BUKIT MERTAJAM 22 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) malam ini melafazkan sumpah di depan jemaah Masjid Guar Perahu di sini bahawa beliau tidak terlibat atau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.
“Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawasanya saya tidak terlibat dan mengenali wanita Mongolia yang dikaitkan dengan diri saya.
‘‘Biarlah Allah menjadi saksi di dalam Masjid Guar Perahu yang mulia ini. Saya tidak mahu kata ini sumpah rasmi atau tidak, tapi ini urusan saya dengan Allah. Apa pun tohmahan, saya percaya saya berdiri di atas prinsip yang benar,” kata Timbalan Perdana Menteri.
Pada majlis itu, Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Al-Habshi yang turut berucap berkata: “Sumpah Datuk Seri Najib benar dan diakui Datuk Seri Najib tiada kaitan dengan Altantuya.”
Rujukan: Utusan 23/08/2008
Ulasan: Untuk kali ke-2 Najib bermubahalah dihadapan rakyat. Kali ini sahih! Anwar bila lagi?
9 ulasan:
Jangan ditanya sama itu Anwar. Biarlah dia sama labu-labunya
ITULAH YANG SEBAGUSNYA UNTUK MEMBUKTIKAN YANG BELIAU TIDAK BERSALAH. SO KEM PR KENA LA BUAT SESUATU UNTUK BUKTIKAN APA YANG DIKATAKAN OLEH MEREKA BENAR. JANGAN HANYA PANDAI BERCAKAP SAHAJA. KERANA BERCAKAP SESIAPA PUN BOLEH..
zaman sekarang manusia berani bersumpah sewenang wenangnya. Siapa boleh tentukan sumpah seseorang itu benar atau tidak? melainkan Allah saja yang tahu. hendaknya sapa yang bersumpah palsu tu Allah kasi dia kena petir on the spot. dapat cash..
sekarang ni orang sudah tidak takut mempermainkan nama Allah sebab dia belum dapat bayangan balasan di akhirat. kadang-kadang kerana duit, sanggup minta diri dilaknat hingga ke hari kiamat dan ke anak cucu.
mat jenin..
dah salah, takutla
salam Bro..
setuju dengan 'Tanpa Nama 12:24:00 Am) zaman sekarang manusia berani bersumpah sewenang wenangnya. Siapa boleh tentukan sumpah seseorang itu benar atau tidak? melainkan Allah saja yang tahu.
Jangan ragu jangan bimbang..DSAI akan bersumpah di Mahkamah yang sudah tentu ada buktinya dalam bentuk fizikal.... sekarang sumpah dah tidak menjadi hairan kepada rakyat di negara ini...kerana sekarang seperti dah jadi MUSIM iatu MUSIM BERSUMPAH semua orang dah nak bersumpah..
Saiful, Bala, Dr. Othman, Najib, Tajol dah juga buat sumpah-sampah..
lepas ni sapa lagi yang nak buat sampah..??
lepas ini hny dgn sumpah shj semua org blh mbuktikan bhw die yg benar..
so, perogol2 & penjenayah2 sekalian..anda xperlu risau..sbb bersumpah jela kan..kalau balasan Allah on the spot..itu dh nasib anda..kalau Allah mahu mberi anda peluang utk bertaubat..anda mungkin selamat..sbb di hari Akhirat, tiada sesiapa kenal anda lg..tp jgn lupe anda akan tetap mdapat balasan jg..
Iza,
Ulasan sinis yang menarik. Cuba renungkan sejenak ... apakah mangsa rogol,liwat,sumbang mahram semua perlu kemukakan 4saksi bagi membuat laporan bahawa mereka telah dirogol..diliwat??
Atau jika ini berlaku kepada saudara kamu sendiri perlukah mereka mencari 4saksi??
Dan kepada perogol dan peliwat semua..ada tidak perlu risau..kerana anda boleh membuat tuntutan qazaf terhadap mereka yang melaporkan/mengadu...
to my,
haiiii...
itulah nampaknya betapa jahilnya kita dengan syariah islam, kita nak quote hal2 agama
anda tau tak bgmn sistem jinayat (jenayah) dalam islam....state 4 saksi jer yg kamu ungkitkan, nampak sgt tidak tau tapi buat macam tau (utk pengetahuan ada lagi kaedah....pergi belajar dulu, tak daya nak tulis kat blog nie)
itulah dia jenis manusia islam di malaysia ni...jahil tp berlagak spt berilmu semua...tak kira apa pautan politik BN n PR...
jangan main taram jerr....demi islam and only islam!!!
Catat Ulasan