Disebalik Kemenangan Anwar Di Permatang Pauh



Saya ada memerhatikan beberapa penulis blog yang berada dikalangan penyokong setia Pakatan Rakayat(PR), mengatakan bahawa Anwar mendapat sokongan rakyat, malah ada juga yang seperti membuat rujukan sini terhadap blog ini sebagai propaganda BN? Tidak mengapa itu adalah pendapat masing-masing. Tetapi pendapat harus diselangi dengan sebab-sebab yang sahih. Bukan penyokongan yang melulu.

Berbalik kepada kemenangan Anwar di Permatang Pauh. Negara ini adalah negara berdemokrasi, dan saya fikir kita hormati pengundi Permatang Pauh jika mereka memilih Anwar. Saya juga berpendapat BN sebenarnya tidak mempunyai peluang yang cerah disana, cuma tanggapan saya bahawa Arif Shah dapat menurunkan majoriti Anwar adalah meleset sama sekali, bahkan Anwar mendapat majoriti lebih dari Wan Azizah!

Namun begitu jika dilihat dari perspektif lain, kemenangan disana bukan tandanya kesemua rakyat Malaysia mahukan Anwar ataupun PR adalah parti pilihan secara keseluruhan. Semua sudah maklum bahawa Permatang Pauh adalah kubu kuat Anwar. Ini tidak boleh disangkal. Rujuk kepada carta dibawah, kita dapati Anwar mendapat sokongan/simpati dari pengundi sejak tahun 1999. Dan sudah pasti kemenangannya adalah dijangka.



Mungkin ada diantara pembaca blog, akan mengatakan "ini adalah alasan dari orang yang sudah kalah". Sebelum anda membuat tafsiran begitu, kita ambil perbandingan Ku-Li yang tidak pernah kalah di Gua Musang. Rata-rata Kelantan adalah hak milik PAS. Tetapi dikawasan Gua Musang, PAS tidak pernah menang.



Mengapa begitu? Bukankah BN bukan parti pilihan rakyat? Bukankah PAS mentadbir Kelantan dengan berjaya? Bukankah PAS membawa segala pembangunan ke Kelantan? Bukankah juga PAS yang memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan? Jikalau begitu mengapa Ku-Li dari parti yang lemah,rasuah dan pelbagai tohmahan lagi masih menang di Gua Musang? Kes yang sama juga boleh diguna pakai di Permatang Pauh. Cuba fikirkan.

Bilangan pengundi menurun, daripada 81% kepada 65%. Apakah makna ini? Pada pendapat saya, meningkatnya golongan yang kurang pasti ataupun mereka yang dikatakan diatas pagar. Undi Anwar salah, undi Arif pun salah, lebih baik tidak mengundi. UMNO/BN masih mempunyai peluang untuk menawan hati 11,201 pengundi pada pilihan raya ke-13 jika mereka memberi keutamaan kepada rakyat dan memulakan pendekatan yang mesra rakyat bermula dari saat ini dan bukannya hanya pada PRU sahaja.

Akhirkata, kita menghormati pengundi Permatang Pauh. Ini adalah pilihan mereka. Jika mereka mahukan konsep "Malaysian Malaysia" kita hormati mereka, jika mereka mahukan konsep "hak kesamarataan" kita hormati mereka, jika mereka mahu memansuhkan hak keistimewaan Melayu kita hormati mereka, malah jika mereka mahukan konsep "Islam adalah sama dengan Kristian, Budha dan Hindu" sekali pun kita harus hormati mereka. Ini adalah pilihan anda.

Gajah lawan gajah, kancil mati di tengah-tengah

Baca seterusnya...

Seks, Wang dan PR(Pakatan Rasuah)



Tempoh hari kita telah menyaksikan tangkapan yang telah dilakukan oleh BPR terhadap beberapa DUN Perak yang terdiri daripada exco kerajaan Perak sendiri. Didalam suasana PRK di P44 yang semakin rancak minggu lepas, BPR telah bertindak pantas dengan memberkas suspek semasa perkara terkutuk itu dilakukan. Dalam erti kata lain, tangkap basah! Atau dalam bahasa inggeris "caught red handed"!

Ada beberapa pembaca blog ini mengatakan, kononnya tindakan BPR tersebut amat luar biasa kerana kes-kes sebelum ini mengambil masa yang agak lama. Saya membuat andaian mereka adalah daripada penyokong setia PKR/PR. Adalah menjadi tanggungjawab mana-mana pihak jika terdapat aduan mereka perlu bertindak dengan segera. Dan dalam kes ini pula, apa yang berlaku adalah mereka ditangkap semasa MENERIMA wang tersebut. Ini bukan mengenai kes dimana penyelewengan dilakukan didalam kertas kerja tetapi rasuah ini berlaku ditengah hari, dan peluang terbaik untuk BPR mendakwa adalah menangkap semasa kes kejadian. Jika BPR lambat bertindak, bukankah bukti ini akan samar dan mungkin hilang begitu sahaja?



Berbalik kepada kes rasuah ini, seperti mana-mana kes jenayah yang berlaku, pelakunya sama sekali tidak akan mengaku bersalah(kecuali beberapa kes terpencil). Tetapi didalam kes ini, dua exco terbabit dengan bangga mengambil tindakan terhadap BPR kerana kononnya mereka telah difitnah? Aneh, mereka telah ditangkap semasa kes kejadian tetapi tidak mahu mengaku? Bahkah mereka mengugut agar BPR menarik balik laporan media.



