Seks, Wang dan PR(Pakatan Rasuah)

|



Tempoh hari kita telah menyaksikan tangkapan yang telah dilakukan oleh BPR terhadap beberapa DUN Perak yang terdiri daripada exco kerajaan Perak sendiri. Didalam suasana PRK di P44 yang semakin rancak minggu lepas, BPR telah bertindak pantas dengan memberkas suspek semasa perkara terkutuk itu dilakukan. Dalam erti kata lain, tangkap basah! Atau dalam bahasa inggeris "caught red handed"!

Ada beberapa pembaca blog ini mengatakan, kononnya tindakan BPR tersebut amat luar biasa kerana kes-kes sebelum ini mengambil masa yang agak lama. Saya membuat andaian mereka adalah daripada penyokong setia PKR/PR. Adalah menjadi tanggungjawab mana-mana pihak jika terdapat aduan mereka perlu bertindak dengan segera. Dan dalam kes ini pula, apa yang berlaku adalah mereka ditangkap semasa MENERIMA wang tersebut. Ini bukan mengenai kes dimana penyelewengan dilakukan didalam kertas kerja tetapi rasuah ini berlaku ditengah hari, dan peluang terbaik untuk BPR mendakwa adalah menangkap semasa kes kejadian. Jika BPR lambat bertindak, bukankah bukti ini akan samar dan mungkin hilang begitu sahaja?



Berbalik kepada kes rasuah ini, seperti mana-mana kes jenayah yang berlaku, pelakunya sama sekali tidak akan mengaku bersalah(kecuali beberapa kes terpencil). Tetapi didalam kes ini, dua exco terbabit dengan bangga mengambil tindakan terhadap BPR kerana kononnya mereka telah difitnah? Aneh, mereka telah ditangkap semasa kes kejadian tetapi tidak mahu mengaku? Bahkah mereka mengugut agar BPR menarik balik laporan media.



Mereka mengatakan bahawa nilai didalam beg tersebut bukan RM100,000 dan adalah fitnah. Jadi dalam kes ini adakah mereka mengaku mereka menerima suapan sebanyak RM5000?
Rasulullah bersabda:

Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah.


- Hadis riwayat Ibnu Majah
Walaubagaimanapun hari ini BPR telah mengambil langkah untuk mendakwa mereka. Kedua-dua exco tersebut telah menghadiri tuduhan yang dibacakan terhadap mereka bersama-sama beberapa peguam yang telah dibentuk menggunakan dana daripada kerajaan negeri.

Peguam Gurbachan Singh, seorang daripada 11 peguam bela semua tertuduh, memberitahu Hakim Rashidah bahawa pihaknya menunggu keputusan Hakim Tan pada 15 September berhubung sama ada mahkamah di sini boleh mendengar kes mengenai semua pertuduhan yang didakwa berlaku di Pulau Pinang.


Mereka juga menggunakan duit rakyat bagi menyaman BPR. Hairan. Yang dituduh melakukan rasuah adalah kedua-dua exco tersebut, tetapi mengapa pula mereka menggunakan duit daripada kerajaan negeri untuk membiayai peguam tersebut? Bukankah ini adalah lebih kepada kes peribadi dan tidak melibatkan duit daripada kerajaan negeri yakni duit rakyat? Bahkan penggunaan dana kerajaan ini disahkan oleh Nizar sendiri.

Di masa yang sama, Nizar mengumumkan keputusan Pakatan Rakyat Perak untuk membentuk panel peguam untuk membantu pembelaan dua Exco terbabit.


Saya fikir tidak patut PR menggunakan duit yang telah diamanahkan oleh rakyat bagi kes-kes yang melibatkan individu dan bukan kerajaan negeri. Jikalau amalan begini diteruskan, setiap kali terdapat kes jenayah berlaku contohnya rogol, zina, liwat dan rasuah yang melibatkan exco dari PR, mereka akan menggunakan duit kerajaan negeri bagi membela kroni-kroni mereka. Ini sama sekali bertentangan apa yang mereka canangkan sebelum ini, bukankah ini antara salah guna kuasa? Mahukah kita bersekongkol dengan pentadbiran sebegini? Fikir-fikirkanlah.

Wahai orang-orang mukmin, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul-Nya dan janganlah pula mengkhianati amanah yang dipercayai kepadamu sedangkan kamu mengetahui.


- al-Anfal: 27

2 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Maknanya BPR tu Badan Pakatan Rasuah? Hang biao bebenor...

(saja buat tak paham)..

Tanpa Nama berkata...

terima kasih dengan informasi.

jika penulis mengatakan kerajaan negeri perak menggunakan duit rakyat dalam membela EXCO tersebut, bagaimana dengan pampasan yang telah dibuat oleh kerajaan setelah menarik balik projek gerbang perdana Johor?..rasa berapa juta telah dibelanjakan?....fikirkan..

bagaimana pula dengan kes MRR2?...berapa perbelanjaan yang telah dibuat untuk perbaiki jambatan bertingkat tersebut? sekarang rosak lagi...duit kerajaan BN atau duit RAKYAT?...
fikirkan lah...

manusia tidak dapat lari dari dosa dan silap...kes baru pon telah muncul di N9...dari pihak mana kah pula itu?.. kes ini masih dalam perbicaraan...biar mahkamah yang menentukan...kalu rasa betul dan nak org percaya, buat akuan sumpah di masjid wilayah(senyum sinis)

fikirkan lahhh....

(AFAR)