Majlis Peguam Proksi DAP: Anti-Islam, Anti-Melayu

|

Didalam kekalutan suasana politik Malaysia kini, dikala orang Melayu lemah dan secara tidak langsung Islam lemah, ada juga pihak yang mengambil kesempatan terhadap beberapa artikel didalam perlembagaan kita. Ada juga mereka yang ingin

menangguk di air yang keruh.

Apakah niat sebenar majlis peguam tersebut? Bukankah orang Islam yang patut membincangkan perkara tersebut? Didalam forum tersebut yang dihadiri dengan jumlah 100 orang rata-rata kesemuanya bukan Islam, hanya seorang sahaja wakil dari agama Islam. Adakah forum ini yang dikatakan terbuka? Menutup peluang orang Islam memperjelaskan isu-isu yang bakal dibangkitkan semasa forum tersebut? Atau mereka memang sengaja ingin mendengar rintihan supaya agama Islam itu nampak buruk? Ianya mempunyai niat jahat terhadap Islam!

Ini bukan kali pertama majlis peguam mempertikaikan status Islam sebagai agama rasmi dinegara kita. Sebelum ini majlis peguam pernah menerbitkan sebuah artikel berkisar laungan azan yang dikatakan adalah sebuah pencemaran! Beberapa perenggan didalam artikel tersebut menghina Islam.

Benar, anjing mungkin bising pada ketika tertentu tetapi itu isu berlainan.

Dalam kes pemaju membina masjid di kawasan kediaman bukan Islam, sementara setiap orang mengiktiraf hak sesuatu komuniti melaksanakan kewajipan agama dengan menggunakan pembesar suara, kepada sesetengah orang pula, ia adalah pencemaran bunyi dilakukan hingga mengganggu penduduk sesuatu kawasan kediaman.


Azan itu pencemaran? Pernahkah ummat Islam di Malaysia mengadu bising ketika penganut Hindhu membunyikan loceng semasa waktu senja? Pernahkah ummat Islam di Malaysia mengadu riuh ketika penganut Hindhu berarak semasa Thaipusam? Pernahkah ummat Islam di Malaysia mengadu bau busuk ketika penganut Buddha membakar colok mereka? Jawapannya tidak, kerana kita memang bertoleransi. Tetapi mereka duduk disebuah negara yang mempunyai populasi rakyat beragama Islam seramai 14,055,080 orang dan mereka berani berkata demikian?

Mengapa mereka begitu berani? Atau penggerak sebenar mereka adalah sebuah badan parti politik yang melaungkan slogan "Malaysian Malaysia"? Adakah majlis peguam sebenarnya proksi kepada DAP? Mungkin ramai tidak tahu, tetapi dua bulan lepas

Pada 26 Jun 2008, Teresa Kok mengepalai satu petisyen penduduk di Puchong kepada Datuk Satim Diman (ADUN Seri Kembangan) mencadangkan agar azan diperlahankan kerana didakwa menggangu ketenteraman penduduk

Walaubagaimanapun Teresa menafikan khabar-angin itu dilaman blognya apabila seorang pelawat menanyakan persoalan tersebut. Namun begitu, persoalan yang sama pernah ditanyakan kepada Khir Toyo juga dilaman blog beliau, dan ini pula ulasan beliau

Memang terdapat memorendum yang ditandatangani oleh penduduk di sekitar pucong mendesak kerajaan pakatan rakyat mengadakan undang undang mengurangkan volum azan disurau dan masjid di situ,salah seorang exco kerajaan negeri telah setuju dan akan bawa dalam mesyarat exco kerajaan pakatan rakyat,yang membimbangkan saya kerajaan pakatan rakyat hari ini mendasari perinsip kesamarataan jika ini digunakan tidak salah bagi mereka utk mengarahkan masjid surau mengurangkan volum suara azan demi keselesaan orang bukan islam


Jika benar, siapakah dalang yang menghantar memorendum tersebut? Parti mana yang menjadi tunjangnya? Malah ini bukan kali pertama DAP mendesak perkara tersebut

Saya telah diterima aduan daripada kawasan saya, yang mempunyai satu majoriti bukan Islam, yang azan untuk sembahyang subuh adalah terlalu kuat dan membangunkan mereka dari tidur secara mengejut. Saya berharap pihak Kerajaan dapat mengawal ini


Bukankah mereka ini semua dari parti DAP? Sekarang adalah waktu yang paling sesuai bagi mereka menghina Islam dan memperkotak-katikkan kita. Dari semasa ke-semasa mereka menghina Islam, sungguhpun begitu ummat Islam masih bertoleransi dan tidak bertindak ganas. Dek kerana itu jugalah majlis peguam tekad mengadakan forum bahagian kedua bagi membincangkan isu "Memeluk Islam". Kepada DAP yang memproksikan majlis peguam, hentikan propaganda anda,

sarang tebuan jangan dijolok

jangan sentuh Islam jika anda tidak memahaminya lagi! Kepada mereka yang pernah mengundi DAP sebagai undi protes, fikirlah sebulat-bulatnya pada PRU ke-13 kelak.

Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia dan mereka pula mencela agama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat).


- at-Taubah: 12

9 ulasan:

Pewaris Melayu berkata...

hebat blog ni. Hebat.

Harimau-Menaip berkata...

Hang memang meletup. Dalam senyap, hang tembak. Good.

Tanpa Nama berkata...

Teruskan mencoret hujah-hujah...i suka baca blog ni..hehe

Tanpa Nama berkata...

Suatu rujukan yang agak baik untuk kita memahami dan nilaikan bersama, semoga hidup yang kita lalui hari ini memandu ke arah yang lebih baik. Jadikan perkara lepas sebagai pengajaran. Sesuatu yang hakikatnya milik kita, usahlah kita tolenrasi dengan semua terutama 'mereka". Jadi belajar dengan anjing....bak kata pepatah "bagai melepas anjing tersepit". Masa depan kita adalah milik kita... Tahniah untuk anda. Terus bekalkan kami dengan input yang berfaedah dan berguna supaya kami lebih mengetahui...

Unfiltered-Madness berkata...

Tepat dengan bukti sekali...

nak add blog hang

crazee_hs berkata...

Bar Council perlu dikaji keperluannya di negara ini oleh kerajaan jika perlukan penggunaan ISA sila gunakan... Sungguh biadap mereka apabila memperkecil-kecilkan laungan AZAN, inikah yang di idam-idam kan oleh masyarakat pimpinan PR (PENIPU RAKYAT) !!!???

Saya akan berada di BARISAN hadapan sekali jika ada pihak cuba memperkecil-kecil LAUNGAN AZAN...

ALLAHUAKBAR !!!
ALLAHUAKBAR !!!
ALLAHUAKBAR !!!
ALLAHUAKBAR !!!
ALLAHUAKBAR !!!
ALLAHUAKBAR !!!
ALLAHUAKBAR !!!

Tanpa Nama berkata...

Peguam-peguam melayu perlu bangkit dan mengambil inisiatif untuk 'menawan' Bar Council. Peguam-peguam melayu perlu lebih berani dan vokal, hak melayu di perlekehkan dan pemimpin melayu di kutuk dan di perkecil-kecilkan.

Tanpa Nama berkata...

Salam perjuangan

harap boleh kongsikan link
http://idealismalaysia.blogspot.com

Mereka makin melampau... kerajaan perlulah bertegas jangan sampai ada tangan yg ambil tindakans endiri nanti... kita harus hati-hati bukan org cina dan india je tau buat demonstarasi dan kekacauan bila isu sensitif mereka disentuh...

Kepada pemimpin bukan melayu hati-hati kesabaran kaum melayu ada batasan... hargai keharmonian yg kita kecapi jgn sampai tergadai akibat kerakusan kuasa...

Kepada pemimpin melayu jagan bacul untuk mempertahankan hak kita... kenapa nak takut walhal kita mempertahankan hak kita... jagan diam je macam org penakut bila isu sebegini dimainkan oleh org yg tidak betanggungjawab...

kepada pemimpin melayu yg bersekongkol dengan mereka perjahanamlah kerana sanggup menggadaikan hak bangsa dan agama demi kekuasaan...

renung-renungkan selamat berjuang

Tanpa Nama berkata...

hang kata :

jangan sentuh Islam jika anda tidak memahaminya lagi!

aku tanya :

hang tu dah faham Islam sungguh ka?

hang marah macam2 kat PR terutamanya kat DAP ... aku pun marah sangat kat depa dalam isu Islam & Melayu ni.

tapi ... apa komen hang ... pekan, kampung, ladang, kawasan industri & segala macam kekayaan negara dikuasai oleh bukan Melayu / bukan Muslim di merata tempat sekarang ni.

selama 50 tahun ni ... PAS/PKR/DAP kah punya angkara ... atau petualang mana yang punya kuasa?