V6 atau E200? Yang pasti wang rakyat juga!

|

Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya

- (al-Baqarah : 188)


Tahun lepas sebelum pilihanraya(PRU)-12, Jabatan Audit Negara pernah melaporkan pembelian beberapa barangan dan peralatan yang harganya berlipat kali ganda daripada harga pasaran. Diantara barangan dan peralatan yang dibeli adalah

"Ia termasuk pembelian pemutar skru, pada RM224.94 satu set oleh IKBN berbanding harga pasaran hanya RM40. Turut dipertikaikan ialah pembelian kamera digital pada harga RM8,254.29 seunit berbanding harga sebenar RM2,990. Selain itu harga untuk jek satu tan dibeli pada harga RM5,741.69 seunit berbanding harga sebenarnya hanya RM50."

Walaupun perkara ini telah berlaku 10 bulan lepas, ternyata tiada tindakan tegas mahupun tindakan susulan yang dilakukan oleh kerajaan bagi menangani perkara ini supaya ianya tidak berlaku lagi.

Hakikatnya penyelewengan sebegini masih berlaku, baru-baru ini Menteri Besar(MB) Terengganu Ahmad Said membongkarkan bahawa kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang digunakan oleh Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri sebelum ini terlalu tinggi.

"Bukannya kita nak kata kereta keluaran nasional tidak baik, tetapi hakikatnya kereta itu tidak sampai dua tahun terpaksa diselenggara kerana beberapa komponen kereta seperti kotak gear rosak.

Contohnya kereta yang dinaiki Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar, Toh Chin Yaw sudah dua kali diselenggara yang melibatkan kos sehingga RM50,000. Tetapi kalau kereta Mercedes walaupun mahal tetapi ia jimat dari segi penyelenggaraan tempoh jangka panjang"


Saya tidak ingin mengulas lebih lanjut tentang keputusan Ahmad Said untuk membeli Mercedes E200. Isu tentang harga penyelengaraan ini lebih utama dan perlu diberikan penekanan yang lebih. Kos penyelenggaraan yang dilaporkan oleh Ahmad Said bagi kenderaan exco baru-baru ini agak tidak munasabah.

Kos penyelenggaraan kereta Proton Perdana V6 Executive barisan Exco Terengganu sepanjang 2004 sehingga 2008 menunjukkan kenderaan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh mencatatkan perbelanjaan tertinggi iaitu sebanyak RM235,123.08.

- 24/07/2008 Utusan Malaysia
RM235,123.08?? Ini adalah harga bagi sebuah kereta Mercedes yang baru! Menurut wakil servis Proton, penyelenggaraan kereta Exco tersebut bukan dari bengkel wakil Proton. Dan harga yang dikemukan jugak tidak munasabah.

Bagi kos membaiki atau menggantikan kotak gear pula adalah di antara RM3,000 hingga RM10,000, bergantung kepada bentuk kerosakan yang berlaku.

- 24/07/2008 - Utusan Malaysia
Yang lebih menariknya, kerajaan Terengganu memilih untuk menghantar ke sebuah bengkel bukan wakil Proton.

Sebuah bengkel kereta yang dilantik untuk menyenggara kenderaan rasmi kerajaan Terengganu iaitu Proton Perdana V6 Executive, mengakui mengenakan caj yang lebih tinggi berbanding kereta pelanggan lain.

- 24/07/2008 - Bernama
Mengapa? Bukankah lebih elok jika kita menghantar ke bengkel yang lebih bertauliah dan mempunyai kepakaran dalam kereta tempatan? Atau mungkin terdapat penyelewengan yang ingin dilakukan oleh pegawai tersebut? Malah pemilik bengkel tersebut jugak mengatakan jumlah yang kos penyelengaraan kotak gear yang disebut baru-baru ini adalah tidak benar.

pihaknya mengenakan caj sebanyak RM8,301 bagi menukar kotak gear kenderaan bekas Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Rosol Wahid dan jumlah itu bukannya mencecah sehingga RM20,000 seperti didakwa sesetengah pihak.

- 24/07/2008 - Bernama

Ternyata terdapat penyelewengan berlaku disini. Apa yang saya fikir berlaku adalah, pegawai yang ingin membuat tuntut balik telah menukarkan harga pada resit yang tertera, ataupun pegawai terbabit berpakat dengan bengkel tersebut untuk menulis harga pada resit yang lebih sedikit dari harga sebenar, dengan ini keuntungan atas angin boleh dinikmati oleh pegawai tersebut.

Adat gajah terdorong

Apa yang saya pasti pegawai kerajaan yang meluluskan tuntutan tersebut harus bertanggungjawab dalam kes ini. Pada waktu yang sama, kerajaan harus menyiasat dengan lebih serius lagi perkara ini. Satu mekanisma harus dibentuk bagi membendung perkara ini berulang kembali seperti yang telah berlaku 10 bulan lepas.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nape dorg tak nak bg duit tu kt rakyat?tak pn buat projek2 menaikkan taraf hidup rakyat trg...bli bot canggih utk nelayan ke...upgrade tmpt2 peranginan ke...trg tu kan byk potensi...skng ni bandar trg cm bandar koboi jek...kesian...kesian..negeri kaya tapi tak de ape...

my berkata...

soalan yang baik...cuma MB sahaja yang boleh jawab...antara kemungkinan sbb mengapa ini terjadi kerana terdapat kerakusan didalam pentadbiran. terlalu byk "markup"..walaupun begitu...hari ini BPR telah mula menyisat beberapa projek terdahulu..

"KUALA TERENGGANU 29 Julai - Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan menyiasat dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pelaksanaan projek Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man dan kejohanan kapal layar Piala Monsun di Pulau Duyung jika terdapat asas dan bukti yang kukuh berhubung perkara itu."