Kronologi Mimpi Anwar Ke Putrajaya

|



Hari ini mstar melaporkan desas-desus kononnya Anwar akan mengumumkan Ahli Parlimen(MP) yang bakal lompat parti pada sidang akhbar 11 pagi lalu.

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan siri pertemuan informal dengan wakil-wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN) di ibu negara esok, dipercayai bagi membincangkan soal menyertai Pakatan Rakyat.

Sumber mengesahkan bahawa pertemuan itu akan diadakan selepas pertemuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan ahli-ahli Parlimen parti itu berhubung Bajet 2009 dan disusuli dengan sidang media pukul 11 pagi.


Sidang akhbar tersebut juga boleh dilawati diblog Anwar sendiri disini. Malah semalam terdapat khabar angin mengatakan bahawa kononnya para Ahli Parlimen BN dari Sabah berkumpul di Istana Negara bagi membentuk kerajaan yang baru.

akum, pagi ni aku dengar 31 MP dari malaysia timur memohonj untuk mengadap YDP agong berkaitan isu nak set up new fed gov yg berperdanakan DS anwar Ibrahim..yg menariknya sms tu kata, ada MP dr johor yg akan lead..iaitu TS muhyidin yasin...


- 01/09/2008 Sumber SMS khabar angin
Namun begitu khabar angin ini dinafikan oleh Ronald Kiandee MP Beluran.

Mereka tahu Ahli Parlimen Sabah tidak akan lompat...jadi mereka cuba pancing Ahli Parlimen dari semenanjung pula menerusi sms tu


- Ronald Kiandee 01/09/2008
Jadi adakah betul-betul MP-MP BN ini akan melompat? Pada pendapat saya ianya tidak akan berlaku, kerana ini hanyalah rekaan bagi memberi tekanan kepada kerajaan BN sekarang yang agak lemah dan juga takut pada bayang-bayang sendiri.

Jika benar MP ini mahu melompat, mengapa perlu tunggu sehingga 16Sept? Tarikh tersebut merupakan tarikh simbolik dimana pada 16 September 1963 Malaya, Sabah, Sarawak and Singapore bersatu menjadi sebuah negara Malaysia. Saya tidak fikir perlunya MP menunggu tarikh tersebut jika benar mereka telah bersetuju dengan Anwar untuk menubuhkan kerajaan baru mengikut pintu belakang.

Apa-apa pun tinggal kurang dari 14 hari untuk kita menyaksikan peristiwa yang bakal mengubah negara kita ini. Samada pada 16 Sept, Anwar menjadi PM ke-7 atau pun menjadi pemutar beli nombor واحد. Berikut merupakan sinopsis kronologi yang bakal berlaku pada bulan ramadhan ini(jika Anwar berkata benar).

  • 5 Sept. Semua Parti Komponen BN dari Sabah & Sarawak isytihar keluar BN.
  • 6 Sept. Semua komponen BN dari Semenanjung keluar BN kecuali MCA & MIC.
  • 7 Sept. 10 Ahli Parlimen BN umum pindah kerusi Parlimen ke PAKATAN.
  • 8 Sept. 5 Menteri & Timbalan BN Letak Jawatan.
  • 9 Sept. Sidang Tergempar Parlimen di panggil.
  • 10 Sept. Pak Lah mengumumkan perletakan jawatan.
  • 12 Sept. Sidang Tergempar mengusulkan Anwar membentuk 'Caretaker Government'.
  • 15 Sept. Anwar mengisytiharkan pembentukan PAKATAN sebagai Kerajaan baru di TV1,TV2,TV3,Bernama TV,Awani Astro secara siaran langsung - 8:00 mlm .
  • 15 Sept. Anwar mengadap DYMM AGONG. 6:15 ptg.
  • 15 Sept. Anwar mohon restu Agong. 9:20 mlm.
  • 16 Sept. Anwar Angkat Sumpah Sebagai PM Malaysia - 10 pagi.
Sumber: TKO

Didalam politik, apa-apa pun boleh berlaku, tetapi marilah kita berpegang kepada kata-kata ini,

Saya bukan ahli politik Mat Jenin


– Hadi Awang 15/08/2008

13 ulasan:

Unfiltered-Madness berkata...

Lewat dari 5hb tak boleh?

Tanpa Nama berkata...

Den tak heran ngan kronologi tu sebab den tak percayo ngan tilik atau firasat ni. Den suko gambor tu.
Den mintak izin copy gambar tu.

ps: dasyat jugak kronologi tu. Den standby jo nak tick mana satu yang Anwar gagal nak buat.

tiamia berkata...

Tentu tak jadi. Mat Jenin akan jatuh terhempap kelapa. Kalau ada orang melayu bodoh lompat ke pagar sana, aku sumpah jadi katak puru seumur hidup. Pemusnah bangsa melayu saperti orang yang suka jalan belakang ini patut di timbus dengan kelapa-kelapa busuk takpun sumbat dengan kelapa besor je. he he.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

ITU PLAN KRONOLOGI ANUAR. PIHAK SATU LAGI MACAMANA? KRONOLOGI KU LI PULAK? DISEMBER! LEWAT KOT

Tanpa Nama berkata...

klu ikut anwar punya stail xtau la 16 September TAHUN BILA..boleh jadi taun ni..taun depan..taun gajah..
ckp pusing2 sikit dah leh cover..hurmm..

zeme berkata...

Kita tunggu jer tengok sama ada Anwar ni kaki fakta atau kaki auta. Tapi mungkin juga, Anwar ni kaki unta. Yelah politik Anwar ni kan macam-macam boleh jadi.

azlishukri berkata...

tidak akan berlaku apa yang anwar harapkan itu.

Tanpa Nama berkata...

Yg penting cuti 16 september ni kalo x jd, mmg aku hangin ni.

Tanpa Nama berkata...

cm tak matching je gmbo last tu...tak sesuai jd PM la tu..haha

Admin berkata...

Den punyo kronolgi lagi best...samapi 18 September...
Jom gi blog Den baco!

www.pilihan-anda.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

kita tunggu dan lihat sahaja...sume yang terjadi ada hikmah nya...semoga TUHAN tunjukkan yang terbaik untuk Malaysia dan rakyatnya.tapi kenapa akta DNA kena skang?..bukan 10 tahun lepas?...sbb DSAI tak nak bagi DNA dia kah?...Opsss....

untuk yang terbaik

amiNnnnn....

(AFAR)

angah berkata...

salam...

saya menlahirkan keyakinan penuh kerajaan di tukar 16 september ini..

Tanpa Nama berkata...

Soal jadi atau tak jadi 16 Sept bukan la perkara besar. Lagi pun benda kalau nak jadi tetap akan jadi kan..

Yang menjadi masalah ialah bagaimana pemimpin2 BN terutamanya UMNO menangani hal ini. Semua macam dah hilang punca. PM tak payah cakap la, masih dalam denial state dia tu pas tu senyap sepanjang masa..

Kalau tak percaya tengok kat pejabat2 kerajaan. kebanyakannya dah tak ada program2 terbaru di rancang untuk waktu terdekat ni. Macam menunggu sesuatu yang akan belaku.

Kecewa sungguh dengan perangai pemimpin2 melayu hari ni :(