
Ini adalah kerana walaupun kerajaan memulangkan balik cukai Petronas tersebut kepada rakyat("rolling"), harga minyak(runcit) tetap akan naik dari semasa ke semasa, dan tiada siapa dapat menghalang ini.


Carta harga minyak mentah global

Rujukan: LiveCharts

A
dalah lebih bijak jika kerajaan menarik balik subsidi minyak ini tetapi menarik balik juga cukai eksais kereta, cukai jalan dan toll. Pada waktu sama, kerajaan hanya perlu memberikan subsidi kepada mereka yang betul-betul memerlukannya contohnya nelayan, petani, khidmat pengangkutan barang, khidmat pengangkutan awam dan sebagainya.

Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

Jika ini berlaku, walaupun harga minyak sedunia naik, hanya pengguna kereta/motosikal persendirian sahaja akan terjejas, tetapi harga barang runcit dapat dikawal kerana subsidi telah diberikan bagi menampung harga kenaikkan minyak tersebut. Secara tidak langsung ini dapat menghindarkan inflasi.
Baca seterusnya...

Pakaian Barat vs Pakaian Istiadat

| 0 ulasan



Sebulan yang lepas, kecoh tentang isu keengganan Gwee Tong Hiang, wakil Bentayan memakai songkok dengan alasan berpegang pada prinsip.

JOHOR BAHRU 19 Jun – Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor daripada DAP dilarang menyertai istiadat perasmian persidangan Dewan itu hari ini kerana tidak mematuhi etika pakaian.
Rujukan: Utusan

Tapi kali ini isu yang tidak kurang samanya, pemilihan pakaian barat berbanding pakaian istiadat no.1 oleh 11 orang wakil DAP pada majlis perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

PULAU PINANG: Sebelas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP memilih pakaian barat dan bukan pakaian rasmi istiadat pada majlis perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini. Persidangan hari pertama DUN itu dirasmikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.
Rujukan: Berita Harian

Sebelum saya mengulas lebih lanjut mari kita tinjau apakah pakaian istiadat? Mengikut tafsiran,

‘Pakaian Istiadat’ ertinya pakaian upacara rasmi yang direka bentuk khas untuk sesuatu perkhidmatan.
Rujukan: JPA

Pakaian istiadat terdiri daripada:

  1. Songkok Istiadat
  2. Jaket Berwarna Putih
  3. Seluar berwarna hitam dan mempunyai 'piping' berwarna kuning diraja
  4. Kasut 'Half Wellinton'
  5. Appollette/Geogette
  6. Butang

Beginilah rupa pemakaian lengkap pakaian no.1.


Bagi mereka yang tidak mempunyai pakaian istiadat, peruntukan telah diberikan supaya mereka boleh menempah pakaian tersebut sebelum seseuatu upacara bermula. Sebanyak RM1,500 telah diperuntukkan bagi bayaran jenis pakai istiadat(Rujukan: JPA). Alasan seperti lambat membuat tempahan, tidak dapat diterima sama sekali. Harus diingatkan, sebagai wakil rakyat, seseorang itu perlu pandai mengaturkan masa nya sendiri. Bayangkan, jika perkara seperti ini pun mereka tidak dapat merancang dengan betul, bagaimana pula mereka hendak mentadbir negeri dalam 4-5tahun akan datang?

Persoalan sekarang mengapa 11 wakil DAP memilih untuk memakai pakaian barat? Benar bahawa pakaian istiadat tersebut bukanlah wajib dipakai, tetapi dimanakah ciri-ciri atau identiti seseorang itu rakyat Malaysia jika meniru pakaian barat?

Speaker, Abdul Halim Hussain berkata, tindakan 11 Adun DAP itu tidak menjadi satu kesalahan kerana peraturan Dewan hanya menyebut mereka dikehendaki memakai baju kebangsaan atau pakaian barat pada persidangan dewan.
Rujukan: Berita Harian

Tidakkah kita mempunyai identiti sendiri? Adakah tindakan DAP ini sebagai salah satu tanda bangsa Malaysia ataupun hanya sebagai anti-songkok? Atau dengan kata lain, anti-melayu? Jika dibandingkan dengan sut hitam barat, pakaian istiadat mempunyai lebih banyak nilai-nilai estetik. Warna kebesaran diraja juga terdapat pada pakaian tersebut sesuai dengan uparaca yang penuh gemilang dan beristiadat jika dibandingkan dengan sut serba hitam?

