Penyokong Anwar Di Permatang Pauh: Ganas Dan Taksub!

|



Siapakah yang mereka kasari? Bangsa apa yang mereka kasari? Dari Agama mana yang mereka kasari? Adakah ini sifat sebenar penyokong Anwar? Ganas dan taksub, itu sahaja perkataan yang dapat saya ulaskan. Kita patut elakkan jenis perbalahan seperti orang barbarian dahulu kala! Pemimpin mereka pernah memberi jaminan bahawa pihak media tidak perlu risau dan keselamatan mereka terjamin beberapa minggu yang lepas.

Siasatan terhadap insiden tersebut telah dan sedangpun berjalan. Kami juga akan memastikan sedaya upaya tiada lagi insiden yang tidak diingini berlaku pada masa hadapan


Tetapi hari ini? Lihat sahaja gambar-gambar dibawah ini.









Mereka bertindak liar, seolah-olah Permatang Pauh ini mereka yang punya, tiada undang-undang atau, Malaysia ini Anwar yang punya? Adakah ini KEADILAN yang mereka cuba raihkan? Saya fikir mereka telah ditiup angin perasaan marah oleh ketua mereka. Difahamkan mereka(penyokong Anwar) telah membuat beberapa adegan provokatif yang berbau lucah dan wartawan tersebut ingin mengambil rakaman, namun telah dibelasah oleh penyokong setia Anwar. Pakaian mereka bagaikan seorang Muslim yang alim? Ini juga pengakuan daripada wartawan NST tersebut.











Kepada saudara Anwar, nasihatlah pengikut kamu seperti mana yang kamu selalu memberi pandangan yang lantang kepada kerajaan didalam ceramah-ceramah kamu sebelum ini. Jangan selalu mengatakan konspirasi itu dan ini. Semua konspirasi. Visual ini jelas dan bukti mereka adalah rakyat dan pengikut setia kamu. Jangan berdolak-dalik!

2 ulasan:

abdus berkata...

ganas nye. aduhai malaysia. hmm.. tak tahu nak komen apa dan bukan menyebelahi pihak mana2, tetapi kelakuan itu mmg ganas untuk manusia. sedar2lah wahai manusia. aduh. saket hati malaysia ku ini. [-.-]

Tanpa Nama berkata...

mmg ganas jika dlihat menerusi siaran tv..tp adakah kte sume tahu apa yg tjadi sblm kejadian tsebut berlaku?? media selalunya tidak mnyiarkn sepenuhnya kjadian ataupun tidak merakam sejak dr awal lg..mungkin benar penyokong DSAI yg mnyerang dahulu..tp ada kmungkinan jg ia blaku dsebabkan provokasi oleh org2 BN? tak mustahil kan???