Langkah Terakhir Anwar Untuk Checkmate!

|



Tinggal kurang dari 2 bulan sahaja lagi saudara Anwar bakal menjadi PM, adakah mungkin lebih masa diperlukan bagi Anwar mengatur kembali strategi beliau? Baru-baru ini banyak berita yang dikhabarkan didalam media tentang Muzakarah ataupun Muqabalah PAS dengan UMNO. Mengapa baru sekarang ingin bermuzakarah? Nik Aziz pernah mengatakan beliau tidak bersetuju dengan Muzakarah ini, kerana bagi beliau UMNO pernah membelot PAS.

Orang mukmin tidak akan dipatuk ular yang sama dalam lobang yang sama

Bukankah didalam Islam kita telah didik untuk bermaafan diantara satu sama lain? Bukankah didalam Islam kita juga tidak digalakkan bersangka buruk dan berdendam?

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa

- al-Hujurat:12
Mengapa seorang yang bergelar "tok guru" didalam parti yang mendokong prinsip keislaman, mengajak pengikutnya untuk menolak rakan seagamanya? Didalam Al-Quran banyak menyebut tentang bermaafan dan menyeru kita supaya berada didalam barisan yang teguh.

Jangan kamu bercerai-berai sebab kamu akan lemah dan lenyap kekuatan itu

- al-Anfal:46
Namun begitu, selang beberapa hari kemudian, Nik Aziz bertukar pendapat hanya kerana istilah yang digunakan tidak sesuai.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang hadir dalam mesyuarat itu meminta istilah pertemuan itu ditukar kepada 'muqabalah' (bersemuka) yang lebih tepat maksudnya dan bukannya 'muzakarah' seperti yang dikatakan oleh media dan UMNO.

Beliau mengulangi pendiriannya sebelum ini iaitu tidak bersetuju dengan pendekatan muzakarah tetapi merestui muqabalah sama seperti yang dipersetujui oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama parti itu pada April lalu.

- 24/07/2008 Utusan Malaysia
Adakah istilah itu sangat penting? Bukankah yang lebih penting pengertian dan maksudnya?

Lah ke tengah makan api.

Pendapat saya, terdapat pertelingkahan diantara golongan Profesional vs Ulamak didalam PAS. Satu pihak berpegang jika mereka berada didalam Pakatan Rakyat(PR), syiar Islam tidak dapat ditegakkan kerana pendirian rakan-rakan lain didalam PR adalah nyata, tiada negara Islam dan tiada hukum hudud.

Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini mendesak PAS supaya menggugurkan agenda parti itu untuk menubuhkan negara Islam.

- Karpal - 22/04/2008 Malaysia Kini

Saya tidak menyokong apa-apa tuntutan negara Islam

- Anwar Ibrahim - Kajang 14/01/2008
Pada pihak profesional pula, mereka lebih menjerumus kearah perkongsian kuasa yang kurang Islamik dan lebih kepada ala-ala UMNO. Nahtijahnya memang terdapat pergolakan diperingkat atasan didalam PAS. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik jika PAS bersemuka dengan UMNO dan berbincang perihal Islam dan Melayu, walaupun berbeza fahaman politik mereka tetapi satu titik persamaan mereka adalah Islam dan Melayu.

Kalau digali tanah berbingkah, tanah berderai yang akan bertemu.


Anwar semakin gusar dengan perkembangan muzakarah/muqabalah PAS-UMNO, dengan siasatan liwat membabitkan beliau hampir tamat, beliau bakal masuk ke mahkamah tidak lama lagi.

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Polis sudah menyiapkan penyiasatannya ke atas DSAI yang didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan dan akan mengheret ikon pembangkang itu ke mahkamah tidak lama lagi atas tuduhan tersebut.

Perlu diingatkan bahawa rakan-rakan didalam PR sendiri mahu Anwar menyelesaikan dakwaan liwat terhadap nya secara bersendiri dan tidak melibatkan PR.

Pemimpin-pemimpin Pas juga sudah mencapai kesepakatan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menyelesaikan dakwaan liwat yang dihadapinya secara bersendirian tanpa perlu melibatkan Pas.

- 12/07/2008 Mingguan Malaysia
Malah Karpal Singh sendiri selaku Presiden DAP juga kurang yakin dengan dakwaan PR bakal membentuk kerajaan baru kurang 2 bulan ini.