Saban hari kita dapat melihat ramai wanita berbangsa cina yang mengenakan pakaian baju kurung ketika bekerja. Mereka tidak pun dipaksa untuk memakai baju tersebut malah ramai yang mengatakan baju tradisional melayu tersebut mempunyai ciri-ciri unik dan estetik.


Wanita cina beragama Buddha bernama Muk memakai baju kurung
Ehsan dari blog Mrs Babad a.k.a Cikpid


Ini membuktikan bahawa penerimaan kaum cina wanita terhadap baju tradisional melayu. Tetapi mengapa 11 wakil DAP ini tidak dapat memakai baju istiadat no.1?

Kita sudah merdeka selama 50 tahun dan sudah 50 tahun juga malah mungkin lebih wakil-wakil DAP ini telah menikmati masakan nasi lemak melayu, jadi apa salahnya jika kaum lain mengenakan pakaian istiadat tersebut walaupun bercirikan kemelayuan?



Diharapkan dengan kelonggaran yang telah diberikan untuk tidak mewajibkan pakaian istiadat, wakil DAP tersebut dapatlah memilih adat dan pakaian bangsa kita sendiri, tetapi pilihan barat juga diutamakan.
Bagaimanapun, katanya, adalah lebih baik jika mereka dapat memakai pakaian istiadat itu sebagai tanda penghormatan kepada Abdul Rahman dan nampak seragam.
Rujukan: Berita Harian
Walaupun ini bukanlah isu yang besar, mahupun ini merupakan suatu isu, tetap budaya dan adat resam kita perlu dijaga. Jangan sampai suatu hari nanti anak cucu kita hanya dapat melihat adat-adat istiadat dan resam kita didalam buku sahaja dek kerana kebanggaan kita terhadapat budaya dan adat dari barat. Hormatilah budaya kita, peliharalah budaya dan bangsa kita. Akhirkata..

Ada batang, cendawan tumbuh

Baca seterusnya...

Suasana Politik Malaysia Sudah Berubah

Salam,

Selamat datang ke blog ini. Umum mengetahui, banyak hal telah berlaku selepas kekalahan teruk UMNO pada pru-12 lalu. Rakyat Malaysia semakin bijak mengundi dan memilih, semangat kepartian dan kesetian terbukti luntur pada pru-12 lalu, tetapi kadang-kadang kita perlu ingatkan peribahasa

Marahkan Nyamuk, Kelambu Dibakar

Jangan kerana kita marahkan seseorang itu ataupun pempimpin tersebut, kita sanggup menggadaikan negara, memberikan undi protes, ini akan membuat masalah yang lebih besar hanya disebabkan perkara remeh. Dek kerana perbuatan kita ini, yang akan menerima padahnya adalah generasi akan datang. Jadi hendaklah kita sentiasa pijak dibumi yang nyata.

Kita haruslah berfikir dengan lebih mendalam lagi sebelum membuat sebarang keputusan, bak kata Sir Isaac Newton didalam Hukum gerakan Newton ketiganya

Untuk setiap daya tindakan , terdapat satu daya tindak balas yang mempunyai magnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan

Ini bererti apa pilihan yang kita lakukan sekarang, akan sentiasa memberi kesan.
Jika dahulu selepas berakhirnya PRU, tiada berita susulan, hanya sekadar perihal kemenangan parti sahaja. Kini tidak lagi, setiap hari kita ditayangkan dengan pelbagai berita tentang politik. Dan ingatlah

Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tiada gunanya

Setakat ini sahaja bagi coretan pertama saya didalam blog ini. Kepada semua, terima kasih kerana membaca blog ini. Saya amat menghargai pandangan dan sumbangan idea yang bernas.
Baca seterusnya...