Propaganda Ajaran Hindu Didalam PKR

|



Hari ini masuk hari ke-6 kita telah berpuasa. Saya ingin menarik perhatian pembaca kali ini terhadap sesuatu isu yang saya fikir penting, dan perlu dihebah kepada semua yang menyokong dan juga ahli PKR yang beragama Islam khususnya.

Jika kita perasan, Anwar selaku ketua/penasihat PKR selalu menyebut perkataan "Makkal Shakti" didalam ceramah-ceramahnya sebelum dan juga selepas kemenangan besar PRU lepas. Tapi adakah beliau faham maksud disebalik perkataan itu?



Secara umum ramai yang berpendapat Makkal Shakti membawa maksud kuasa rakyat, tetapi tahukah kita maksud sebenar perkataan tersebut? Atau mempunyai propaganda daripada mereka yang beragama Hindu? Mengikut Wiki, Shakti membawa maksud

'The Divine Mother'. Shakti represents the active, dynamic principles of feminine power. In Shaktism, Shakti is worshiped as the Supreme Being.

However, in other Hindu traditions of Shaivism and Vaishnavism, Shakti embodies the active energy and power of male deities (Purushas), such as Vishnu in Vaishnavism or Shiva in Shaivism. Vishnu's shakti counterpart is called Lakshmi, with Parvati being the female shakti of Shiva.


Rujukan: Wikipedia
Ianya adalah nama seorang dewa didalam ajaran Hindu! Malah ianya juga merupakan satu lagi cabang didalam ajaran hindu yang dipanggil Shaktism. Saya tidak mahu membuat andaian melulu tentang pegangan agama Anwar, tetapi samada dia sengaja ataupun tidak perasaan, Anwar telahpun menyekutukan Allah dengan melaung-laungkan mereka ini adalah 'Rakyat Shakti'. Rakyat kepada dewa hindu bernama shakti

Apabila engkau meminta, maka mintalah kepada Allah, dan apabila engkau memohon pertolongan maka pohonlah pertolongan itu kepada Allah.


- HR. At-Tirmidzi
Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.(Rujukan: Wikipedia)

Apabila kita bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah, ini merupakan mempersekutukan Allah dan ianya adalah syirik. Bahkan ianya boleh membatalkan Islam( Rujukan: Harakah). Mungkin apa yang dilakukan oleh Anwar adalah dengan tidak sengaja, atau kerana dia adalah naif atau tidak sedar kerana asyik melihat sokongan yang diberikan kepadanya sehingga terlupa tentang halal dan haram dan syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jali (terang dan nyata).

Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi.


– az-Zumar:65
Tetapi jika apa yang dilaung-laungkan oleh Anwar dan pengikutnya(yang beragama Islam) tidak mempunyai niat untuk menyekutukan Allah, ianya tetap salah,makhruh dan mungkin juga berdosa. Ramai yang terjerumus dalam suatu perbuatan tanpa menyedari buruknya perbuatan tersebut. Janganlah kita terikut-ikut dengan cara sesuatu puak/kaum, kerana kita mempunyai cara kita sendiri sebagai Muslim.

Barangsiapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut.


- HR. At-Tirmidzi
Janganlah kita melaung-laungkan sesuatu perkataan yang kita tidak fasih atau faham, kerana takut apa yang dilaungkan kita itu mungkin terjatuh kedalam syirik khafi kerana kejahilan kita. Kes yang sama juga kita boleh berikan didalam lirik-lirik lagu didalam bahasa selain bahasa ibunda kita kerana takut terdapat propaganda jahat daripada agama lain cuba merosakkan akidah umat Islam kita ini.

Cuba kita selidiki secara mendalam perkataan yang terkandung dalam sesuatu ayat itu sebelum kita menelannya, takut-takut ada propaganda yang tersirat dan juga tersurat. Akhir kata, saya harap penyokong PR janganlah kita dengan sembrono menyebut-nyebut apa yang dilaungkan oleh Anwar.

Ada udang sebalik batu

15 ulasan:

Unknown berkata...

salam...

aku memang tak berkenan dengan PKR ni, pada fikiran aku PKR ni parti yang bermotifkan perjuangan peribadi iaitu membela nasib DSAI. Parti ni mengambil kesempatan diatas kelemahan pemerintah UMNO pada ketika ini yang dikepalai oleh Pak Lah untuk bermuka-muka memperjuangkan nasib rakyat bawahan. Padahal kemenangan mereka baru-baru ini adalah disebabkan ketidak puasan hati pengundi kepada pemerintah yang ada bukannya sebab pengundi memilih pembangkang sepenuhnya.

Admin berkata...

Depa mana peduli benda-benda ni...
Majlis berbuka puasa pun dengan DAP...NANTI PANGGIL BUSH PULAK, MAJLIS KESYUKURAN ACARA LOMPAT KATAK...

Man In Black berkata...

Saudara,

Saya bukan penyokong PKR tetapi saya rasa perlu saya betulkan saudara. Perkataan Sakti dan Shakti; walaupun ejaan dalam bahasa Tamil adalah sama, mempunyai cara sebutan yang berbeda. Sakti bermaksud kuasa; shakti seperti yang saudara telah terangkan merujuk kepada satu dewa yang disembah orang Hindu. Dua perkataan itu bukan sama dan tidak membawa maksud yang sama.

Sekadar bagi menambah pemahaman saudara. Bukan propaganda agama.

Sekian saya,
Che

Unfiltered-Madness berkata...

Inilah akibatnya bila tak periksa habis2 sesuatu perkara.

Diorang pakat2 laungkan tapi tak tau makna yang sebenar.

my berkata...

