Setelah Hadi Awang mengumumkan PAS dan UMNO tidak akan bersatu. Terdapat ura-ura bahawa PAS akan memboikot pilihanraya kecil di Permatang Pauh akan datang.
Saya fikir tindakan ini kurang wajar jika mereka betul-betul ingin memboikot
pilihanraya tersebut. Dipetik dari laman KLpos, diantara sebab mengapa PAS
Penang mengambil keputusan untuk memboikot pilihanraya tersebut adalah
- Dipinggir oleh PR
- Tidak dibawa berbincang mengenai beberapa perkara
- Tidak dilantik didalam Majlis Daerah
- Cadangan yang dikemukakan PAS untuk kepentingan Islam tidak dilayan
- Tidak diberi tempat dalam agensi-agensi kerajan Pulau Pinang
Didalam artikel tersebut, disebutkan juga berita tersebut telah sampai kepada pengetahuan Setiausaha Agung Pas, Kamarudin Jaaffar. Kamarudin dikatakan gelabah dengan maklumat itu dan terus membuat arahan segera untuk berjumpa dengan Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang pagi ini. Adakah inihanya khabar angin? Saya juga terbaca sebuah artikel diMalaysiaToday mengenai langkah jaga-jaga PAS terhadap Anwar.
Kedua-dua berita tersebut mempunyai kesinambungan diantara satu sama lain. Jika kita lihat, mungkin juga ini diantara strategi yang digunakan oleh Anwar sendiri terhadap PAS. Apakah tujuan RPK memaparkan artikel tersebut? Sebuah laman web pro Anwar tidak akan memaparkan artikel seperti ini tanpa sebab, atau ianya bertujuanKerakusan beliau(Anwar) terhadap kuasa membuatkan PAS rasa tidak senang dan ini adalah antara sebab sebenar mengapa PAS bersetuju untuk berbincang dengan Umno, pertama kami adalah satu parti Islam dan kedua kami juga parti melayu
- Orang Dalam Pas 04/08/2008 - MalaysiaToday
- Untuk menarik perhatian pemimpin tertinggi PAS
- Menekan PAS menyatakan komitmen secara terbuka dan padu terhadap kempen piliharaya nanti
- Membuktikan setiakawan PAS dengan DAP dan PKR
Mungkinkah Kamarudin telah memujuk PAS Pulau Pinang untuk tidak memboikot sebaik sahaja ura-ura ini ataupun selepas terbitnya rencana dilaman web RPK? Bukankah selama ini mereka hanya menjadi alat kepada Anwar? Adakah PAS sudah sedar dari mimpinya? Sama ada berita ini palsu ataupun hanya sekadar khabar angin,Kita akan membantu Anwar untuk mendapat kemenangan lebih besar walaupun beliau ditangkap dan walaupun terpaksa mempertaruhkan songkoknya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh
Kata orang, jika tiada angin masakan pokok boleh bergoyang
2 ulasan:
Meletop blog ni..cun woo..
Tahniah. Blogging dengan berhemah.
Tq kerana beri informasi.
rajin2 lawati blogger kami.
www.isuduniamelayu.blogspot.com
Catat Ulasan