
Utusan Meloya, Berita Hairan, TV3 Suku itulah gelaran yang diberikan kepada media arus perdana atau boleh dikatakan media propaganda kerajaan BN, atas alasan berita yang mereka khabarkan lebih merupakan propaganda dari UMNO/BN. Tetapi bagaimana pula pesanan yang ingin disampaikan oleh Harakah? Keadilan? Apakah mereka juga bukan alat propaganda PR?
Baru-baru ini saya terserempak dengan sebuah forum yang sememangnya pro-UMNO. Sebuah tajuk telah dibuka berkisar tentang harga minyak runcit yang kerajaan sepatutnya beri kepada rakyat. Setelah puas menanyakan soalan kepada pembuka tajuk tersebut, didapati pembuka tajuk tersebut hanya pandai "cut & paste" maklumat yang didapati daripada Harakah. Lidah rasmi PAS.
Berikut merupakan formula yang telah dihebahkan kepada umum oleh Harakah.
Formula yang diguna pakai oleh Harakah lebih kurang sama dengan formula yang saya gunakan, boleh rujuk semula disini. Terdapat beberapa ralat didalam formula Harakah tersebut.Harga Minyak Global 1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82)
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45
Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01
Subsidi kerajaan = RM 0.30
Harga sepatutnya > RM 2.01 - RM 0.30 = RM 1.71 (harga sepatutnya)
Harga sekarang = RM 2.45 sen
Beza kerajaan tipu Rakyat Malaysia = RM 2.45 - RM 1.71 = RM 0.74 per liter.
- Tiada kos pengangkutan dan lain
- Harga minyak mentah global bukanlah $92.70/tong
Untuk rekod, artikel tersebut ditulis dan terbit pada tanggal 25 Sept 2008. Harga tertinggi minyak mentah pada tarikh tersebut adalah $108.55 dan harga PALING rendah adalah $103.35.mase artikel ni ditulis memang minyak masih di bawah USDS100..tetapi sejak bape hari lepas minyak mengalami kenaikan sedikit..so harga skrg tidak sama...

Persoalannya bagaimana Intan Abdullah(penulis artikel) mendapat harga $92.70/tong? Atau beliau ingin mengelirukan pembaca? Atau beliau ingin menghasut pembaca supaya lebih membenci kepada kerajaan?
Jika tiada logik pada harga tersebut, saya fikir artikel Harakah tersebut juga tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mengatakan kerajaan menipu rakyat Malaysia. Dan ini menunjukkan berita ini hanyalah satu fitnah dah propaganda dari mereka yang tidak bertanggungjawab.Sesungguhnya kalau orang munafik dan mereka yang dihatinya ada penyakit dan penggempar-penggempar (penghasut-penghasut) di Madinah tidak menghentikan (kegiatannya) sudah tentu kami akan perintahkan engkau menyerang mereka, kemudian mereka tiada dapat tinggal berjiran dengan engkau kecuali sementara waktu saja.
- al-Ahzab:60
Banyak lagi kes kita boleh lihat bagaimana Harakah cuba menyembunyikan fakta atau berita yang menyelebelahi kerajaan. Lihat sahaja kes ahli Keadilan(muslim) baru-baru ini yang telahpun mengaku mengadakan zina,Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
- al-Hujurat:6
Adakah Harakah menerbitkan berita tentang perihal tersebut? Tidak. Kerana apa? Malu atau takut rakyat tahu perangai sebenar pejuang dan pemimpin PR? Adakah ini ketelusan didalam PR? Menutup segala keburukkan yang terang lagi tersuluh.Saya telah diberikan seorang wanita China oleh Mohammad Imran dan pada malam tersebut saya telah melakukan hubungan seks dengan wanita itu di dalam sebuah bilik di Sri Sayang Apartment.
Suara keadilan, sebuah lagi akhbar terbitan PKR juga pernah memfitnah Musa Hasan yang kononnya beliau lumpuh dan berada dalam keadaan nazak selepas menjalani pembedahan pintasan koronari(rujukan: malaysiakini), tetapi apa cerita sebaliknya? Sama sekali tidak benar.
Jadi mereka ini juga boleh dikatakan sebagai agen propaganda PR dan bukannya media yang telus. Saya berharap sangat jika Harakah(atau kita patut panggil Haprakah: Lidah bercabang PAS?) lebih telus dan menerbitkan berita yang kualitinya tinggi supaya suatu hari nanti boleh menggantikan media perdana. Janganlah pandai mengkritik orang lain tetapi tidak sedar diri sendiri pun tidak betul dan cuba menyembunyikan perkara buruk diri sendiri.Dalam edisi terbaru Suara Keadilan, kami telah menerbitkan pembetulan dan menarik balik berita mengenai kesihatan Ketua Polis Negara.
Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak
11 ulasan:
Artikel yang sangat menarik dalam membongkar penyelewengan yang dibuat oleh Harapkah...akhbar rasmi lidah bercabang PAS yang mana menyajikan rakyat dengan artikel tanpa fakta yang betul.
