Politik Dan Bola?



Penulis ada mendengar ura-ura bahawa President KAFA, Annuar Musa mahu berundur. Sebab yang diberi adalah kerana mahu membuka peluang kepada muka baru. Tetapi WPP12 mendapat maklumat ada masuk campur parti politik yang menarik istana kedalam pergelutan ini**.


Semua sudah tahu bahawa Annuar Musa ada orang UMNO. Dan kerana beliaulah pasukan bola sepak Kelantan dapat menjulang Piala Malaysia selepas penantian selama 89 tahun. Jika orang UMNO boleh membawa pasukan bolasepak Kelantan ke tahap yang tinggi, sudah pastinya UMNO juga boleh melonjakkan negeri Kelatan seiras dengan negeri-negeri maju lain seperti Selangor, Johor dan lain-lain. Tetapi WPP12 disini ingin menarik pembaca perihal dunia sukan dan politik.

Dunia sukan dan politik tidak boleh dicampur adukkan. Tetapi bagi sesetengah pihak apa sahaja yang boleh memihak kepada mereka didalam dunia politik, maka cara itulah yang perlu diikuti.

Matlamat tidak menghalalkan cara



Itulah yang berlaku pada KAFA. Dek kerana tidak puas hati kerana ramai orang UMNO berada didalam KAFA, PAS dikatakan mengggunakan cara lain untuk memasuki dan merampas KAFA. Menggunakan kuasa istana.

Nampaknya Piala Malaysia diraikan oleh pemimpin Umno terlebih dahulu dan bukannya Sultan Kelantan

- Ketua Penerangan PAS 3 Nov 2010


Mereka dikhabarkan menghasut istana kedalam kancah politik. Hatta pihak istana dikatakan meminta Annuar Musa undur diri dari KAFA. Jika benarlah maklumat yang diberi kepada WPP12, amat malang sekalilah orang Kelantan kini kerana mendapat sebuah kerajaan negeri yang hanya ingin berpolitik sahaja.






**rujuk penafian
Baca seterusnya...

Kembali

Mohon maaf saya ucapkan kepada pembaca tetap WPP12 kerana terlalu lama tidak mengemas kini blog ini. Bukan disengajakan tetapi penulis telah mendapat 1 notis daripada peguam seorang ahli politik untuk tidak menulis lagi.

Dipendekakkan cerita, penulis berjaya melawan kembali dengan undang-undang untuk mengetepikan perintah menulis ahli politik tersebut.

Akhir kata penulis WPP12 kembali lagi menulis untuk dunia blog politik malaysia pasca PRU-12
Baca seterusnya...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

| 7 ulasan



Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan bloggers, rakan-rakan yang menyokong UMNO/BN, rakan-rakan yang menyokong PR tidak dilupakan juga rakan-rakan yang tidak memihak kepada mana-mana.

Saya juga ingin memohon maaf sekiranya ada penulisan saya mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Jika ada yang tersalah ataupun terkasar bahasa, ampun maaf dipinta.

Diharap lembaran kali ini membawa erti kehidupan yang baru.

Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin.

Tulus ikhlas,

My. Baca seterusnya...

Harakah? Hurakah? Atau Haprakah? - MalaysiaKini



Utusan Meloya, Berita Hairan, TV3 Suku itulah gelaran yang diberikan kepada media arus perdana atau boleh dikatakan media propaganda kerajaan BN, atas alasan berita yang mereka khabarkan lebih merupakan propaganda dari UMNO/BN. Tetapi bagaimana pula pesanan yang ingin disampaikan oleh Harakah? Keadilan? Apakah mereka juga bukan alat propaganda PR?

Baru-baru ini saya terserempak dengan sebuah forum yang sememangnya pro-UMNO. Sebuah tajuk telah dibuka berkisar tentang harga minyak runcit yang kerajaan sepatutnya beri kepada rakyat. Setelah puas menanyakan soalan kepada pembuka tajuk tersebut, didapati pembuka tajuk tersebut hanya pandai "cut & paste" maklumat yang didapati daripada Harakah. Lidah rasmi PAS.

Berikut merupakan formula yang telah dihebahkan kepada umum oleh Harakah.

Harga Minyak Global 1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82)
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45
Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01

Subsidi kerajaan = RM 0.30
Harga sepatutnya > RM 2.01 - RM 0.30 = RM 1.71 (harga sepatutnya)
Harga sekarang = RM 2.45 sen

Beza kerajaan tipu Rakyat Malaysia = RM 2.45 - RM 1.71 = RM 0.74 per liter.


