Selamat Hari Raya Aidilfitri

|



Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan bloggers, rakan-rakan yang menyokong UMNO/BN, rakan-rakan yang menyokong PR tidak dilupakan juga rakan-rakan yang tidak memihak kepada mana-mana.

Saya juga ingin memohon maaf sekiranya ada penulisan saya mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Jika ada yang tersalah ataupun terkasar bahasa, ampun maaf dipinta.

Diharap lembaran kali ini membawa erti kehidupan yang baru.

Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin.

Tulus ikhlas,

My.

7 ulasan:

kulatlapok berkata...

salam Politik Malaysia Pasca PRU12:

Bukan aku tak sayang pada kerajaan, sayang. Bukan aku tak bela bangsa Melayu, Bela. Bukan aku tak dilahirkan dalam keluarga UMNO, dari situ aku kenal erti pembangunan Malaysia. Tapi setengah2 pemimpin UMNO yg rakus dengan kuasa (jangan tuan nafikan) yg mecipta bibit2 kebencian bangsa Melayu itu sendiri. Tetapi tidak juga aku menyokong pihak pembangkang yg kadangkala tergelincir jauh dari perjuangan tetapi melebihkan kepentingan diri sendiri. AKU HANYA SOKONG SEMUA PEMIMPIN YG IKHLAS MEMPERJUANGKAN NASIB RAKYAT DAN MEMELIHARA AGAMANYA.... Wallahualam.

Aku juga sama dengan hang memohon maaf di bulan yg mulia ini kiranya penyinggahan aku di blog hang ini menyinggung perasaan hang. Kritikan tidak bermakna kita tidak suka tetapi kekadang ianya terselit hikmah untuk kita semua perbaiki kira ada yg terkhilaf. Itupun terserah hanya untuk orang2 yg boleh menerima dan untuk mereka yg berfikir... Terima kasih, "Salam Aidilfitri" dari Kulalapok@Cendawan MALAYA.

Harimau-Menaip berkata...

Selamat Hari Raya Tuan. Hati-hati bila main mercun.

Kembara Politik berkata...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Maaf Zahir & Batin

Teruskan Berjuang!

Dari:
PsyTroopers & keluarga
Kembara Politik

Generasi Pejuang Bangsa berkata...

kulatlapok..

aku syg kerajaan ini iaitu kerajaan yg telah mendapatkan kemerdekaan dan membangunkan bangsa melayu hingga berjaya .aku dilahirkan dalam keluarga penyokong kuat UMNO ...aku petik sikit kata2 tok aku " tok hanya pilih parti ni shj dari dulu smpi skrg ,tak nak lagi parti lain "

tiada siapa yg smpurna termasuk pemimpin ,tp seburuk2 mereka pun ,mereka tetap membela rakyat dan menjaga kepentingan bangsa melayu dan paling penting KUASA tetap di tangan kita.

salam lebaran

UMNO PARTI PENJARA berkata...

Salam Lebaran...


Salam perkenalan :-)
Akar Umbi & Calon ‘Kuda Hitam’ Ada Kejutan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

selamat taun baru 2009. jangan banyak begadang

Kembara Politik berkata...

Salam,

Lama benar tak update blog. Bila nak dapat baca posting terbaru?