Ketirisan RM3.5 Juta oleh Anwar Di Permatang Pauh


Setelah cuba meraih kerusi di merata tempat termasuk Tun Razak, Ijok dan Kulim, Anwar tidak berjaya meyakinkan rakan-rakan bagi memberi laluan kepada beliau. Malah rayuannya kepada Zulkifli Nordin wakil Kulim jugak ditolak sama sekali. Akhirnya baliklah Anwar ke kampungnya kembali.

Kelmarin, Wan Azizah mengumumkan perletakan jawatan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil nanti. Jika kita imbas kembali bulan May lalu selepas tragedi "Black 14", Anwar pernah berkata beliau tidak mahu tergesa-gesa ingin menyuruh rakan-rakan yang lain mengosongkan kerusi parlimen bagi memberi laluan kepada beliau atas alasan ia akan merugikan suara Pakatan Rakyat(PR). Namun realitinya, beliau tidak mendapat simpati daripada rakan-rakan didalam PR sendiri kerana kebanyakkan mereka kini sudah merasakan diri berkuasa.


Kenapa Anwar begitu tergesa-gesa mahu masuk ke Parlimen? Malah pilihanraya kecil ini sebenarnya tidak diperlukan. Jika beliau ikhlas mahu mewakili rakyat sekalipun, beliau masih boleh menjadikan Wan Azizah sebagai proksinya. Lebih dari itu, bagi mengadakan pilihanraya kecil ini, wang rakyat perlu digunakan.

Mengadakan pilihan raya kecil juga bukannya mudah. Kosnya pula agak tinggi. Banyak perbelanjaan daripada wang rakyat terpaksa digunakan merangkumi perbelanjaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), keselamatan, ketenteraman awam dan pelbagai aspek lain


Bukankah ini bertentangan dengan prinsip ketirisan beliau? Beliau pernah mengatakan perihal kebolosan perbelanjaan wang kerajaan, tetapi hari ini? Beliau sendiri mahu menggunakan wang rakyat bagi menjayakan agenda peribadi beliau.


Seingatan saya juga beberapa wakil rakyat PR juga mahu kerajaan berbelanja dengan berhemah dan tidak membazir.Kata-kata ini datang daripada orang DAP

Susahlah, kalau nak pindah kena perbaiki. Terpaksa belanja sampai RM100 ribu. Takkan saya nak belanja duit rakyat sampai RM100 ribu untuk kepentingan saya


Berapakah kos sebenar bagi mengadakan satu pilihanraya kecil? Mengikut Suruhanjaya Pilihanraya(SPR), seseorang calon adalah layak membelanjakan wang bagi pilihan raya tetapi tidak boleh melebihi RM100,000 bagi Dewan Undangan Negeri(Rujukan: SPR). Walaubagaimanapun kos perbelanjaan keseluruhan bagi mengadakan pilihanraya kecil boleh mencapai RM3.5 juta!!

Pilihan raya kecil Pengkalan Pasir yang baru berlangsung telah membelanjakan RM3.5juta


- Raja Petra 03/05
RM3.5 juta bukanlah jumlah yang sedikit, ianya bersamaan dengan 14 buah Mercedes E200 Kompressor yang baru dibeli oleh MB Terengganu. Apa yang lebih menarik Dr. Lo Lo dari PAS pernah membidas SPR kerana membelanjakan RM3 juta untuk dakwat.

Kos RM3 juta bekalan dakwat kekal yang dianggap kecil oleh SPR boleh dimanfaatkan untuk memberi bantuan kepada 6,000 orang miskin dan setiap orang boleh mendapat RM400


Tapi kali ini dimana pula suara beliau ketika Anwar ingin membazirkan wang rakyat sebanyak RM3.5 juta? Dimana kepekaan PAS dan DAP? Adakah amalan kepentingan parti lebih dari kepentingan rakyat? Malah tiada seorang pun dari PR menyuarakan tentang pembaziran wang ini.

Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya.


- al-Isra':27

8 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Benar sekali penulisan ini. Namun, jika dia tidak bertanding, bagaimana pula dia mahu menjadi Pm?

Salam Perkenalan.

my berkata...

Bukan masalah bagaimana, tetapi persoalannya bila? Beliau mengambil waktu ketika keserabutan berlaku dimana dia boleh meraih simparti rakyat. Saya akan ulaskan pendapat saya pada artikel akan datang..tunggu...

Desperado berkata...

Terima kasih atas ziarah serta komen saudara di blog saya...

Sememangnya perbelanjaan utk PR kecil memang tinggi, BN sendiri mengalami kegawatan kewangan setelah PRU12, mungkin Anwar punya source nya yang tertentu...

Wallahualam...

izinkan saya link kan blog saudara ke blog saya...

ikan kekek berkata...

Assalamualaikum,

Manusia ini bermula dari ADAM dan HAWA,Allah menjadikan berbagai kaum untuk kita saling kenal menggenal...Disisi Allah kaum bukan lah ukuran ynag menjadi ukuran IMAN dan AMAL..tak kira melayu,cina,india jika islam adalah saudara seagama...yang menolak dan mempermainkan islam adalah musuh Allah...Ada akal fikir...jgn fikir mengunakan nafsu dan hati amarah..wassalam

Tok Pawi berkata...

RM3.5j kos Wan Azizah memegang proksi Anwar Ibrahim. Itupun kalau Anwar menang PRK ini.

Melihat seorang surirumah sebagai ketua pembangkang di Parlimen sungguh menyedihkan dan mereka semua tahu ketua itu hanya teman tidur orang yang sebenar-benarnya mahukan kuasa.

my, saya linkkan blog in di ayorlemuju.blogspot.com kerana ada bendera Malaysia.

rem58 berkata...

Alaaaa saudara,baru RM3.5 juta!! Bila Anwar jadi PM kita dapat jimatkan RM3.5 Billion!! tapi tu perancangan awal,mungkin kita dapat jimat lbey lagi! hahaha..

tak rasa lbey baik je RM3.5 juta tu digunakan untuk subsidi rakyat,tak gitu???? kepingin sangat nak jadi PM,tunggu 5 taun je lagi.time tu sure BN tumbang,dah Pak Lah tanak turun awal.. heheheh jangan maraaa~~

Tanpa Nama berkata...

salam,

Rem58, kalau jimat RM3.5 billion tapi ikut telunjuk amerika serta agama dan bangsa tergadai tak sanggup eden... biarlah den hidup susah makan ubi kayu...

Mogen Ali Rico berkata...

hikk hik khikk..3.5 juta utk tolong rakyat..tang mane die nak tolong tueh...ohh luper..belanjawan 2009 ade buah tgn..ape?? utk kakitangan kerajaan ajer???