DAP Akan Jual Tanah Hak Melayu Bermula Di Perak!

|



DAP mahu jual tanah hak Melayu! Itulah yang akan berlaku di Perak kelak. Malah jika pengaruh DAP lebih dominan diseluruh Malaysia, kemungkinan kuasa Malaysia akan bertukar menjadi sistem republik, ini bukan perkara mustahil jika DAP dapat memegang Malaysia!

Lihat sahaja apa yang telah berlaku pada bulan Jun lalu dimana MB Nizar bertindak sebagai boneka DAP memberikan status hak milik kekal 999 tahun kepada lot-lot tanah di "kampung baru" berbanding dengan status hak milik 99 tahun kepada penduduk di Rancangan Kampung Tersusun(RKT).

IPOH 27 Jun – Cadangan kerajaan pakatan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak untuk memberikan status hak milik kekal 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru di seluruh negeri ini menimbulkan persoalan kerana ia dilihat lebih bermotifkan politik.



Saya ingin menarik perhatian pembaca bahawa pecahan taburan penduduk penduduk di kampung baru berbanding RKT dengan carta dibawah.



Ternyata jumlah kaum Cina di KB menandingi kaum Melayu di RKT. Dimanakah logik Nizar memberikan 999 tahun kepada orang Cina tetapi hanya 99 tahun kepada kaumnya sendiri? Tidakkah ini pelik? Mendahulukan bangsa dan agama lain berbanding bangsa dan agama sendiri? Apa alasan beliau? Keadilan kepada semua? Pas untuk semua? Atau terdapat tangan dibelakang yang menggerakkan benang-benang supaya tangan,kaki dan mulut Nizar berkata apa yang mereka mahu seolah-olah Nizar merupakan boneka mereka?



Malah ini memang apa yang telah berlaku! 7 Julai lalu hebohkan bahawa Nizar telah membuat perjanjian dengan DAP yang dikenali sebagai "Perjanjian Pangkor 2". Antara isi kandungan Perjanjian Pangkor 2 ialah:
  1. Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam.
  2. Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh menyebut mana mana terma yang berkaitan dengan PAS atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan lain lain lagi.
  3. Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB sebaliknya semua perkara yang ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua Exco Perak terlebih dahulu.
  4. Pembahagian Exco yang diputuskan adalah 6 wakil Exco DAP, 3 wakil Exco PKR dan 1 wakil PAS. DAP juga menuntut Speaker DUN Perak dari wakil DAP.
    Perjanjian Pangkor 2 ini ditandatangi antara Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak) dengan Mohammad Nizar Jamaluddin.



Ini mengesahkan kita mengapa Nizar beriya-iya mahu memberikan tanah kepada kaum Cina. Namun begitu yang anehnya ia mendapat tentangan dari ahli PAS sendiri?

Pemberian hak milik 999 tahun atau selagi adanya bulan dan matahari ini hanya berlaku pada zaman penjajahan Inggeris. Bagi saya, Menteri Besar harus cermat dalam kenyataannya, bukan untuk mendapat kepentingan politik saja.


Dan sekali lagi 2 minggu lepas, Nizar atas desakan DAP mahu menjual tanah Melayu di Perak. Tetapi kali ini dengan lebih licik, Nizar setelah dinasihati oleh DAP menggunakan taktik bidaan terbuka dan ianya didahulukan didaerah kinta.

Kawasan itu tidak boleh dibiarkan tanpa sebarang pembangunan dan seharusnya ia ditender secara terbuka kepada mana-mana individu atau syarikat berminat terutama kepada penduduk tempatan sekali gus menambah hasil pendapatan kepada masyarakat serta kerajaan negeri.
Kita akan membuat tender terbuka kepada individu berminat tanpa ada sekatan kaum dan agama.


Mari kita fokus kepada daerah Kinta, latarbelakang daerah tersebut.