Dalam erti kata lain Harapkah berniat jahat menjatuhkan imej kerajaan dengan artikel palsu...pembaca yang tak tahu hujung pangkal semua ikut...kutuk dan caci kerajaan...liha sahaja perangai forumers yang hanya tahu copy paste tanpa tahu berhujah. Apa yang dilaporkan diterima pakai bulat bulat.
Penyudahnya, senjata makan tuan, malu macam tu je. Tak reti nak hurai apa yang dicopy paste.
Kesimpulannya: Harapkah adalah sebuah akhbar yang ditulis oleh orang dungu...
Diorang tu bodoh Tuan. Diorang expect yang kita pun bodoh. Diorang silap.
Selamat Hari raya. Maaf Batin.
ps: bodohkan orang , lepas tu mintak maap. Pandai tak?
jangan layan la surat khabar nyamuk ni..tak boleh pakai..memang haprakah..keadilan? - kebengongan..
nak minta maaf jugalah..maaf zahir batin kepada haprakah dan keadilan kebengongan..
Salam My,
Artikel ko memang best ler... senang nak faham cara pengiraan minyak ni.
itu lah dorang ni bukan nye ikut agama pun... cuma taksub dengan parti aje... peh berlandaskan islam konon... bab mengata org nombor satu... aku mintak2 le dorang ni sedar dgn apa yg dorang ni buat... selamat hari raya... dan maaf zahir & batin...
salam Bro;
Tak kira apa akhbar, semuanya sama aje. lihat sapa pengarangnya..?? kalau dia sokong PR dah tentu dia tulis untuk PR begitu juga BN/UMNO/Kerajaan. sudah tentu dia tulis kepada yg disokongnya... kalau tidak... tak samapai 12 jam lah dah kena tendang..........
Byk lg perkara yg tak diambil kira dlm kira2 tipu tu. Rebat tunai blm kira, nilai tukaram matawang semasa, perubahan nilai minyak setong, dll.
Kalu matematik, ramai yg blh buat. Tp kalu nak kiraan ekonometrik, biarlah org ekonomi je yg buat. Kalu t'lbh nak tunjuk pandai, nanti jd t'lbh bodoh pulak..
Walaupun aku org PAS sejak 10 thn dulu, tp aku tak suka Harakah sbb byk tipu. Tak takut dosa agaknya...
akhbar harakah sebenarnya tiada apa isu penting. hanya mengulangi berita dari akhbar lain dan mengulas dari pandangan mereka.
akhbar harakah sendiri banyak dengan iklan ubat kuat seolah olah orang pas mementingkan kehebatan batin.
banyak orang pas menyokong hanya kerana merasakan hanya parti pas saja yang memperjuangkan islam sedangkan pemimpin pas sudah lari dari matlamat asal.
dunia sudah diakhir zaman. fitnah berleluasa sekarang.
bagi aku ahkbar harakah mmg haprak .. kepada ketua pengarang nya mmg otak pas dan benci BN.berita mereka byk ulasan kritik BN dan fakta juga tak betul
aku sejak dulu lagi ,pelanggan tetap utusan malaysia ..lagi byk ilmiah dan berita lebih tepat .
sudah byk kali harakah silap tulis berita.
Harakah atau memang tepat Haprakah telah menjerumuskan orang Islam kepada nilai peribadi yang keji.
Penuh dengan kata-kata mengeji, mengumpat, mengadu domba, menipu dan lain-lain keburukan.
Tulisan dan berita yang dipaparkan penuh dengan kebencian kepada individu atau organisasi yang dikatakan "jahat" dan "buruk".
Begitulah perpatah " Cakap tak serupa bikin". Menyuruh orang membuat kebaikan sebaliknya sendiri yang melakukan kejahatan.
Mereka akan membetulkan dan meluruskan orang mereka walaupun tidak betul dan bengkok.
Fikir-fikirkanlah sebelum mempercayai.
Sori la admin..
Artikel ko tak cukup kuat dan memang nampak sangat ko ni pencacai UMNO...
"Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak"
Mungkin ada kesilapan yg Harakah lakukan. Setiap manusia melakukan kesilapan, tetapi berbeza dengan akhbar pencacai UMNO macam UTUSAN MELOYA dan lain2...
UTUSAN 24 JAM/sehari menipu dengan SENGAJA.. Macam mane tu?
Setakat fakta minyak yg ko tunjuk tu, tak payah la... Untuk orang bodoh boleh la...
Contohyna isu Beng Hock.. Memang Utusan dan TV Umno penipu dan musuh no.1 negara...
Sepatutnya Admin tumpukan kepada kejahatan dan pembohongan Media UMNO/BN...
Kita diperintah oleh kerajaan PEMBUNUH...!
Post ni pnuh dengan fitnah dan hasutan...
Catat Ulasan