Gambaran Anwar Diambang PM - MalaysiaKini

|



8 Mac
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, PKR, Pas, DAP dan seorang Bebas memenangi 82 daripada 222 kerusi Parlimen. Pakatan pembangkang memerintah di lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

1 April
Anwar mengumumkan PKR, Pas dan DAP membentuk Pakatan Rakyat (PR) untuk menyatukan kerjasama antara mereka.

23 April
Di Kota Kinabalu, Anwar berkata, PR sudah bersedia untuk membentuk kerajaan dan mempunyai cukup Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bersedia melompat parti.
Anwar juga menegaskan pertukaran kerajaan akan berlaku selewat-lewatnya pada 16 September iaitu hari pembentukan Malaysia.

24 April
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiada seorang Ahli Parlimen BN akan melompat parti dan mendedahkan Anwar "sedang mengarah sebuah permainan politik".

25 April
Anwar mengulangi keyakinannya untuk memerintah negara dan mewujudkan kerajaan baru kemungkinan pada bulan Jun, Julai atau 31 Ogos namun tetap tidak melebihi tarikh 16 September.

28 Jun
Bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa dia telah diliwat majikannya.

3 Julai
Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata kemungkinan terdapat penangguhan pada rancangan mereka membentuk kerajaan baru tetapi ia tetap menyatakan 16 September sebagai tarikh Anwar menjadi Perdana Menteri.

10 Julai
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan notis usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di pejabatnya di bangunan Parlimen.

31 Julai
Dr. Wan Azizah meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.

26 Ogos
Anwar mengekalkan penguasaan PKR di kerusi Parlimen Permatang Pauh apabila memenangi pilihan raya kecil kawasan itu. Dia menyatakan kerajaan baru akan dibentuk menjelang 16 September.

8 September
Seramai 49 anggota Parlimen BN berlepas ke Taiwan bagi melakukan lawatan sambil belajar mengenai teknologi pertanian yang diamalkan di negara kepulauan itu namun didakwa pembangkang sebagai langkah untuk menyekat perubahan pemerintahan.

12 September
Pemimpin PKR berlepas ke Taiwan selepas anggota Parlimen BN dalam perjalanan pulang ke Malaysia.
PKR mendakwa memperoleh cukup ahli untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September namun ia tidak berlaku walaupun ia tetap mendakwa proses itu akan terjadi dalam sedikit masa lagi.

15 September
Anwar yakin boleh menubuhkan kerajaan baru tetapi memberi tempoh dua minggu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengadakan rundingan.

16 September
Anwar yang mengadakan sidang akhbar di Petaling Jaya mendakwa mempunyai senarai 31 nama Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti tetapi enggan mendedahkan nama-nama wakil rakyat terlibat.

Bersambung.....

Ulasan: Senario yang bakal berlaku sampai bila-bila.

5 ulasan:

Pewaris Melayu berkata...

"bukan permainan lagi"kata anwar

saya nak jadi PM.. Nak jadi pm!


saya nak jadi PM.. Nak jadi pm!


saya nak jadi PM.. Nak jadi pm!


saya nak jadi PM.. Nak jadi pm!

pewarismelayu.blogspot.com
pembangkangmalaysia.blogspot.com

kulatlapok berkata...

salam PASCA PRU12;

DSAI: tAK DAPAT JADI PM JADI 'HANG PM' PUN JADILAH...,
DIREKTOR: HAI 'HANG PM' PAKAI BAJU MACAM NI, DENGAN MATA KO YG LEBAM NI...
DSAI: APA BOLEH BUAT BELUM MINTAK DIAORANG DAH TALA...
DIREKTOR: HUH..!! DASAR TAK TAHU DIUNTUNG KO NI...
DSAI: DULU UNTUNG, SEKARANG DAH TAK UNTUNG....
DIREKTOR: HABIS TU COMFIRM KO NAK JADI 'HANG PM'..??
DSAI: COMFIRMLAH PASAI AKU NAK TALA LAK DIORANG....!!!!

Tanpa Nama berkata...

hahahahahahahahaha

16 september lepas,

anwar telah mengangkat sumpah sebagai pm depan potret YDPA.

and dapat 31 kerusi courts mamoth terlompat ke rumah dia.

http://writtenbyhim.wordpress.com/

Jeepers Creepers berkata...

Anwar terus dalam angan angan mat jenin. Tapi kita tidak seharusnya leka dengan keadaan sekarang. Kita tidak tahu apa langkah anwar jenin seterusnya.

Seharusnya kerajaan terus mengurangkan keresahan rakyat dengan menurunkan harga minyak dan barangan lain. Bukannya terus menyebarkan berita berita kegagalan 16 september.

Sekiranya tiba tiba benarlah anwar menjadi PM, alangkah malunya Pak Lah dan rakan rakan kerana memperbodohkan segala tindakan anwar jenin.

Kembara Politik berkata...

Apa yang penting bagi DSAI ialah dapat mengalihkan perhatian umum dari kes liwat yang dihadapinya!