Kepada Che Eduardo,

Terima kasih atas ulasan tentang perbandingan ejaan dan sebutan Sakti dan Shakti, namun begitu maklumat tentang ejaan tersebut saya perolehi daripada Harakah(lidah rasmi PAS), boleh rujuk disini. Apa yang dilaporkan adalah laungan Makkal Shakti. Jadi saya tidak fikir cubaan memesong(spin) disini kerana sumber tersebut adalah sahih dan daripada puak PR sendiri :)

Tidak ada niat untuk mencetuskan kemarahan terhadap agama Hindu, cuma sebagai seorang Islam, kita perlu berhati-hati melaung-laungkan sesuatu takut-takut kita mempersekutukan Allah. Umat Islam mempunyai cara tersendiri untuk meluahkan kesyukuran mahupun kegembiraan.

Terima kasih sekali lagi terhadap keterangan perbezaan sebutan yang membawa maksud berbeza.

p/s: gunakanlah cara kita sendiri..

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

HINDUSTAN ke? memang pandai berlakon. studio kat bollywood yahudi studio kat hollywood

Tanpa Nama berkata...

Sakti dan shakti itu sebenarnya satu perkataan sahaja. Hanya ejaan berbeza. Ia bermaksud kuasa. Dalam agama Hindu, ia juga boleh merujuk kepada dewi kerana dewi dianggap sebagai kuasa. Walau bagaimanapun, saya pasti saudara Muslim dalam PKR merujuk kepada "kuasa rakyat". Tambahan pula, perkataan sakti itu ada dalam Bahasa Melayu dan ia diambil dari Sanskrit. Saya berharap penerangan ini dapat menyelesaikan salah faham saudara.

Tanpa Nama berkata...

HAHAHAHA!Lawak antarabangsa.... Tahupun jgn fitnah...habis tu kamu buat ape? Brader, kalo kita nak maksudkan rakyat kepada shakti dlm bahasa tamil ialah 'shaktiyin makkal'. Sape yg ada udang di sebalik batu? sape yg buat propoganda? Kamu ke, makkal shakti? makkal shakti tiada maksud lain melainkan people power. Lain kali fakta tu kaji dulu...jgn melulu tulis artikel yang tak masuk akal...Otak di kepala brader bukan lutut.

tiamia berkata...

Untuk Mathew Scott and Lawak Beb,

Tak kira la makna apa tapi agenda yang nyata dibelakangnya ialah untuk tarik pengundi india. Betul tak.

Power rakyat konon. Ni aku ni bukan rakyat. Aku tak sokong!!Aku tak pernah setuju dengan anwar mabuk kuasa tu. Kerana manipulasi lah rakyat macam aku jadi marah sangat.

Cakap tak serupa bikin. Dajjal saje buat perangai macam anwar dan pengikut-pengikutnya.

Admin berkata...

aish aish asih.. PKR fail la. mula2 aku ingat ok la PKR nih, rupanya bile dah menang skit, baru nmpk dio punya songehnya.

PKR di gunakan oleh bukan melayu itu meminta dan menganggu hak2 org melayu.

kpd penyokong PKR ( macam aku dulu la...) sedar lah sikit,hak2 org melayu makin tercabar. Kalau PKR jado gov, tgk sajalah apa jadi pada org melayu.

skrg, aku nak pegi ke umno atau pas. TOLAK PKR!!!
===
sertai hujah di
http://malaysiachannelnews.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Kami benar2 tak paham. Ape lagi yang hak yang korang nak? Kami tak pernah nak ganggu hak korang la...kami hanya nak hak kita org pun di ambil peduli. Pelajar melayu 3a dapat medic pelajar indian 13a dapat forestry...macam mane kami nak hidup kalo begini? Yang diatas tu bukan perkara yang tidak benar tau ke....Kamu yang cuba melenyapkan kaum lain di Malaysia...cakap Malaysia multiracial, tapi kenapa kita tak dapat hidup setaraf? kenapa satu agama di besar2kan dan satu agama ditindas? Malaysia hanya akan merdeka jika setiap insan di Malaysia membahaskan dirinya sebagai Malaysian dan bukan india,cina,melayu!!!

Tanpa Nama berkata...

Kepada tiamia,
Anwar menggunakan 'makkal sakti' kerana hindraf telah menggunakannya dan telah mendapat perhatian kerajaan. Kalau nak tarik pengundi india pun, mereka hanya golongan minoriti. Kita sebagai rakyat haruslah bijak memilih pemimpin kita. Kita tidak harus terbawa-bawa dengan menyokong satu parti sahaja dan harus memilih parti yang dapat membawa perubahan yang baik kepada kita. Pada masa ini, saya rasa yang kerajaan BN harus ditukar kerena mabuk kuasa dan pengendalian ekonomi yang salah. Dan saya tak kisah jika PAS atau PKR mengambil alih, asalkan hak asasi rakyat dijamin.

Tanpa Nama berkata...

dear frens, i would like to stress we are all the same, Malaysians. Chinese & Indians are 'pendatang' to Malay, but arent 'Malays' too pendatang to the orang asli?? You can find information about dis if u dun believe me. Y den practise double standards? 1 of my malay fren told me even in Islam, people are to be treated the same. I think all races shud work together to achieve greater heights. In the worst case, we r nt bothered and do nt wish to question the malay special rights. Jz dun deprive others their rights.

Tanpa Nama berkata...

PKR memang tak valid untuk Melayu dan Islam. Tiada peranan langsung. PKR wajib ditolak oleh Melayu & Islam.

GAFARO a.k.a. agentno9 berkata...

gua rase artikel ni ditujukan kepada yang beragama islam,
walaupun ape tujuan DSAI ucapkan perkataan tersebut.......
bagi kami yang beragama islam berasa DSAI lebih elok menyebut perkataan tersebut dalam bahasa melayu
BUKAN APA NAK BAGI ELOK