Disebalik Kemenangan Anwar Di Permatang Pauh

|



Saya ada memerhatikan beberapa penulis blog yang berada dikalangan penyokong setia Pakatan Rakayat(PR), mengatakan bahawa Anwar mendapat sokongan rakyat, malah ada juga yang seperti membuat rujukan sini terhadap blog ini sebagai propaganda BN? Tidak mengapa itu adalah pendapat masing-masing. Tetapi pendapat harus diselangi dengan sebab-sebab yang sahih. Bukan penyokongan yang melulu.

Berbalik kepada kemenangan Anwar di Permatang Pauh. Negara ini adalah negara berdemokrasi, dan saya fikir kita hormati pengundi Permatang Pauh jika mereka memilih Anwar. Saya juga berpendapat BN sebenarnya tidak mempunyai peluang yang cerah disana, cuma tanggapan saya bahawa Arif Shah dapat menurunkan majoriti Anwar adalah meleset sama sekali, bahkan Anwar mendapat majoriti lebih dari Wan Azizah!

Namun begitu jika dilihat dari perspektif lain, kemenangan disana bukan tandanya kesemua rakyat Malaysia mahukan Anwar ataupun PR adalah parti pilihan secara keseluruhan. Semua sudah maklum bahawa Permatang Pauh adalah kubu kuat Anwar. Ini tidak boleh disangkal. Rujuk kepada carta dibawah, kita dapati Anwar mendapat sokongan/simpati dari pengundi sejak tahun 1999. Dan sudah pasti kemenangannya adalah dijangka.



Mungkin ada diantara pembaca blog, akan mengatakan "ini adalah alasan dari orang yang sudah kalah". Sebelum anda membuat tafsiran begitu, kita ambil perbandingan Ku-Li yang tidak pernah kalah di Gua Musang. Rata-rata Kelantan adalah hak milik PAS. Tetapi dikawasan Gua Musang, PAS tidak pernah menang.



Mengapa begitu? Bukankah BN bukan parti pilihan rakyat? Bukankah PAS mentadbir Kelantan dengan berjaya? Bukankah PAS membawa segala pembangunan ke Kelantan? Bukankah juga PAS yang memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan? Jikalau begitu mengapa Ku-Li dari parti yang lemah,rasuah dan pelbagai tohmahan lagi masih menang di Gua Musang? Kes yang sama juga boleh diguna pakai di Permatang Pauh. Cuba fikirkan.

Bilangan pengundi menurun, daripada 81% kepada 65%. Apakah makna ini? Pada pendapat saya, meningkatnya golongan yang kurang pasti ataupun mereka yang dikatakan diatas pagar. Undi Anwar salah, undi Arif pun salah, lebih baik tidak mengundi. UMNO/BN masih mempunyai peluang untuk menawan hati 11,201 pengundi pada pilihan raya ke-13 jika mereka memberi keutamaan kepada rakyat dan memulakan pendekatan yang mesra rakyat bermula dari saat ini dan bukannya hanya pada PRU sahaja.

Akhirkata, kita menghormati pengundi Permatang Pauh. Ini adalah pilihan mereka. Jika mereka mahukan konsep "Malaysian Malaysia" kita hormati mereka, jika mereka mahukan konsep "hak kesamarataan" kita hormati mereka, jika mereka mahu memansuhkan hak keistimewaan Melayu kita hormati mereka, malah jika mereka mahukan konsep "Islam adalah sama dengan Kristian, Budha dan Hindu" sekali pun kita harus hormati mereka. Ini adalah pilihan anda.

Gajah lawan gajah, kancil mati di tengah-tengah

4 ulasan:

zeme berkata...

Salam,

Satu analisis yang menarik. Sejak parlimen Gua Musang yang sebelumnya Ulu Kelantan kerusi tersebut belum pernah jatuh ke tangan PAS kecuali 1990 dan 1995 dimenangi Ku Li atas tiket parti Melayu Semangat 46 (S46). Meskipun PAS sudah 18 tahun memerintah Kelantan, namun PAS belum mampu menawan parlimen Gua Musang.

Ini membuktikan rakyat memilih calon wakil rakyat yang bersih dan benar-benar boleh berkhidmat kepada rakyat tanpa ada prejudis terhadap parti yang diwakili.

Wasalam.

Unfiltered-Madness berkata...

My,

Benar katamu. Tapi mereka inginkan kerajaan daripada MP melompat.

Adakah ini kerana mereka yakin mendapat sokongan rakyat sehinggakan tidak perlu bersabar sehingga PRU13?

Sekiranya anda (Penyokong PR) yakin mendapat sokongan rakyat mengapa inginkan MP melompat...

Tunggu sehingga PRU13

Admin berkata...

Salam Bro...

Analisis yang menarik, cuma Des harap dapat di buat perbandingan dari segi bilangan pengundi yang keluar pada PRU 12 dan By-election baru-baru ni...sebab saluran 4 terlalu sedikit yang keluar mengundi...
thanks bro! keep writing!

Tanpa Nama berkata...

salam buat penulis blog,

terima kasih dengan kajian yang telah dibuat dan perbandingan tersebut.

saya cuma hendak berkata sedikit tentang apa yang media dan blog2 perkatakan sebelum pilihanraya kecil pematang pauh berlangsung. apa yang hendak diperkatakan ialah status anuar ibrahim yang memilih tempatnya sendiri untuk bertanding. sehinggakan ada menteri melemparkan tohmahan yang DSAI bukan anak jantan dengan memilih kubu kuat nya sendiri. kenapa sikap pemimpin-pemimpin negara kita hany pandai ckp sebelum berfikir dahulu. rakyat Malaysia bukan seperti 30thn yg lepas tidak mampu berfikir setiap ulasan yang dikeluarkan. contoh trdekat Ku LI, begitu juga pak Lah, Najib, dan etc. masing2 memilih untuk bertanding ditempat sendiri.
fikirkan lah!!!!

sebagai seorg Islam, kita pandang Islam adalah agama dunia dan akhirat. begitu juga dengan penganut agama lain, memilih agama yang sesuai dan dianggap betul bagi dirinya. tetapi perlukah kita mengatakan jika org bukan islam yang mempengaruhi pentadbiran negara, negara kita perlu menukarkan agama rasmi negara? adakah kita lupa negara Malaysia mempunyai majoriti berbangsa Melayu dan sistem beraja yang masih penganut agama ISLAM? tidak boleh ke kita hidup bersatu padu menaik kan ekonomi Malaysia?...yang penting skang Malaysia dan rakyat nya sahaja...bukan pemimpin...pemimpin hanya jentera penggerak. jika pemimpin tidak dapat menjalankan tugas dengan baik, masih perlukah kita menyokong mereka?. sentimen2 seperti ini hanya untuk menakut-nakutkan org melayu dan lebih membuatkan fikiran org melayu terjajah.

sama2 lah kita berusaha untuk membangunkan Malaysia dan rakyat nya. bukan kepentingan peribadi sesetengah pemimpin.

aminNnnn....

(AFAR)
http://www.flickr.com/photos/25317643@N04/