Setakat ini, saya lihat Anwar sangat yakin. Adakah anda percaya cita-citanya akan tercapai? Secara ikhlas, saya tidak percaya ia akan berlaku

- Karpal - 27/07/2008 Utusan Malaysia
Ini membuktikan bahawa langkah terakhir bagi Anwar meyakinkan rakan-rakan didalam PR adalah dengan membersihkan nama beliau terhadap tuduhan liwat ini. Jika mahkamah mendapati Anwar bersalah, beliau tidak akan dapat menjadi PM menjelang 16 Sept ini. Dan jika bukti-bukti yang dikemukan oleh polis mempunyai asas yang kukuh kita akan lihat pakatan didalam PR itu sendiri akan hancur berkecai.

Nabi SAW bersabda;
Barangsiapa yang mendapatinya melakukan amalan kaum lut, maka bunuhlah pembuat dan yang kena buat

- (Al-Mustadrak ‘ Ala Sahihain : 4/395 : hadis no : 8049)
Ini kerana Pas selaku parti yang berpegang kepada prinsip Islam tidak boleh bersekongkol dengan seorang pemimpin yang melakukan maksiat dan tergolong didalam golongan Sodom. Pas juga saban hari boleh dikatakan sudah tidak pasti kemana hala tuju nya didalam PR.

Tajol Rosli baru-baru ini mengajak PAS masuk kedalam BN dan bersama-sama memerintah Perak.

Saya sanggup terima Pas menjadi Menteri Besar(MB) dan saya sendiri tidak akan duduk dalam kerajaan negeri. Ini kerana kalau saya duduk dalam kerajaan, akan dikatakan saya sebagai Exco yang menguasai kerajaan Perak

- Tajol Rosli - 29/07/2008 Berita Harian
Didalam PR, PAS merupakan parti yang didalam situasi menang-menang. Jika mereka berada didalam PR mereka masih boleh memerintah Kedah dan Kelantan dan jika mereka setuju keluar PR dan masuk bersama BN, mereka diberi peluang untuk memerintah Kedah, Kelantan dan Perak. Walaupun sekarang MB di Perak adalah beragama Islam, tetapi kenyataannya, Nizar hanyalah boneka kepada DAP. Lihat sahaja kaum yang mana lebih didalam kabinet kerajaan negeri Perak sekarang ini. Jika tidak kerana perlembagaan mengatakan seorang MB perlu beragama Islam, Nizar diberi jawatan MB, jika tidak? Adalah lebih baik jika PAS berfikir secara dalam pelawaan Tajol tersebut, ia dapat memberi kelebihan kepada PAS agar dapat menyebarkan syiar Islam dengan luas lagi tanpa tentangan dari rakan yang anti-Islam.

KUALA LUMPUR 29 Julai – Pendirian Pas berhubung cadangan penubuhan kerajaan gabungan dengan UMNO di Perak akan ditentukan pada Khamis ini.

Utusan Malaysia difahamkan satu mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dijadual diadakan di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut di sini, Khamis ini bagi membincangkan isu tersebut.

- 29/07/2008 Utusan Malaysia
Masa semakin suntuk. Hari silih berganti, sempatkah Anwar mengorak langkah mencaturkan semula strategi beliau? Apa yang saya lihat, Anwar tidak mungkin menjadi PM pada 16 Sept ini, kerana untuk menjadi PM beliau perlu terlebih dahulu menjadi seorang wakil Parlimen(MP). Dan dengan kerusi Kulim belum lagi dikosongkan mana mungkin beliau sempat?

Langit yang tinggi hendak ditampar, bumi yang dipijak tak dapat dicapai.


Langkah seterusnya bagi Anwar adalah mengarahkah MP Kulim iaitu Zulkifli Nordin mengosongkan kerusi tersebut dan bertanding bagi pilihanraya kecil.

Jika tiada halangan, saya akan bertanding di Kulim-Bandar Baharu. Ahli Parlimen sekarang (Zulkifli Nordin) telah bersetuju memberi laluan

- Anwar Ibrahim - 28/07/2008 Utusan Malaysia
Ini adalah langkah Anwar untuk "Check", saya yakin segala jentera BN akan dikerahkan bagi melawan Anwar dikawasan tersebut. Persoalannya sempatkah Anwar untuk bertanding dan menang/kalah dipilihanraya kecil tersebut, sebelum beliau dibicarakan dimahkamah atas tuduhan meliwat? Jika percaturan Anwar salah, apa yang tinggal bagi Anwar hanyalah angan-angan sahaja pada 16 Sept ini. Jika nasib tidak menyebelahinya, beliau bakal merengkok didalam penjara.

Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang.

0 ulasan: