Minyak: Mengapa Kerajaan Menindas Rakyat? - MalaysiaKini

|



Pada 1 Sept lepas, sepatutnya rakyat Malaysia mendapat penurunan harga runcit minyak sebanyak 5sen/liter berdasarkan formula disini. Harga minyak dunia sekarang berlegar pada aras $110/tong, dan jika kiraan saya tepat, sepatutnya kita menikmati durian runtuh dengan harga minyak runcit sebanyak RM2.37/liter.

Tetapi perkara ini tidak berlaku kerana Shahrir Samad telah berdusta. Dan PakLah pula memberi jaminan harga minyak runcit hanya akan turun jika pada kadar bawah $110 sehingga akhir tahun ini? Hairan, kita terpaksa menunggu sehingga akhir tahun? Mengapa perlu begitu? Dimanakah dasar prihatin kerajaan terhadap rakyat? Jangan apabila sampai 15hb baru ingin menurunkan harga minyak runcit kerana takut ditumbangkan.

Semalam, sekali lagi Shahrir Samad membuat kenyataan yang boleh dikatakan kurang cerdik.

Syarikat-syarikat yang memberi hadiah petrol ini diminta menghentikannya sebab ia menggunakan subsidi kerajaan dan sekali gus melibatkan perbelanjaan wang rakyat.


Saya rasa amat sedih dan agak terkejut dengan kenyataan begini. Sudahlah kita terpaksa membayar lebih untuk minyak, sekarang dia pula tidak mahu apa-apa hadiah dalam bentuk minyak?

Sudah jatuh ditimpa tangga

Tindakan ini boleh dikatakan 'meragut' peluang rakyat untuk meringankan beban yang dihadapi oleh kita! Ini juga bukan kali pertama kerajaan membuat penilaian yang berat sebelah dan tidak memikirkan perihal hak-hak pengguna.

Pada tahun 1998, stesyen-stesyen minyak di Malaysia pernah berlumba-lumba mengurangkan harga minyak mereka. Perang harga minyak tersebut bermula dengan stesyen minyak Esso(Rujukan: Utusan 03/06/1998). Tetapi perang tersebut terbantut kerana campur tangan daripada kerajaan. Kes yang sama berulang 10tahun kemudian, dengan kerajaan menghalang pemberian minyak sebagai hadiah.

Apakah pemberian hadiah itu menyalahi akta barang kawalan? Jika begitu, bagaimana pula dengan hadiah pertandingan lain dalam bentuk keperluan asas seperti tepung dan minyak yang juga merupakan barangan yang disubsidi


Adakah dakwaan Shahrir benar? Apakah benar perbelanjaan subsidi sekarang ini adalah wang rakyat? Sekarang rakyat negara ini membayar lebih daripada harga minyak dunia.

seperti menegakkan benang yang basah

Berdasarkan pengiraan saya, harga yang kita bayar sekarang adalah untuk harga minyak $116.83/tong dan harga sekarang adalah $110/tong. Secara kasar kita membayar 5.85% lebih kepada kerajaan. Jumlah ini bermakna rakyat pula memberi subsidi kepada kerajaan sebanyak RM82.39juta untuk minggu ini sahaja!!(Kiraan ini berdasarkan pembayaran Petronas kepada kerajaan untuk tahun kewangan berakhir 31Mac2008. Boleh rujuk disini) Ini merupakan suatu bentuk penindasan terhadap rakyat!

Saya berharap sangat kerajaan menyemak semula harga minyak runcit kerana, padahnya bukan setakat kepada rakyat, malah kerajaan sendiri akan merasakan bahangnya. Jika rakyat miskin, kuranglah kutipan cukai/duti/etc. Jika kurangnya cukai/duti/etc maka kuranglah juga pendapatan kerajaan dan ini membawa kepada terbantutnya ekonomi negara. Akhir sekali rakyat akan menggulingkan kerajaan akibat tekanan ekonomi.

Untuk setiap daya tindakan , terdapat satu daya tindak balas yang mempunyai magnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan.


- Hukum gerakan Newton ketiga

4 ulasan:

Unfiltered-Madness berkata...

Wah. Baca artikel ni terbuka sikit minda.

Kerajaan Dollah memang pandai bersandiwara

Tanpa Nama berkata...

Kenapa Pak Dollah nie....

Dulu kata len, lepas tue kata len, pasnie kata len...

Pak Dollah penipu...
Memula dulu kata minyak naik lepas bulan,
tetiba umum minyak naik 24jam,
lepas tue kata minyak dikira setiap bulan kerajaan just kasi subsidi RM3/liter (tutup akaun bulanan)
Lepas tu masa pilihanraya permatang pauh kasi gula2 minyak turun 20sen.
sekarang nie pula kata cukup tahun baru kira minyak.

Nie baru isu minyak jer dier tipu, belum lagi isu2 len....
Isu masa PRU aritue dier kata mana ada bubar parlimen..tup2 besoknyer parlimen bubar...
WEI AKU DAH XSUKA LAA NGAN PAKLAH PENIPU NIE....

Bak kata bidalan,
siakap senohong,
gelama ikan duri,
bercakap bohong,
lama-lama mencuri.

tapi PAKLAH nie dah hidup lama..so pasti dier dah mencuri...

p/s: PAKLAH harap dapat datang awal masa perhimpunan bulanan JPM, kalo Datuk Seri Najib boleh sampai tepat waktu kenapa PAKLAH x boleh sampai tepat...kerap sangat datang lambat nie... nanti semua staff JPM gelap coz tunggu tengah panas.. tau laa dapat vitamin E, tp semua dok pakai blazzer, abis berpeluh.

Tanpa Nama berkata...

geram betul ngn pak lah ni...smlm tgk bita, dia tu cm tak de semangat nk selamatkn parti!Tun jugak yg best...pak lah cm rakan tido jek!!!

Tanpa Nama berkata...

ala... turun sposen je..

Siakap Senohong
Gelama Ikan Tawar,
Jangan la cakap bohong,
Kang jadi Penipu cam Nuar..

warwarwar