Formula yang diguna pakai oleh Harakah lebih kurang sama dengan formula yang saya gunakan, boleh rujuk semula disini. Terdapat beberapa ralat didalam formula Harakah tersebut.
  1. Tiada kos pengangkutan dan lain
  2. Harga minyak mentah global bukanlah $92.70/tong
Mungkin ada yang bertanya dimana saya mendapat kos pengangkutan tersebut? Dimana sumber saya bagi formula tersebut? Ianya dari akhbar TheStar, sehari sejurus kerajaan menaikkan minyak secara mendadak. Dan mungkin juga ada yang akan berkata harga $92.70/tong itu adalah harga minyak mentah yang PERNAH menjunam dahulu dan bukan harga sekarang.

mase artikel ni ditulis memang minyak masih di bawah USDS100..tetapi sejak bape hari lepas minyak mengalami kenaikan sedikit..so harga skrg tidak sama...

Untuk rekod, artikel tersebut ditulis dan terbit pada tanggal 25 Sept 2008. Harga tertinggi minyak mentah pada tarikh tersebut adalah $108.55 dan harga PALING rendah adalah $103.35.



Persoalannya bagaimana Intan Abdullah(penulis artikel) mendapat harga $92.70/tong? Atau beliau ingin mengelirukan pembaca? Atau beliau ingin menghasut pembaca supaya lebih membenci kepada kerajaan?

Sesungguhnya kalau orang munafik dan mereka yang dihatinya ada penyakit dan penggempar-penggempar (penghasut-penghasut) di Madinah tidak menghentikan (kegiatannya) sudah tentu kami akan perintahkan engkau menyerang mereka, kemudian mereka tiada dapat tinggal berjiran dengan engkau kecuali sementara waktu saja.


- al-Ahzab:60
Jika tiada logik pada harga tersebut, saya fikir artikel Harakah tersebut juga tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mengatakan kerajaan menipu rakyat Malaysia. Dan ini menunjukkan berita ini hanyalah satu fitnah dah propaganda dari mereka yang tidak bertanggungjawab.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.


- al-Hujurat:6
Banyak lagi kes kita boleh lihat bagaimana Harakah cuba menyembunyikan fakta atau berita yang menyelebelahi kerajaan. Lihat sahaja kes ahli Keadilan(muslim) baru-baru ini yang telahpun mengaku mengadakan zina,

Saya telah diberikan seorang wanita China oleh Mohammad Imran dan pada malam tersebut saya telah melakukan hubungan seks dengan wanita itu di dalam sebuah bilik di Sri Sayang Apartment.


Adakah Harakah menerbitkan berita tentang perihal tersebut? Tidak. Kerana apa? Malu atau takut rakyat tahu perangai sebenar pejuang dan pemimpin PR? Adakah ini ketelusan didalam PR? Menutup segala keburukkan yang terang lagi tersuluh.

Suara keadilan, sebuah lagi akhbar terbitan PKR juga pernah memfitnah Musa Hasan yang kononnya beliau lumpuh dan berada dalam keadaan nazak selepas menjalani pembedahan pintasan koronari(rujukan: malaysiakini), tetapi apa cerita sebaliknya? Sama sekali tidak benar.

Dalam edisi terbaru Suara Keadilan, kami telah menerbitkan pembetulan dan menarik balik berita mengenai kesihatan Ketua Polis Negara.


Jadi mereka ini juga boleh dikatakan sebagai agen propaganda PR dan bukannya media yang telus. Saya berharap sangat jika Harakah(atau kita patut panggil Haprakah: Lidah bercabang PAS?) lebih telus dan menerbitkan berita yang kualitinya tinggi supaya suatu hari nanti boleh menggantikan media perdana. Janganlah pandai mengkritik orang lain tetapi tidak sedar diri sendiri pun tidak betul dan cuba menyembunyikan perkara buruk diri sendiri.

Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak


Baca seterusnya...

Teresa Kok: Terlupa, Tersasul dan Terhina.



Sekali lagi satu kontrovesi melanda exco kanan kerajaan Selangor ini. Jika dahulu beliau ditahan dibawah ISA akibat kenyataan beliau dilaman blognya yang dikatakan oleh polis boleh menyebabkan ketengangan kaum dan agama, kini setelah dilepaskan oleh pihak polis, Teresa tersasul pula.