Mereka mengatakan bahawa nilai didalam beg tersebut bukan RM100,000 dan adalah fitnah. Jadi dalam kes ini adakah mereka mengaku mereka menerima suapan sebanyak RM5000?
Rasulullah bersabda:

Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah.


- Hadis riwayat Ibnu Majah
Walaubagaimanapun hari ini BPR telah mengambil langkah untuk mendakwa mereka. Kedua-dua exco tersebut telah menghadiri tuduhan yang dibacakan terhadap mereka bersama-sama beberapa peguam yang telah dibentuk menggunakan dana daripada kerajaan negeri.

Peguam Gurbachan Singh, seorang daripada 11 peguam bela semua tertuduh, memberitahu Hakim Rashidah bahawa pihaknya menunggu keputusan Hakim Tan pada 15 September berhubung sama ada mahkamah di sini boleh mendengar kes mengenai semua pertuduhan yang didakwa berlaku di Pulau Pinang.


Mereka juga menggunakan duit rakyat bagi menyaman BPR. Hairan. Yang dituduh melakukan rasuah adalah kedua-dua exco tersebut, tetapi mengapa pula mereka menggunakan duit daripada kerajaan negeri untuk membiayai peguam tersebut? Bukankah ini adalah lebih kepada kes peribadi dan tidak melibatkan duit daripada kerajaan negeri yakni duit rakyat? Bahkan penggunaan dana kerajaan ini disahkan oleh Nizar sendiri.

Di masa yang sama, Nizar mengumumkan keputusan Pakatan Rakyat Perak untuk membentuk panel peguam untuk membantu pembelaan dua Exco terbabit.


Saya fikir tidak patut PR menggunakan duit yang telah diamanahkan oleh rakyat bagi kes-kes yang melibatkan individu dan bukan kerajaan negeri. Jikalau amalan begini diteruskan, setiap kali terdapat kes jenayah berlaku contohnya rogol, zina, liwat dan rasuah yang melibatkan exco dari PR, mereka akan menggunakan duit kerajaan negeri bagi membela kroni-kroni mereka. Ini sama sekali bertentangan apa yang mereka canangkan sebelum ini, bukankah ini antara salah guna kuasa? Mahukah kita bersekongkol dengan pentadbiran sebegini? Fikir-fikirkanlah.

Wahai orang-orang mukmin, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul-Nya dan janganlah pula mengkhianati amanah yang dipercayai kepadamu sedangkan kamu mengetahui.


- al-Anfal: 27
Baca seterusnya...

Anwar Terima RM60 juta Daripada Magnum Corp.

| 2 ulasan


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Click untuk perbesarkan gambar

Rujukan: Bernama 23/08/2008

Ulasan: Jika Anwar tidak memfailkan saman fitnah esok hari terhadap Nalla, maka kita boleh simpulkan ada kebenaran dakwaan ini terhadap Anwar. Adakah pemimpin begini yang kita mahukan? Makan dan menerima duit haram?

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan


- Al-Maidah: 90
Baca seterusnya...

Najib Sudah Mubahalah Tidak Kenal Altantuya 22/08/2008, Anwar?

| 9 ulasan

BUKIT MERTAJAM 22 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) malam ini melafazkan sumpah di depan jemaah Masjid Guar Perahu di sini bahawa beliau tidak terlibat atau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawasanya saya tidak terlibat dan mengenali wanita Mongolia yang dikaitkan dengan diri saya.

‘‘Biarlah Allah menjadi saksi di dalam Masjid Guar Perahu yang mulia ini. Saya tidak mahu kata ini sumpah rasmi atau tidak, tapi ini urusan saya dengan Allah. Apa pun tohmahan, saya percaya saya berdiri di atas prinsip yang benar,” kata Timbalan Perdana Menteri.

Pada majlis itu, Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Al-Habshi yang turut berucap berkata: “Sumpah Datuk Seri Najib benar dan diakui Datuk Seri Najib tiada kaitan dengan Altantuya.”

Rujukan: Utusan 23/08/2008

Ulasan: Untuk kali ke-2 Najib bermubahalah dihadapan rakyat. Kali ini sahih! Anwar bila lagi?
Baca seterusnya...

Harga petrol, diesel turun mulai esok: PM

| 4 ulasan

PUTRAJAYA: Harga diesel dan petrol akan turun antara lapan sen dan 22 sen seliter mulai esok, demikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, hari ini.

Beliau berkata Kabinet memutuskan harga runcit petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter manakala harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter.

"Harga runcit diesel akan dikurangkan sebanyak lapan sen seliter daripada RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter," katanya dalam kenyataan akhbar di sini.
Sumber: Berita Harian

Ulasan: Sebulan lepas saya membuat spekulasi harga minyak akan turun bulan ini boleh rujuk disini Minyak Turun 20 sen Bulan Ini! Ternyata ramalan saya tepat! Didalam artikel tersebut juga pembaca boleh melihat bagaimana formula perkiraan harga minyak runcit berbanding harga minya mentah dunia.

Baca seterusnya...

PKR: Parti Keganasan Rakyat!

| 3 ulasan



Kesinambungan daripada artikel sebelum ini tentang Penyokong Anwar Di Permatang Pauh: Ganas Dan Taksub!, hari ini setiausaha agung PKR Salehuddin Hasim menyatakan bahawa terdapat unit kawalan yang berlebihan di Permatang Pauh didalam surat SUA PKR kepada SPR.

Ramainya anggota polis, menggunakan helikopter dan polis simpanan persekutuan adalah bertujuan untuk mengganggu kempen dan mewujudkan rasa takut kepada pengundi disamping media cuba melabelkan PKR dengan keganasan yang langsung tidak berasas sama sekali.


