Salam,
Selamat datang ke blog ini. Umum mengetahui, banyak hal telah berlaku selepas kekalahan teruk UMNO pada pru-12 lalu. Rakyat Malaysia semakin bijak mengundi dan memilih, semangat kepartian dan kesetian terbukti luntur pada pru-12 lalu, tetapi kadang-kadang kita perlu ingatkan peribahasaMarahkan Nyamuk, Kelambu Dibakar
Jangan kerana kita marahkan seseorang itu ataupun pempimpin tersebut, kita sanggup menggadaikan negara, memberikan undi protes, ini akan membuat masalah yang lebih besar hanya disebabkan perkara remeh. Dek kerana perbuatan kita ini, yang akan menerima padahnya adalah generasi akan datang. Jadi hendaklah kita sentiasa pijak dibumi yang nyata.
Kita haruslah berfikir dengan lebih mendalam lagi sebelum membuat sebarang keputusan, bak kata Sir Isaac Newton didalam Hukum gerakan Newton ketiganyaUntuk setiap daya tindakan , terdapat satu daya tindak balas yang mempunyai magnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan
Ini bererti apa pilihan yang kita lakukan sekarang, akan sentiasa memberi kesan. Jika dahulu selepas berakhirnya PRU, tiada berita susulan, hanya sekadar perihal kemenangan parti sahaja. Kini tidak lagi, setiap hari kita ditayangkan dengan pelbagai berita tentang politik. Dan ingatlahSesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tiada gunanya
Setakat ini sahaja bagi coretan pertama saya didalam blog ini. Kepada semua, terima kasih kerana membaca blog ini. Saya amat menghargai pandangan dan sumbangan idea yang bernas.
0 ulasan:
Catat Ulasan