Ini bukan kali pertama Teresa terlupa, sudah banyak kali beliau terlupa. Mengenai petisyen aduan penggunaan pembesar suara masjid pun beliau pernah terlupa juga. Seorang pembaca blog beliau pernah menanyakan soalan mengenai khabar angin tersebut dan ini jawapan beliau.

Hi Sinatra, I know nothing about the case. Please note that I am a state executive councillor or state minister. Since Satim is only an opposition back bencher, why should I present a petition to him? It should be he who presents the petition to me. Those guys that spread this kind of untrue news seem don’t have any knowledge about our roles. They have forgotten that Satim has become an opposition ADUN. Do I need to sign a SD?


Tetapi setelah tersebar luas dimedia arus perdana, dan begitu ramai yang bertanyakan soalan tersebut, ini pula jawapan beliau.

Selepas itu, saya diberitahu oleh bekas pembantu pejabat perkhidmatan Kinrara saya bahawa penduduk yang membantah tentang bunyi azan tersebut pernah menghantar salinan petisyen tersebut ke pejabat saya dan minta bekas pembantu saya untuk "acknowledge receipt" dengan cop pejabat saya dalam surat mereka.


Lain sungguh tonasi Teresa sebelum dan selepas? Mengapa sebelum ini begitu beriya-iya menafikan perkara tersebut hingga sanggup mengatakan kepada pembaca blog beliau yang beliau TIDAK tahu apa-apa tentang kes tersebut? Nah, selepas dua bulan? Adakah exco begini yang kita mahukan?

Dek kerana beliau menghuru-harakan keadaan dengan memperbesarkan isu tersebut didalam blognya, beliau telah ditahan bawah ISA bagi mententeramkan keadaan dan tidak memudaratkan lagi keadaan. Semasa beliau didalam tahanan, beliau sempat menyaman Utusan sebanyak RM30 juta atas alasan, akhbar Utusan memfitnah dan merosakkan nama baiknya. Beliau hanya ditahan selama tujuh hari dalam penjara di balai- polis “antara Sentul dan Jalan Ipoh”.

Setelah dibebaskan, beliau segera membuat kenyataan media(PC) cuba memburuk-burukkan layanan ketika didalam tahanan.

Ahli parlimen Seputeh itu juga mendakwa, beliau dijamu “seperti makanan anjing” - dua butir telur rebus, timun dan kuah dua kali sehari pada waktu makan tengah hari dan makan malam.


Kenyataan ini dipetik oleh Utusan dari MalaysiaKini dan kemudian menulis ulasan didalam akhbar mereka. Tiga hari kemudiannya Teresa tidak berpuas hati dengan kenyataan beliau sendiri dan mungkin takut apa yang didakwanya sebelum itu tidak benar(yang sememangnya tidak benar langsung) dan dihebahkan kepada media, beliau sekali lagi membuat PC bagi memperbetulkan kenyataannya sebelum ini.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim hari ini mendakwa makanan yang diberikan kepadanya ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah `lebih baik sedikit daripada makanan anjing’.


Dan apa yang lebih menarik lagi, beliau menyalahkan Utusan yang didakwanya memutarbelitkan kenyataannya berhubung perkara itu. Benarkah begitu? MalaysiaKini saya fikir adalah lidah rasmi PR/DAP, mengapa MalaysiaKini tidak dipersalahkan? Mungkin ada yang masih tidak percaya, lihat sahajalah kenyataan beliau sendiri sebelum dan selepas didalam klip video tersebut.



Jadi sekarang, siapa yang sebenarnya pemutarbelit? Anda sudah lihat video tersebut? Adakah Teresa akan menafikan sekali lagi? Jika hari ini beliau sanggup menipu dan mendakwa orang lain atas kesalahan sendiri, adakah kita harus mempercayai kenyataan beliau mengenai petisyen laungan azan tersebut yang dimana beliau menafikannya sekeras-kerasnya?

baling batu sembunyi tangan


Inilah dia ahli politik yang hanya mementingkan diri sendiri. Sanggupkah kita memberi undi kepada beliau lagi?

Untuk pengetahuan umum, MalaysiaKini tidak menyiarkan pun berita tentang isu putarbelit makanan anjing oleh Teresa sehingga hari ini. Mengapa akhbar yang dikatakan neutral dan tidak berat sebelah tidak mahu memaparkan berita tersebut? Diharap pembaca dapat memikirkan hal ini sejenak.

p/s: saya syorkan kepada Utusan memfailkan saman terhadap Teresa RM50 juta, atas alasan membuat kenyataan fitnah dan juga merosakkan nama baik Utusan.
Baca seterusnya...