Adakah Salehuddin tidak membaca akhbar berita beberapa hari lalu? Bukankah tersebar dengan luas bagaimana rakus dan ganasnya PKR? Malah imej dibawah merupakan bukti yang sahih mengapa perlunya Polis dan FRU dikerahkan bagi menjaga keselamatan dan juga keamaan rakyat.



Soalan yang sama juga pernah diketengahkan oleh bakal PM mereka,

Kalau ada akhbar dan pekerja parti yang salah, mereka tetap salah. Jangan bila sebut PKR je samseng, samseng je PKR


seolah-olah beliau menafikan gambar-gambar diatas bukan dari pengganas PKR? Bukankah jelas mereka memegang bendera,sepanduk dan baju PKR? Adakah pemimpin begini yang kita mahukan? Sentiasa berdolak-dalik walaupun bukti sudah jelas?

seperti ular berbelit-belit

Mereka pernah memberi jaminan insiden seperti 3 Ogos dimana jurugambar akhbar Guang Ming Daily, Loh Hooi Hoon, dikasari sekumpulan penyokong PKR tidak akan berulang kembali.


Kita memberi jaminan insiden mengasari petugas media tidak akan berlaku lagi




Namun hakikatnya jaminan daripada mereka tidak boleh diguna-pakaipun. Jikalau janji keselamatan kepada wartawan pun mereka tidak boleh beri, adakah anda rasa mereka dapat menunaikan janji-janji PRU-12 lalu? Saya fikir tidak. MB Selangor baru-baru ini juga senada dengan boss nya mengatakan pengganas dan perusuh tempoh hari BUKAN dari PKR.

Penyokong Pakatan Rakyat amat mematuhi peraturan dan menjaga disiplin. Jika benar penyokong KeADILan terlibat saya sendiri akan mencari mereka


Berdasarkan laporan polis, pengecaman telah dilakukan dan mereka yang terlibat MEMANG dari pengikut PKR. Apa yang lebih menarik lagi diantara mereka yang terbabit dengan insiden tersebut adalah seorang pemimpin bahagian PKR malah beliau adalah timbalan ketua PKR bahagian Batu!(Sumber: MalaysiaKini 20/08/2008)

Pihak polis juga menahan 3 orang lagi untuk memberi keterangan. Jika dilihat gambar tersebut lebih dari 5 orang yang terlibat didalam keganasan PKR tersebut. Apa tunggu lagi Khalid? Gambar telah tersiar, buktikan kepada Permatang Pauh, kotakan kata kamu untuk mencari kesemua yang terlibat kerana dalangnya adalah ketua bahagian!



Penyokong-penyokong dan pemimpin PKR ini sebenarnya memang terdiri daripada golongan pengganas dan perusuh. Tidak cukup dengan memukul kaum lelaki, mereka juga mengacau kaum wanita.

Kumpulan lelaki yang meraba dan meludah jentera Puteri Umno itu tak gentleman langsung. Mereka (lelaki) sepatutnya kena hormat dan melindungi golongan wanita, bukannya melakukan perkara tidak senonoh


Biadap, itu sahaja yang boleh dikatakan. Dan seperti biasa ketua mereka masih berpegang kepada prinsip konspirasi dan ini adalah tipu helah UMNO/BN. Nah! Ini paparan perangai penyokong PKR yang dikatakan baik, mematuhi peraturan dan menjaga displin.



Adakah ini KEADILAN dan ciri-ciri KEISLAMAN yang mereka canang-canangkan? Siapa yang ganas? Siapa yang perusuh? Siapa yang gila seks sekarang? Siapa yang kurang ajar? Siapa penjenayah? Siapa rasuah? Ternyata mereka ini adalah perusuh dan pengganas dari PKR: Parti Keganasan Rakyat!

Kecil-kecil tidak mahu mati, sudah besar menyusahkan orang lain pula

Baca seterusnya...

Anuar Ibrahim Buka Kedai Gunting Di Permatang Pauh!

| 1 ulasan



Eh!Eh! Anwar Ibrahim buka kedai guntinglah. Demikian mesej SMS yang diterima Zulkifly Bakar, seorang pemerhati politik yang meninjau suasana kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Lokasi kedai yang dimaksudkan itu terletak di tepi jalan Permatang Tok Kandu.

Dan apabila Zulkifly tiba di kedai gunting berkenaan, rupa-rupanya sebutan serupa. Tetapi ejaannya tertera kedai gunting Anuar Ibrahim.

‘‘Minggu ini, ramai juga orang singgah gunting,” kata pengusaha kedai gunting itu kepada pelanggannya.

Ulasan: Jangan mare ek?
Baca seterusnya...

Kempen Anwar/PR Makan Diri Sendiri

| 5 ulasan



Anwar kata "MERDEKA dari pengangguran, jenayah dan rasuah di bawah pimpinan UMNO" tetapi berita hari ini agak menyindir kempen poster beliau,

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, mengesahkan enam orang termasuk dua Exco Kerajaan Perak ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan wang dan seks.

Mereka disyaki terbabit dalam mempercepatkan kelulusan satu projek perumahan di Seri Iskandar, bernilai RM180 juta, petang semalam dan pagi tadi.






Ulasan: Barisan PR yang menerajui Perak kurang dari 1tahun telahpun menunjukkan kepakaran mereka. Dimanakah laungan reformasi dahulu? Dimanakah laungan anti-rasuah dahulu? Dimana pula laungan "no to 10%" dahulu? Adakah barisan begini yang kita harapkan pada 16 Sept akan datang?

paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih

Baca seterusnya...

Senarai Kroni Anwar



BUTTERWORTH: Datuk Seri Anwar Ibrahim has challenged his detractors to name the people who allegedly benefited from his position when he was deputy prime minister and finance minister.

“There was no such thing. If you know of the people who benefited, you should identify them. Do not just make claims,” he said.




Berikut merupakan hanya sebahagian sahaja nama-nama yang tersenarai sebagai kroni Anwar Ibrahim.

  1. Abdul Kadir Jasin
  2. Abdul Murad
  3. Abrar Group of Rahim Ghouse
  4. Ahmad Kamal
  5. Aziz Fakri - Lankhorst
  6. Azmin Ali
  7. Badrul Hashim
  8. Chew Seng Guan
  9. Dato Fuad - ex-MPlant
  10. Dato Ghazi
  11. Dato Ibrahim
  12. Dato Nallakarupan - Magnum
  13. Dato’ Ghazali Khalid
  14. Dato’ Ghazi Ramli
  15. Dato’ Maznah Jalil
  16. Datuk Ahmad Saad
  17. Datuk Nasaruddin Jalil
  18. Datuk Sarit Yusoh - KFC
  19. Douglas H. Paal
  20. Dr. Chandra Muzaffar
  21. Ezam Mohd Nor
  22. Kamaruddin Jaafar - Dialog Group
  23. Kamaruddin Mohd Nor
  24. Khalid Ahmad - MRCB
  25. Khalid Ibrahim - Guthrie
  26. Marzuki Ibrahim
  27. Michel Camdessus - IMF managing director
  28. Mohd Noor Mutallib - MRCB
  29. Nazri Abdullah - MRCB
  30. Nor Mohamad Yakcop
  31. Quek Leng Chan
  32. Rani Ibrahim
  33. Rosli Ibrahim
  34. Ruhanie Ahmad - Seaport Terminal (Johore) Sdn Bhd
  35. Ruslan Kassim - Inspen Holding (M) Sdn Bhd
  36. Salehuddin Hashim
  37. Tan Sri Abdullah Ahmad
  38. Tan Sri Dato’ Mohd Salleh
  39. Tan Sri Yahya Ismail
  40. TK Lim
  41. Tong Kooi Ong
  42. Wan Hasni Kamaruddin
Rujukan:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=1029&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_02.htm
http://mindarakyat0.tripod.com/2001jul/2001-2044.htm
http://www.mail-archive.com/hizb@hizbi.net/msg01887.html
http://www.fortunecity.com/meltingpot/poland/1091/rasuah.htm
http://www.kpmu.net/2008/04/anwar-manusia-paling-jijik/
http://www.malaysia.net/lists/sangkancil/1998-10/msg02207.html
http://www.angelfire.com/emo/doaanwar/tamadun.html


mengata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih

Nota: Saya akan tambah senarai ini dari semasa-kemasa setiap kali saya mendapat maklumat terbaru..
Baca seterusnya...

Mereka Berjaya

| 5 ulasan






Lihat dan tafsirlah sendiri...

Baca seterusnya...

DAP Akan Jual Tanah Hak Melayu Bermula Di Perak!

| 9 ulasan



DAP mahu jual tanah hak Melayu! Itulah yang akan berlaku di Perak kelak. Malah jika pengaruh DAP lebih dominan diseluruh Malaysia, kemungkinan kuasa Malaysia akan bertukar menjadi sistem republik, ini bukan perkara mustahil jika DAP dapat memegang Malaysia!

Lihat sahaja apa yang telah berlaku pada bulan Jun lalu dimana MB Nizar bertindak sebagai boneka DAP memberikan status hak milik kekal 999 tahun kepada lot-lot tanah di "kampung baru" berbanding dengan status hak milik 99 tahun kepada penduduk di Rancangan Kampung Tersusun(RKT).

IPOH 27 Jun – Cadangan kerajaan pakatan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak untuk memberikan status hak milik kekal 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru di seluruh negeri ini menimbulkan persoalan kerana ia dilihat lebih bermotifkan politik.



Saya ingin menarik perhatian pembaca bahawa pecahan taburan penduduk penduduk di kampung baru berbanding RKT dengan carta dibawah.



Ternyata jumlah kaum Cina di KB menandingi kaum Melayu di RKT. Dimanakah logik Nizar memberikan 999 tahun kepada orang Cina tetapi hanya 99 tahun kepada kaumnya sendiri? Tidakkah ini pelik? Mendahulukan bangsa dan agama lain berbanding bangsa dan agama sendiri? Apa alasan beliau? Keadilan kepada semua? Pas untuk semua? Atau terdapat tangan dibelakang yang menggerakkan benang-benang supaya tangan,kaki dan mulut Nizar berkata apa yang mereka mahu seolah-olah Nizar merupakan boneka mereka?



Malah ini memang apa yang telah berlaku! 7 Julai lalu hebohkan bahawa Nizar telah membuat perjanjian dengan DAP yang dikenali sebagai "Perjanjian Pangkor 2". Antara isi kandungan Perjanjian Pangkor 2 ialah:
  1. Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam.
  2. Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh menyebut mana mana terma yang berkaitan dengan PAS atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan lain lain lagi.
  3. Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB sebaliknya semua perkara yang ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua Exco Perak terlebih dahulu.
  4. Pembahagian Exco yang diputuskan adalah 6 wakil Exco DAP, 3 wakil Exco PKR dan 1 wakil PAS. DAP juga menuntut Speaker DUN Perak dari wakil DAP.
    Perjanjian Pangkor 2 ini ditandatangi antara Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak) dengan Mohammad Nizar Jamaluddin.



