Teresa Kok: Terlupa, Tersasul dan Terhina.

|



Sekali lagi satu kontrovesi melanda exco kanan kerajaan Selangor ini. Jika dahulu beliau ditahan dibawah ISA akibat kenyataan beliau dilaman blognya yang dikatakan oleh polis boleh menyebabkan ketengangan kaum dan agama, kini setelah dilepaskan oleh pihak polis, Teresa tersasul pula.

Ini bukan kali pertama Teresa terlupa, sudah banyak kali beliau terlupa. Mengenai petisyen aduan penggunaan pembesar suara masjid pun beliau pernah terlupa juga. Seorang pembaca blog beliau pernah menanyakan soalan mengenai khabar angin tersebut dan ini jawapan beliau.

Hi Sinatra, I know nothing about the case. Please note that I am a state executive councillor or state minister. Since Satim is only an opposition back bencher, why should I present a petition to him? It should be he who presents the petition to me. Those guys that spread this kind of untrue news seem don’t have any knowledge about our roles. They have forgotten that Satim has become an opposition ADUN. Do I need to sign a SD?


Tetapi setelah tersebar luas dimedia arus perdana, dan begitu ramai yang bertanyakan soalan tersebut, ini pula jawapan beliau.

Selepas itu, saya diberitahu oleh bekas pembantu pejabat perkhidmatan Kinrara saya bahawa penduduk yang membantah tentang bunyi azan tersebut pernah menghantar salinan petisyen tersebut ke pejabat saya dan minta bekas pembantu saya untuk "acknowledge receipt" dengan cop pejabat saya dalam surat mereka.


Lain sungguh tonasi Teresa sebelum dan selepas? Mengapa sebelum ini begitu beriya-iya menafikan perkara tersebut hingga sanggup mengatakan kepada pembaca blog beliau yang beliau TIDAK tahu apa-apa tentang kes tersebut? Nah, selepas dua bulan? Adakah exco begini yang kita mahukan?

Dek kerana beliau menghuru-harakan keadaan dengan memperbesarkan isu tersebut didalam blognya, beliau telah ditahan bawah ISA bagi mententeramkan keadaan dan tidak memudaratkan lagi keadaan. Semasa beliau didalam tahanan, beliau sempat menyaman Utusan sebanyak RM30 juta atas alasan, akhbar Utusan memfitnah dan merosakkan nama baiknya. Beliau hanya ditahan selama tujuh hari dalam penjara di balai- polis “antara Sentul dan Jalan Ipoh”.

Setelah dibebaskan, beliau segera membuat kenyataan media(PC) cuba memburuk-burukkan layanan ketika didalam tahanan.

Ahli parlimen Seputeh itu juga mendakwa, beliau dijamu “seperti makanan anjing” - dua butir telur rebus, timun dan kuah dua kali sehari pada waktu makan tengah hari dan makan malam.


Kenyataan ini dipetik oleh Utusan dari MalaysiaKini dan kemudian menulis ulasan didalam akhbar mereka. Tiga hari kemudiannya Teresa tidak berpuas hati dengan kenyataan beliau sendiri dan mungkin takut apa yang didakwanya sebelum itu tidak benar(yang sememangnya tidak benar langsung) dan dihebahkan kepada media, beliau sekali lagi membuat PC bagi memperbetulkan kenyataannya sebelum ini.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim hari ini mendakwa makanan yang diberikan kepadanya ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah `lebih baik sedikit daripada makanan anjing’.


Dan apa yang lebih menarik lagi, beliau menyalahkan Utusan yang didakwanya memutarbelitkan kenyataannya berhubung perkara itu. Benarkah begitu? MalaysiaKini saya fikir adalah lidah rasmi PR/DAP, mengapa MalaysiaKini tidak dipersalahkan? Mungkin ada yang masih tidak percaya, lihat sahajalah kenyataan beliau sendiri sebelum dan selepas didalam klip video tersebut.



Jadi sekarang, siapa yang sebenarnya pemutarbelit? Anda sudah lihat video tersebut? Adakah Teresa akan menafikan sekali lagi? Jika hari ini beliau sanggup menipu dan mendakwa orang lain atas kesalahan sendiri, adakah kita harus mempercayai kenyataan beliau mengenai petisyen laungan azan tersebut yang dimana beliau menafikannya sekeras-kerasnya?

baling batu sembunyi tangan


Inilah dia ahli politik yang hanya mementingkan diri sendiri. Sanggupkah kita memberi undi kepada beliau lagi?

Untuk pengetahuan umum, MalaysiaKini tidak menyiarkan pun berita tentang isu putarbelit makanan anjing oleh Teresa sehingga hari ini. Mengapa akhbar yang dikatakan neutral dan tidak berat sebelah tidak mahu memaparkan berita tersebut? Diharap pembaca dapat memikirkan hal ini sejenak.

p/s: saya syorkan kepada Utusan memfailkan saman terhadap Teresa RM50 juta, atas alasan membuat kenyataan fitnah dan juga merosakkan nama baik Utusan.

9 ulasan:

Unfiltered-Madness berkata...

ah betul... kena saman andartu tua ni.

Kembara Politik berkata...

Setuju benar Utusan saman Teresa RM50 juta. Kerajaan pun perlu pertimbangkan untuk saman Teresa kerana memberikan maklumat palsu kepada orang awam melalui PC yang dibuat dengan niat mencemarkan nama baik kerajaan. Apa kata dia? "Worse...similar to dog food." Lepas tu tipu rakyat dengan kata 'slightly better than dog food" selepas diasak bertubi-tubi. Apa lagi kerajaan...saman Teresa RM100 juta.

Tanpa Nama berkata...

Mengatakan makanan nasi berlaukkan 2 biji telur dan kuah seperti makanan anjing dan disambut dengan ketawa oleh ahli-ahli DAP dibelakang adalah satu penghinaan yang amat besar pada umat melayu di Malaysia. Inilah salah satu set makanan melayu yang biasa di rumah.
INIKAH PEMIMPIN YANG ORANG MELAYU TELAH PILIH UNTUK MEWAKILI KITA !!!. SEDARLAH KITA TELAH DITIPU OLEH BANGSA SENDIRI (MELAYU PKR/PAS)...

Tanpa Nama berkata...

setuju, saman dia RM750 juta. Hidup Utusan! Hidup ISA! Hidup UMNO! Hidup Melayu!

Ronn berkata...

kalau ada lagi yang flip flop, advice diorang tubuh kelab..

Jeepers Creepers berkata...

Teresa Kok ni memang berniat jahat. Dia juga bersifat racist sebenarnya. Memperlekehkan orang melayu dan islam. Sepatutnya utusan menyamannya.

http://malaysiaheaven.blogspot.com

kulatlapok berkata...

salam PMPPRU12;

TERESSA KOK DAH TERSASUL, MULA KATA MAKAN DALAM PINGGAN, PAS TU LAK MAKAN DALAM MANGKOK LEPAS MANGKOK DIA NI MEMANG DASAR 'MANGKOK HAYUN'

Tanpa Nama berkata...

Inikah dia dinamakn seorang pemimpin..
itulah sikap sebenar DAP.
Sedarlah wahai orang melayu,belajar dari pengalamn orang melayu kita di Singapura..
Fikirkanlah....

Tanpa Nama berkata...

buang je kerakyatan teresa cock ini.. mcm ni nk jd pemimpin? mcm ni PR nk agung2kan? boleh blah la..