
Saya ada memerhatikan beberapa penulis blog yang berada dikalangan penyokong setia Pakatan Rakayat(PR), mengatakan bahawa Anwar mendapat sokongan rakyat, malah ada juga yang seperti membuat rujukan sini terhadap blog ini sebagai propaganda BN? Tidak mengapa itu adalah pendapat masing-masing. Tetapi pendapat harus diselangi dengan sebab-sebab yang sahih. Bukan penyokongan yang melulu.
Berbalik kepada kemenangan Anwar di Permatang Pauh. Negara ini adalah negara berdemokrasi, dan saya fikir kita hormati pengundi Permatang Pauh jika mereka memilih Anwar. Saya juga berpendapat BN sebenarnya tidak mempunyai peluang yang cerah disana, cuma tanggapan saya bahawa Arif Shah dapat menurunkan majoriti Anwar adalah meleset sama sekali, bahkan Anwar mendapat majoriti lebih dari Wan Azizah!
Namun begitu jika dilihat dari perspektif lain, kemenangan disana bukan tandanya kesemua rakyat Malaysia mahukan Anwar ataupun PR adalah parti pilihan secara keseluruhan. Semua sudah maklum bahawa Permatang Pauh adalah kubu kuat Anwar. Ini tidak boleh disangkal. Rujuk kepada carta dibawah, kita dapati Anwar mendapat sokongan/simpati dari pengundi sejak tahun 1999. Dan sudah pasti kemenangannya adalah dijangka.

Mungkin ada diantara pembaca blog, akan mengatakan "ini adalah alasan dari orang yang sudah kalah". Sebelum anda membuat tafsiran begitu, kita ambil perbandingan Ku-Li yang tidak pernah kalah di Gua Musang. Rata-rata Kelantan adalah hak milik PAS. Tetapi dikawasan Gua Musang, PAS tidak pernah menang.

Mengapa begitu? Bukankah BN bukan parti pilihan rakyat? Bukankah PAS mentadbir Kelantan dengan berjaya? Bukankah PAS membawa segala pembangunan ke Kelantan? Bukankah juga PAS yang memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan? Jikalau begitu mengapa Ku-Li dari parti yang lemah,rasuah dan pelbagai tohmahan lagi masih menang di Gua Musang? Kes yang sama juga boleh diguna pakai di Permatang Pauh. Cuba fikirkan.
Bilangan pengundi menurun, daripada 81% kepada 65%. Apakah makna ini? Pada pendapat saya, meningkatnya golongan yang kurang pasti ataupun mereka yang dikatakan diatas pagar. Undi Anwar salah, undi Arif pun salah, lebih baik tidak mengundi. UMNO/BN masih mempunyai peluang untuk menawan hati 11,201 pengundi pada pilihan raya ke-13 jika mereka memberi keutamaan kepada rakyat dan memulakan pendekatan yang mesra rakyat bermula dari saat ini dan bukannya hanya pada PRU sahaja.
Akhirkata, kita menghormati pengundi Permatang Pauh. Ini adalah pilihan mereka. Jika mereka mahukan konsep "Malaysian Malaysia" kita hormati mereka, jika mereka mahukan konsep "hak kesamarataan" kita hormati mereka, jika mereka mahu memansuhkan hak keistimewaan Melayu kita hormati mereka, malah jika mereka mahukan konsep "Islam adalah sama dengan Kristian, Budha dan Hindu" sekali pun kita harus hormati mereka. Ini adalah pilihan anda.
Baca seterusnya...Gajah lawan gajah, kancil mati di tengah-tengah