Ini mengesahkan kita mengapa Nizar beriya-iya mahu memberikan tanah kepada kaum Cina. Namun begitu yang anehnya ia mendapat tentangan dari ahli PAS sendiri?

Pemberian hak milik 999 tahun atau selagi adanya bulan dan matahari ini hanya berlaku pada zaman penjajahan Inggeris. Bagi saya, Menteri Besar harus cermat dalam kenyataannya, bukan untuk mendapat kepentingan politik saja.


Dan sekali lagi 2 minggu lepas, Nizar atas desakan DAP mahu menjual tanah Melayu di Perak. Tetapi kali ini dengan lebih licik, Nizar setelah dinasihati oleh DAP menggunakan taktik bidaan terbuka dan ianya didahulukan didaerah kinta.

Kawasan itu tidak boleh dibiarkan tanpa sebarang pembangunan dan seharusnya ia ditender secara terbuka kepada mana-mana individu atau syarikat berminat terutama kepada penduduk tempatan sekali gus menambah hasil pendapatan kepada masyarakat serta kerajaan negeri.
Kita akan membuat tender terbuka kepada individu berminat tanpa ada sekatan kaum dan agama.


Mari kita fokus kepada daerah Kinta, latarbelakang daerah tersebut.


Rujukan: Undi.info

Carta menunjukkan rata-rata bangsa terbesar adalah dari Melayu, dan boleh dikatakan juga kebanyakkan tanah tersebut adalah hak milik Melayu. Penjualan hak-hak dan tanah-tanah Melayu akan bermula di Perak dan khususnya di Hulu Kinta.

Buat permulaan, sistem itu akan dilaksanakan bagi pemilikan sembilan lokasi di Hulu Kinta


Ambil harta dan tanah Melayu, beri kepada kaum Cina. Inilah taktik yang digunakan oleh DAP yang berselindung dibelakang Nizar(PAS). Lihat sahaja perbezaan diantara exco terdahulu dan sekarang.





Sungguh berbeza bukan? Jika trend ini menular ke-negeri lain, saya bimbang keseluruhan tanah Melayu di Malaysia akan tergadai dengan pelbagai strategi yang halus bersembunyi dibelakang ketelusan dan keadilan. Dan saya yakin juga jika pengaruh DAP lebih dominan diseluruh Malaysia, kemungkinan kerajaan Malaysia akan bertukar menjadi sistem republik seperti mana PAP telah lakukan di Singapura. Kepada pengundi Permatang Pauh, adakah ini kerajaan yang anda mahukan? Fikirlah dengan masak-masak. Jangan ikutkan emosi sangat.
Baca seterusnya...

Penyokong Anwar Di Permatang Pauh: Ganas Dan Taksub!



Siapakah yang mereka kasari? Bangsa apa yang mereka kasari? Dari Agama mana yang mereka kasari? Adakah ini sifat sebenar penyokong Anwar? Ganas dan taksub, itu sahaja perkataan yang dapat saya ulaskan. Kita patut elakkan jenis perbalahan seperti orang barbarian dahulu kala! Pemimpin mereka pernah memberi jaminan bahawa pihak media tidak perlu risau dan keselamatan mereka terjamin beberapa minggu yang lepas.

Siasatan terhadap insiden tersebut telah dan sedangpun berjalan. Kami juga akan memastikan sedaya upaya tiada lagi insiden yang tidak diingini berlaku pada masa hadapan


Tetapi hari ini? Lihat sahaja gambar-gambar dibawah ini.









Mereka bertindak liar, seolah-olah Permatang Pauh ini mereka yang punya, tiada undang-undang atau, Malaysia ini Anwar yang punya? Adakah ini KEADILAN yang mereka cuba raihkan? Saya fikir mereka telah ditiup angin perasaan marah oleh ketua mereka. Difahamkan mereka(penyokong Anwar) telah membuat beberapa adegan provokatif yang berbau lucah dan wartawan tersebut ingin mengambil rakaman, namun telah dibelasah oleh penyokong setia Anwar. Pakaian mereka bagaikan seorang Muslim yang alim? Ini juga pengakuan daripada wartawan NST tersebut.











Kepada saudara Anwar, nasihatlah pengikut kamu seperti mana yang kamu selalu memberi pandangan yang lantang kepada kerajaan didalam ceramah-ceramah kamu sebelum ini. Jangan selalu mengatakan konspirasi itu dan ini. Semua konspirasi. Visual ini jelas dan bukti mereka adalah rakyat dan pengikut setia kamu. Jangan berdolak-dalik!
Baca seterusnya...

Penyokong Anwar Tidak Dapat Menerima Muhaballah

| 9 ulasan


Ramai penyokong fanatik Anwar masih tidak boleh menerima Muhaballah yang telah dilakukan oleh Saiful semalam. Rata-rata, mereka masih percaya Saiful berdusta walaupun beliau telah bersumpah didalam Masjid bersaksikan dengan Pengarah Jawi dan memegang senaskah Al-Quran juga mengadap kiblat.

Jika kita lihat, penyokong Anwar mempunyai ciri-ciri yang boleh dikatakan sama dengan bakal pemimpin mereka ini; berdolak-dalik. Ada sahaja yang tidak kena. Itu salah ini salah. Saya fikir jika terdapat video Anwar melakukan perkara terkutuk itu(nazubillah) mereka ini tidak akan percaya. Inilah yang dikatakan taksub! Nasihat saya, sebagai umat Islam kita tidak boleh taksub tetapi perlu bersederhana. Jangan fanatik, kerana takut apabila syaitan membisik ketilinga anda, tidak mustahil anda akan hilang arah tujuan.

