Bagaimana Anwar mahu menurunkan harga minyak?



Berikut adalah cadangan saudara Anwar bagaimana menurunkan minyak jika memerintah esok hari.

Saya ucap syabas kepada Agenda Daily kerana berjaya menganjurkan debat hari ini, juga sekalung penghargaan buat saudara Datuk Johan Jaafar selaku moderator serta Datuk Ahmad Shabery Cheek. Tidak lupa juga ucapan tahniah buat pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana kesediaan menyediakan ruang untuk perdebatan tadi.

Saya terkejut tatkala tiba di bangunan DBP kerana terdapat polis dan pasukan pencegah rusuhan. Saya sedikit hiba melihat mereka terpaksa bertugas sehingga lewat malam demi menutup pembohongan yang dicipta oleh para penguasa yang rakus dan tamak.

Debat tetap berlangsung pada ketika saya mungkin ditahan oleh pihak polis bila-bila masa sahaja. Sudah tentu saya merasakan tekanan yang berat akan tetapi ini adalah peluang terbaik bagi saya untuk menyampaikan mesej kepada rakyat Malaysia bahawa adalah tidak mustahil untuk menurunkan harga minyak!

Mekanisme yang kita tawarkan ternyata bukanlah satu yang mustahil sebenarnya:

1. Untuk menurunkan harga petrol sebanyak 50 sen kita hanya memerlukan tambahan RM5 bilion sahaja keatas subsidi yang telahpun diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini.

2. Kita mempunyai maklumat bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai “excess capacity” yang melebihi 1000 MW. Ini adalah bekalan simpanan yang tidak digunakan. Ia boleh kita turunkan dan akan menjimatkan kos kepada TNB dan juga mengurangkan penggunaan bahan bakar untuk menjana elektrik. Penjimatan kos TNB ini memungkinkan kita menyemak kembali tarif elektrik. Pengurangan penggunaan bahan bakar pula membolehkan kita menyalurkan subsidi bahan bakar yang diperuntukkan untuk syarikat penjana kuasa bebas (IPP) bagi menjana tenaga elektrik kepada subsidi minyak untuk rakyat jelata.

3. Pembanterasan korupsi dan rasuah juga memastikan tiada lagi ketirisan berlaku. (Morgan Stanley menunjukkan RM330 bilion (USD90 bilion) telah lesap kerana amalan rasuah yang berleluasa.

Pendirian Pakatan Rakyat adalah jelas iaitu sebuah kerajaan yang bertanggungjawab adalah sebuah kerajaan yang cuba sedaya upaya untuk meringankan beban rakyat seluruhnya. Negara kita berhadapan dengan kadar inflasi yang tinggi akibat kenaikan harga minyak secara mendadak. Ini menyebabkan pertumbuhan ekonomi merencat sekaligus menyusahkan rakyat kerana harga barang seperti gula, tepung, minyak masak dan beras naik.

Oleh itu kita berpendapat sangat penting untuk menurunkan harga minyak agar tidak membebankan rakyat terbanyak. Pendirian kita jelas iaitu korupsi harus diperangi, ketelusan harus menjadi amalan dan ketirisan wajib segera dibaiki!

ANWAR IBRAHIM
Rujukan: Blog Anwar Ibrahim



Ulasan saya tentang pendapat Anwar,

1. Malaysia mengeluarkan minyak sebanyak 770,000 tong sehari untung dieskpot. Pada waktu sama kita menggunakan minyak yang diimpot sebanyak 515,000 tong sehari. Jadi kita hanya mengekspot sebanyak ~255,000 tong sehari. Harga minyak RON97seliter di Malaysia adalah RM2.70. Brunei menggunakan sebanyak 14,900 tong sehari, tetapi mereka mengekspot sebanyak 195,000 tong sehari. 7x lebih banyak daripada apa yang mereka perlukan dan harga seliter minyak di Brunei adalah RM1.25(BND0.53). Terdapat ralat pengiraan saudara Anwar bagaimana pengurangan sebanyak 50sen hanya memerlukan RM5billion sahaja.



Tambahan sebanyak 5 billion hanya boleh membawa pengurangan sebanyak 18 sen sahaja dan bukan 50 sen seperti yang dicanangkan. Mungkin terdapat ralat jugak didalam perkiraan saya kerana harga diatas merupakan harga bagi minyak mentah dan bukan minyak runcit.
Rujukan: Petronas
Rujukan: NationMaster

Ibarat burung; Mulut manis jangan dipakai

2. Apa yang saudara Anwar katakan sebagai "excess capacity" ini adalah kurang tepat, daripada maklumat yang saya perolehi, sesebuah syarikat utiliti tenaga harus mempunyai apa yang dikatakan sebagai "reserve margin". Ini adalah untuk menampung tenaga yang diperlukan ketika penyelenggaraan ataupun semasa berlakunya "blackout". Dengan itu TNB memang mempunyai "excess capacity" yang melebihi 1000MW sebagai "reserve margin".
Rujukan: Google Book
Rujukan: TNB


Statistik dari tahun ke tahun menunjukkan bahawa jumlah kenderaan dijalan raya semakin bertambah. Jika ini "trend" ini kekal, mungkin pada tahun 2010, produksi minyak negara kita tidak dapat menampung penggunaan minyak harian, dalan kata lain kita akan menjadi negara pengimpot minyak(net-importer)(Rujukan: Bernama). Bila ini berlaku, tiada lagi subsidi boleh diberikan dan kita harus mengikut harga pasaran global.



Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM43 billion(Rujukan: AP) bagi menanggung subsidi minyak di Malaysia. Jika kerajaan menarik balik RM43 billion subsidi ini, kerajaan mampu membina 14 buah jambatan kedua Pulau Pinang(Rujukan: Wikipedia).

Memang benar apa yang saudara Anwar katakan. Lebih banyak subsidi boleh disalurkan jika kerajaan membelanjakan asset Malaysia dengan lebih berhemah dengan mengurangkan beberapa ketirisan yang berlaku hari ini.


Rujukan: Utusan

Walaubagaimanapun, saya tidak berpendapat bahawa Malaysia mampu lagi memberi subsidi minyak sebanyak RM43billion kepada rakyat walaupun kerajaan meraih cukai daripada Petronas sebanyak RM67billion.
Ini adalah kerana walaupun kerajaan memulangkan balik cukai Petronas tersebut kepada rakyat("rolling"), harga minyak(runcit) tetap akan naik dari semasa ke semasa, dan tiada siapa dapat menghalang ini.


Carta harga minyak mentah global

Rujukan: LiveCharts

A
dalah lebih bijak jika kerajaan menarik balik subsidi minyak ini tetapi menarik balik juga cukai eksais kereta, cukai jalan dan toll. Pada waktu sama, kerajaan hanya perlu memberikan subsidi kepada mereka yang betul-betul memerlukannya contohnya nelayan, petani, khidmat pengangkutan barang, khidmat pengangkutan awam dan sebagainya.

Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

Jika ini berlaku, walaupun harga minyak sedunia naik, hanya pengguna kereta/motosikal persendirian sahaja akan terjejas, tetapi harga barang runcit dapat dikawal kerana subsidi telah diberikan bagi menampung harga kenaikkan minyak tersebut. Secara tidak langsung ini dapat menghindarkan inflasi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Always trying to provoke the ppl to act against the gov..haiyoo..turun 50sen jek?mane cukup...turun la 80sen ke...hehe