

Apa yang diumumkan adalah penstrukturan semula subsidi minyak di Malaysia dimana harga minyak akan mengikut harga pasaran global.
Walaupun harga minyak diapungkan namun kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 30 sen seliter disamping pemberian rebet pada tiap-tiap tahun.Kerajaan berharap tidak akan ada lagi kawalan harga bagi petrol serta diesel dan bahan bakar itu dijual mengikut harga pasaran pada masa hadapan.
- 03/06/2008 Utusan Malaysia
Harga minyak pada ketika diumumkan, adalah lebih kurang $135 setong dan tukaran ringgit adalah sebanyak RM3.24 untuk $1. Setelah perkiraan, harga runcit bagi 1 liter petrol adalah sebanyak RM3.00. Dari sini kita boleh menerbitkan satu formula bagi mengira pemalar didalam perkiraan harga seliter petrol tersebut. Satu tong = 159 liter, manakala $1 = RM3.24. Jadi

Berpandukan kepada pemalar tersebut, kita dapat mengagak berapakah harga minyak runcit hanya dengan 2 pelaras; Tukaran ringgit dan harga setong minyak.
Semalam, Shahrir Samad menyatakan kerajaan bakal menurunkan harga minyak tidak lama lagi. Berita ini merupakah khabar yang amat gembira dan amat dinanti-nantikan oleh semua pihak.
Tidak pernah sebelum ini kerajaan mengumumkan harga minyak turun sehingga disinonimkan dengan BN=Barak Naik! Janji telah diberi, kini kotakan janji tersebut.The government may cut gasoline prices should crude oil drop below $125 a barrel for at least three weeks, said Shahrir, who tracks the crude price daily. Such a reduction may come as early as this year to enable the government to keep its pledge of maintaining a 30 sen (9 cents) subsidy on every liter of gasoline, he said.
- 30/07/2008 Bloomberg
Jika perkara ini benar-benar berlaku, berkemungkinan besar kerajaan akan meraih sokongan semula daripada rakyat yang agak kecewa sebelum ini. Ini disahihkan lagi dengan perbincangan kabinet hari ini.Hai orang beriman, tepatilah janjimu.
- al-Maidah:1
Persoalannya, berapakah harga baru yang bakal rakyat nikmati? Rujuk kembali kepada formula yang telah saya berikan terlebih dahulu, pelaras yang diperlukan adalah harga minyak mentah dan juga tukaran dollar. Pada waktu ini, tukaran dollar kepada ringgit adalah sebanyak RM3.262, manakala satu tong minyak mentah pula berharga $125.PUTRAJAYA: Kabinet semalam membincangkan kemungkinan menurunkan harga minyak petrol dan diesel di pam berikutan penurunan harga minyak mentah dunia baru-baru ini.
- 31/07/2008 Berita Harian

Dengan mengenakan formula tersebut, saya menjangkakan, minyak di Malaysia sepatutnya turun sebanyak 20 sen!

Dengan berita Anwar bakal bertanding di Permatang Pauh, pada pendapat saya, kerajaan akan mengumumkan harga baru ini semasa pilihanraya kecil di Permatang Pauh. Saya yakin jika kerajaan umumkan ini, kredibiliti kerajaan sebagai sebuah kerajaan yang telus dan sekaligus menunjukkan yang sistem penstrukturan semula harga minyak ini berkesan. Saya membuat spekulasi paling lewat harga baru ini diumumkan adalah pertengahan bulan Ogos ini.
Bunga Melur kembang sekaki
Mari dibungkus dengan kertas
Di dalam telur lagi dinanti
Inikan pula sudah menetas
0 ulasan:
Catat Ulasan