Rujukan: Undi.info

Carta menunjukkan rata-rata bangsa terbesar adalah dari Melayu, dan boleh dikatakan juga kebanyakkan tanah tersebut adalah hak milik Melayu. Penjualan hak-hak dan tanah-tanah Melayu akan bermula di Perak dan khususnya di Hulu Kinta.

Buat permulaan, sistem itu akan dilaksanakan bagi pemilikan sembilan lokasi di Hulu Kinta


Ambil harta dan tanah Melayu, beri kepada kaum Cina. Inilah taktik yang digunakan oleh DAP yang berselindung dibelakang Nizar(PAS). Lihat sahaja perbezaan diantara exco terdahulu dan sekarang.





Sungguh berbeza bukan? Jika trend ini menular ke-negeri lain, saya bimbang keseluruhan tanah Melayu di Malaysia akan tergadai dengan pelbagai strategi yang halus bersembunyi dibelakang ketelusan dan keadilan. Dan saya yakin juga jika pengaruh DAP lebih dominan diseluruh Malaysia, kemungkinan kerajaan Malaysia akan bertukar menjadi sistem republik seperti mana PAP telah lakukan di Singapura. Kepada pengundi Permatang Pauh, adakah ini kerajaan yang anda mahukan? Fikirlah dengan masak-masak. Jangan ikutkan emosi sangat.

9 ulasan:

Tok Pawi berkata...

Nizar kena berjawab di akhirat nanti

fikiranlicin berkata...

kalau terjual pun takpe sangat sebab ramai yang non muslim.. Tp dulu terjual lagi teruk, rupanya waktu itu melayu lagi ramai?...Tajul pun boneka tokei2 cina gak walau exco ramai melayu... haru2

ysnizam berkata...

Aii.. ader jugak yang tak paham isi tulisan ini..

TENGOKLAH BEZA ANTARA RANCANGAN KAMPUNG TERSUSUN (RKT) dengan KAMPUNG BARU (KB)...

Itu pon tak paham..
Itu pon nak kutuk bangsa sendiri..
Ker ayat aku kat atas nie salah..??

Inilah yang dikaterkan..
MARAHKAN NYAMUK..
KELAMBU DIBAKAR..


..lagie sedeh..!!!
Terjual pon takper..???
Bior betui ....

Tanpa Nama berkata...

ORANG MELAYU HARUS PEKA DAN PANTAU MULAI SEKARANG SEGALA RANCANGAN TERSEMBUNYI. MUNGKIN TERLEPAS PANDANG DALAM SITUASI POLITIK YG HURU-HARA KINI.

SELURUH NGO & PERSATUAN MELAYU PERAK HARUS BERSATU DAN BERJUMPA MB NIZAR DENGAN SEGERA.

KEKALKAN PERAK SEBAGAI NEGERI TRADISI ORANG MELAYU YG KITA CINTAI.

YA ALLAH, SELAMATKAN PERAK...

Tanpa Nama berkata...

kepada bangsaku yang memilih pembangkang semata-mata marahkan pemimpin umno, anda telah menzalimi bangsa anda sendiri...anda akan dipertanggungjawabkan atas apa-apa perbuatan anda kerana hanya Allah swt yang tahu niat anda sebenarnya ketikaanda mengundi..ingatlah Kerajaan melayu Melaka tumbang bukanlan kerana Portugis kuat..tetapiorang Melayu yang membukapinukota Melaka...akibatnya hampir 500tahun kita terjajah....

Zahar berkata...

Seram aku baca tipudaya DAP ni. Bagus lah Melayu Perak. Korang kena jual nak tumpang kat mana lepas ni? Pahang aja lah kot, pasal negeri2 utara dan selatan dah kena ngam dengan PKR/DAP.

Mohd Areef berkata...

Nizar ni petualang bangsa..
demi kuasa,sanggup gadaikan bangsa dan agama sendiri.

Mohd Areef berkata...

Nizar ni petualang bangsa..
demi kuasa sanggup gadaikan tanah milik bangsa sendiri..

AIDC berkata...

anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi, air mata darah mengalir keringat, bumi dipijak milik orang..