Berikut merupakan beberapa alasan yang akan diberikan oleh penyokong Anwar yang terlalu taksub kepada beliau untuk menafikan sumpah Saiful.
  1. lafaz tidak lancar macam orang lafaz akad nikah
  2. tersasul tarikh didakwa
  3. tidak datang dari lubuk hati
  4. tidak sembahyang tahiyatul masjid
  5. tidak sembahyang asar
  6. kenapa tidak buat lepas sembahyang jumaat
  7. kenapa imam yang saksi tidak ikut bersumpah sama
  8. orang dulu bersumpah tidak menyebut nombor ic
  9. patut bersumpah bersama-sama anwar
Ini diantara beberapa dolak-dalik yang telah mereka pelajari semasa bersama dengan pemimpin mereka. Saya bukan anti-Anwar tetapi, Anwar adalah manusia biasa dan bukannya maksum seperti Rasul junjungan kita. Malah Anwar juga mempersendakan cara sumpah ini dilakukan

Sumpah 50 kali pun saya tidak peduli


Adakah ini orang yang mahu ke-jalan Allah? Malah Najib sendiri pun telah bersumpah menafikan dia terbabit dengan altantuya bulan lepas dikhalayak orang ramai.

Pada petang Khamis, 10/7/2008, Datuk Seri Najib melafazkannya di depan Ketua UMNO Bahagian, Exco Pemuda, Wanita dan Puteri dari 191 bahagian UMNO di seluruh negara yang menghadiri taklimat khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra,Kuala Lumpur.

Wallahi Wabilahi Watallahi’ ... Begitulah lafaz sumpah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menafikan beliau pernah bertemu dan mengenali wanita Mongolia Altantuya Shariibu.


- Rujukan: KL pos,Agenda Daily


Kesimpulannya, Saiful sudah bersumpah, Najib sudah bersumpah, Anwar bila lagi? Kepada yang terlalu taksub kepada Anwar dan berkesempatan berjumpa dengan beliau saya seru rakan-rakan semua mendesak Anwar bersumpah dia tidak pernah meliwat Saiful. Anwar tidak perlu takut JIKA dia benar.

berani kerana benar, takut kerana salah


Baca seterusnya...

Saiful lafaz sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan - Video disertakan!!

| 9 ulasan


KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya bersumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pukul 6.30 petang ini.

Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama masjid berkenaan, Mohd. Saiful, 23, yang berbaju Melayu coklat menghadap kiblat dan memegang kitab al-Quran telah melafazkan sumpah berikut:

“Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

“Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah S.W.T dan akan dilaknat oleh Allah S.W.T sehingga hari kiamat.”

Sebelum lafaz itu, beliau mengucapkan kalimah syahadah sebanyak tiga kali diikuti bacaan surah Al-Fatihah.

Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid tersebut dan ahli keluarga Mohd. Saiful di samping para pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Antaranya ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali. – Utusan.



Ulasan: Bagaimana Anwar mahu jawab dipermatang pauh??

Baca seterusnya...

Majlis Peguam Proksi DAP: Anti-Islam, Anti-Melayu

| 9 ulasan

Didalam kekalutan suasana politik Malaysia kini, dikala orang Melayu lemah dan secara tidak langsung Islam lemah, ada juga pihak yang mengambil kesempatan terhadap beberapa artikel didalam perlembagaan kita. Ada juga mereka yang ingin

menangguk di air yang keruh.

Apakah niat sebenar majlis peguam tersebut? Bukankah orang Islam yang patut membincangkan perkara tersebut? Didalam forum tersebut yang dihadiri dengan jumlah 100 orang rata-rata kesemuanya bukan Islam, hanya seorang sahaja wakil dari agama Islam. Adakah forum ini yang dikatakan terbuka? Menutup peluang orang Islam memperjelaskan isu-isu yang bakal dibangkitkan semasa forum tersebut? Atau mereka memang sengaja ingin mendengar rintihan supaya agama Islam itu nampak buruk? Ianya mempunyai niat jahat terhadap Islam!

Ini bukan kali pertama majlis peguam mempertikaikan status Islam sebagai agama rasmi dinegara kita. Sebelum ini majlis peguam pernah menerbitkan sebuah artikel berkisar laungan azan yang dikatakan adalah sebuah pencemaran! Beberapa perenggan didalam artikel tersebut menghina Islam.

Benar, anjing mungkin bising pada ketika tertentu tetapi itu isu berlainan.

Dalam kes pemaju membina masjid di kawasan kediaman bukan Islam, sementara setiap orang mengiktiraf hak sesuatu komuniti melaksanakan kewajipan agama dengan menggunakan pembesar suara, kepada sesetengah orang pula, ia adalah pencemaran bunyi dilakukan hingga mengganggu penduduk sesuatu kawasan kediaman.


Azan itu pencemaran? Pernahkah ummat Islam di Malaysia mengadu bising ketika penganut Hindhu membunyikan loceng semasa waktu senja? Pernahkah ummat Islam di Malaysia mengadu riuh ketika penganut Hindhu berarak semasa Thaipusam? Pernahkah ummat Islam di Malaysia mengadu bau busuk ketika penganut Buddha membakar colok mereka? Jawapannya tidak, kerana kita memang bertoleransi. Tetapi mereka duduk disebuah negara yang mempunyai populasi rakyat beragama Islam seramai 14,055,080 orang dan mereka berani berkata demikian?

