JOHOR BAHRU 19 Jun – Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor daripada DAP dilarang menyertai istiadat perasmian persidangan Dewan itu hari ini kerana tidak mematuhi etika pakaian. PULAU PINANG: Sebelas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP memilih pakaian barat dan bukan pakaian rasmi istiadat pada majlis perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini. Persidangan hari pertama DUN itu dirasmikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas. ‘Pakaian Istiadat’ ertinya pakaian upacara rasmi yang direka bentuk khas untuk sesuatu perkhidmatan. Speaker, Abdul Halim Hussain berkata, tindakan 11 Adun DAP itu tidak menjadi satu kesalahan kerana peraturan Dewan hanya menyebut mereka dikehendaki memakai baju kebangsaan atau pakaian barat pada persidangan dewan. Ada batang, cendawan tumbuh
Sebulan yang lepas, kecoh tentang isu keengganan Gwee Tong Hiang, wakil Bentayan memakai songkok dengan alasan berpegang pada prinsip.
Tapi kali ini isu yang tidak kurang samanya, pemilihan pakaian barat berbanding pakaian istiadat no.1 oleh 11 orang wakil DAP pada majlis perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
Rujukan: Utusan
Sebelum saya mengulas lebih lanjut mari kita tinjau apakah pakaian istiadat? Mengikut tafsiran,
Rujukan: Berita Harian
Pakaian istiadat terdiri daripada:
Rujukan: JPA
Beginilah rupa pemakaian lengkap pakaian no.1.
Bagi mereka yang tidak mempunyai pakaian istiadat, peruntukan telah diberikan supaya mereka boleh menempah pakaian tersebut sebelum seseuatu upacara bermula. Sebanyak RM1,500 telah diperuntukkan bagi bayaran jenis pakai istiadat(Rujukan: JPA). Alasan seperti lambat membuat tempahan, tidak dapat diterima sama sekali. Harus diingatkan, sebagai wakil rakyat, seseorang itu perlu pandai mengaturkan masa nya sendiri. Bayangkan, jika perkara seperti ini pun mereka tidak dapat merancang dengan betul, bagaimana pula mereka hendak mentadbir negeri dalam 4-5tahun akan datang?
Persoalan sekarang mengapa 11 wakil DAP memilih untuk memakai pakaian barat? Benar bahawa pakaian istiadat tersebut bukanlah wajib dipakai, tetapi dimanakah ciri-ciri atau identiti seseorang itu rakyat Malaysia jika meniru pakaian barat?
Tidakkah kita mempunyai identiti sendiri? Adakah tindakan DAP ini sebagai salah satu tanda bangsa Malaysia ataupun hanya sebagai anti-songkok? Atau dengan kata lain, anti-melayu? Jika dibandingkan dengan sut hitam barat, pakaian istiadat mempunyai lebih banyak nilai-nilai estetik. Warna kebesaran diraja juga terdapat pada pakaian tersebut sesuai dengan uparaca yang penuh gemilang dan beristiadat jika dibandingkan dengan sut serba hitam?
Rujukan: Berita Harian
Saban hari kita dapat melihat ramai wanita berbangsa cina yang mengenakan pakaian baju kurung ketika bekerja.
Ehsan dari blog Mrs Babad a.k.a Cikpid
Ini membuktikan bahawa penerimaan kaum cina wanita terhadap baju tradisional melayu. Tetapi mengapa 11 wakil DAP ini tidak dapat memakai baju istiadat no.1?
Kita sudah merdeka selama 50 tahun dan sudah 50 tahun juga malah mungkin lebih wakil-wakil DAP ini telah menikmati masakan nasi lemak melayu, jadi apa salahnya jika kaum lain mengenakan pakaian istiadat tersebut walaupun bercirikan kemelayuan?Bagaimanapun, katanya, adalah lebih baik jika mereka dapat memakai pakaian istiadat itu sebagai tanda penghormatan kepada Abdul Rahman dan nampak seragam.
Rujukan: Berita Harian
0 ulasan:
Catat Ulasan