Harga petrol, diesel turun mulai esok: PM

|

PUTRAJAYA: Harga diesel dan petrol akan turun antara lapan sen dan 22 sen seliter mulai esok, demikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, hari ini.

Beliau berkata Kabinet memutuskan harga runcit petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter manakala harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter.

"Harga runcit diesel akan dikurangkan sebanyak lapan sen seliter daripada RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter," katanya dalam kenyataan akhbar di sini.
Sumber: Berita Harian

Ulasan: Sebulan lepas saya membuat spekulasi harga minyak akan turun bulan ini boleh rujuk disini Minyak Turun 20 sen Bulan Ini! Ternyata ramalan saya tepat! Didalam artikel tersebut juga pembaca boleh melihat bagaimana formula perkiraan harga minyak runcit berbanding harga minya mentah dunia.

4 ulasan:

kamal... berkata...

ermmmm betul ke ni? atau blog ni saja2...biar betul...

kamal... berkata...

opsssssss sory hehhehe jng ambil hati saya terlambat imfomasi tadi soryyyyy bossss..

Unknown berkata...

naik tinggi. turun sikit je? nampak sangat politik...benda2 macam ni yang aku x suka kat kerajaan Pak Lah ni.

Harimau-Menaip berkata...

15 sen? Apa ke jadahnya...?

Tapi syukur...nak kena buat by-election lagi ni.