Mengapa mereka begitu berani? Atau penggerak sebenar mereka adalah sebuah badan parti politik yang melaungkan slogan "Malaysian Malaysia"? Adakah majlis peguam sebenarnya proksi kepada DAP? Mungkin ramai tidak tahu, tetapi dua bulan lepas

Pada 26 Jun 2008, Teresa Kok mengepalai satu petisyen penduduk di Puchong kepada Datuk Satim Diman (ADUN Seri Kembangan) mencadangkan agar azan diperlahankan kerana didakwa menggangu ketenteraman penduduk

Walaubagaimanapun Teresa menafikan khabar-angin itu dilaman blognya apabila seorang pelawat menanyakan persoalan tersebut. Namun begitu, persoalan yang sama pernah ditanyakan kepada Khir Toyo juga dilaman blog beliau, dan ini pula ulasan beliau

Memang terdapat memorendum yang ditandatangani oleh penduduk di sekitar pucong mendesak kerajaan pakatan rakyat mengadakan undang undang mengurangkan volum azan disurau dan masjid di situ,salah seorang exco kerajaan negeri telah setuju dan akan bawa dalam mesyarat exco kerajaan pakatan rakyat,yang membimbangkan saya kerajaan pakatan rakyat hari ini mendasari perinsip kesamarataan jika ini digunakan tidak salah bagi mereka utk mengarahkan masjid surau mengurangkan volum suara azan demi keselesaan orang bukan islam


Jika benar, siapakah dalang yang menghantar memorendum tersebut? Parti mana yang menjadi tunjangnya? Malah ini bukan kali pertama DAP mendesak perkara tersebut

Saya telah diterima aduan daripada kawasan saya, yang mempunyai satu majoriti bukan Islam, yang azan untuk sembahyang subuh adalah terlalu kuat dan membangunkan mereka dari tidur secara mengejut. Saya berharap pihak Kerajaan dapat mengawal ini


Bukankah mereka ini semua dari parti DAP? Sekarang adalah waktu yang paling sesuai bagi mereka menghina Islam dan memperkotak-katikkan kita. Dari semasa ke-semasa mereka menghina Islam, sungguhpun begitu ummat Islam masih bertoleransi dan tidak bertindak ganas. Dek kerana itu jugalah majlis peguam tekad mengadakan forum bahagian kedua bagi membincangkan isu "Memeluk Islam". Kepada DAP yang memproksikan majlis peguam, hentikan propaganda anda,

sarang tebuan jangan dijolok

jangan sentuh Islam jika anda tidak memahaminya lagi! Kepada mereka yang pernah mengundi DAP sebagai undi protes, fikirlah sebulat-bulatnya pada PRU ke-13 kelak.

Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia dan mereka pula mencela agama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat).


- at-Taubah: 12

Baca seterusnya...

Kibarkan Jalur Gemilang Di Bulan Merdeka!


Maksud tersirat di Jalur Gemilang
Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia.

Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.


Berikut adalah beberapa rekabentuk yang boleh digunakan dilaman anda

























Anda hanya perlu copy mana-mana pilihan rekabentuk Jalur Gemilang dan letak dimana-mana bahagian blog anda didalam "Layout"


Keranamu Malaysia
Tegakkan nusa gagahkan bangsa
Kita susun seribu langkah, menuju ke hadapan
Bersama mensesah pekat malam, menerjah gelombang
Berlari mengejar cahaya, menepati janji di hujung jalan

Walau berdepan sejuta rintangan
Sekali pun jatuh di medan perjuangan
Namun tetap meredah, mencapai wawasan

Alangkah damainya negeri ku ini
Dilimpahi rahmat, kemakmuran dikurniai
Bangsa bersatu berjiwa waja
Semangat patriotik kian membara

Dunia sudah membuka mata
Penghormatan kini menjadi nyata
Tiada lagi penindasan
Tiada lagi penghinaan
Kemerdekaan terus terpelihara
Damainya negeriku... Malaysia



Baca seterusnya...

PAS Mula Sedar Setelah DiPeralatkan Sekian Lama


Setelah Hadi Awang mengumumkan PAS dan UMNO tidak akan bersatu. Terdapat ura-ura bahawa PAS akan memboikot pilihanraya kecil di Permatang Pauh akan datang.

Saya fikir tindakan ini kurang wajar jika mereka betul-betul ingin memboikot
pilihanraya tersebut. Dipetik dari laman KLpos, diantara sebab mengapa PAS
Penang mengambil keputusan untuk memboikot pilihanraya tersebut adalah
  1. Dipinggir oleh PR

  2. Tidak dibawa berbincang mengenai beberapa perkara

  3. Tidak dilantik didalam Majlis Daerah

  4. Cadangan yang dikemukakan PAS untuk kepentingan Islam tidak dilayan

  5. Tidak diberi tempat dalam agensi-agensi kerajan Pulau Pinang
Rujukan: KLpos

Didalam artikel tersebut, disebutkan juga berita tersebut telah sampai kepada pengetahuan Setiausaha Agung Pas, Kamarudin Jaaffar. Kamarudin dikatakan gelabah dengan maklumat itu dan terus membuat arahan segera untuk berjumpa dengan Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang pagi ini. Adakah inihanya khabar angin? Saya juga terbaca sebuah artikel diMalaysiaToday mengenai langkah jaga-jaga PAS terhadap Anwar.

Kerakusan beliau(Anwar) terhadap kuasa membuatkan PAS rasa tidak senang dan ini adalah antara sebab sebenar mengapa PAS bersetuju untuk berbincang dengan Umno, pertama kami adalah satu parti Islam dan kedua kami juga parti melayu


- Orang Dalam Pas 04/08/2008 - MalaysiaToday
Kedua-dua berita tersebut mempunyai kesinambungan diantara satu sama lain. Jika kita lihat, mungkin juga ini diantara strategi yang digunakan oleh Anwar sendiri terhadap PAS. Apakah tujuan RPK memaparkan artikel tersebut? Sebuah laman web pro Anwar tidak akan memaparkan artikel seperti ini tanpa sebab, atau ianya bertujuan
  1. Untuk menarik perhatian pemimpin tertinggi PAS

  2. Menekan PAS menyatakan komitmen secara terbuka dan padu terhadap kempen piliharaya nanti

  3. Membuktikan setiakawan PAS dengan DAP dan PKR
Malah anggapan saya ini mungkin benar jika kita lihat pada laporan di HarakahDaily hari ini.

Kita akan membantu Anwar untuk mendapat kemenangan lebih besar walaupun beliau ditangkap dan walaupun terpaksa mempertaruhkan songkoknya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh


Mungkinkah Kamarudin telah memujuk PAS Pulau Pinang untuk tidak memboikot sebaik sahaja ura-ura ini ataupun selepas terbitnya rencana dilaman web RPK? Bukankah selama ini mereka hanya menjadi alat kepada Anwar? Adakah PAS sudah sedar dari mimpinya? Sama ada berita ini palsu ataupun hanya sekadar khabar angin,

Kata orang, jika tiada angin masakan pokok boleh bergoyang

Baca seterusnya...

Ketirisan RM3.5 Juta oleh Anwar Di Permatang Pauh


Setelah cuba meraih kerusi di merata tempat termasuk Tun Razak, Ijok dan Kulim, Anwar tidak berjaya meyakinkan rakan-rakan bagi memberi laluan kepada beliau. Malah rayuannya kepada Zulkifli Nordin wakil Kulim jugak ditolak sama sekali. Akhirnya baliklah Anwar ke kampungnya kembali.

Kelmarin, Wan Azizah mengumumkan perletakan jawatan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil nanti. Jika kita imbas kembali bulan May lalu selepas tragedi "Black 14", Anwar pernah berkata beliau tidak mahu tergesa-gesa ingin menyuruh rakan-rakan yang lain mengosongkan kerusi parlimen bagi memberi laluan kepada beliau atas alasan ia akan merugikan suara Pakatan Rakyat(PR). Namun realitinya, beliau tidak mendapat simpati daripada rakan-rakan didalam PR sendiri kerana kebanyakkan mereka kini sudah merasakan diri berkuasa.


Kenapa Anwar begitu tergesa-gesa mahu masuk ke Parlimen? Malah pilihanraya kecil ini sebenarnya tidak diperlukan. Jika beliau ikhlas mahu mewakili rakyat sekalipun, beliau masih boleh menjadikan Wan Azizah sebagai proksinya. Lebih dari itu, bagi mengadakan pilihanraya kecil ini, wang rakyat perlu digunakan.

Mengadakan pilihan raya kecil juga bukannya mudah. Kosnya pula agak tinggi. Banyak perbelanjaan daripada wang rakyat terpaksa digunakan merangkumi perbelanjaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), keselamatan, ketenteraman awam dan pelbagai aspek lain


Bukankah ini bertentangan dengan prinsip ketirisan beliau? Beliau pernah mengatakan perihal kebolosan perbelanjaan wang kerajaan, tetapi hari ini? Beliau sendiri mahu menggunakan wang rakyat bagi menjayakan agenda peribadi beliau.


Seingatan saya juga beberapa wakil rakyat PR juga mahu kerajaan berbelanja dengan berhemah dan tidak membazir.Kata-kata ini datang daripada orang DAP

Susahlah, kalau nak pindah kena perbaiki. Terpaksa belanja sampai RM100 ribu. Takkan saya nak belanja duit rakyat sampai RM100 ribu untuk kepentingan saya


Berapakah kos sebenar bagi mengadakan satu pilihanraya kecil? Mengikut Suruhanjaya Pilihanraya(SPR), seseorang calon adalah layak membelanjakan wang bagi pilihan raya tetapi tidak boleh melebihi RM100,000 bagi Dewan Undangan Negeri(Rujukan: SPR). Walaubagaimanapun kos perbelanjaan keseluruhan bagi mengadakan pilihanraya kecil boleh mencapai RM3.5 juta!!

Pilihan raya kecil Pengkalan Pasir yang baru berlangsung telah membelanjakan RM3.5juta


- Raja Petra 03/05
RM3.5 juta bukanlah jumlah yang sedikit, ianya bersamaan dengan 14 buah Mercedes E200 Kompressor yang baru dibeli oleh MB Terengganu. Apa yang lebih menarik Dr. Lo Lo dari PAS pernah membidas SPR kerana membelanjakan RM3 juta untuk dakwat.

Kos RM3 juta bekalan dakwat kekal yang dianggap kecil oleh SPR boleh dimanfaatkan untuk memberi bantuan kepada 6,000 orang miskin dan setiap orang boleh mendapat RM400


Tapi kali ini dimana pula suara beliau ketika Anwar ingin membazirkan wang rakyat sebanyak RM3.5 juta? Dimana kepekaan PAS dan DAP? Adakah amalan kepentingan parti lebih dari kepentingan rakyat? Malah tiada seorang pun dari PR menyuarakan tentang pembaziran wang ini.

Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya.


- al-Isra':27
Baca seterusnya...