Penyokong Anwar Tidak Dapat Menerima Muhaballah

|


Ramai penyokong fanatik Anwar masih tidak boleh menerima Muhaballah yang telah dilakukan oleh Saiful semalam. Rata-rata, mereka masih percaya Saiful berdusta walaupun beliau telah bersumpah didalam Masjid bersaksikan dengan Pengarah Jawi dan memegang senaskah Al-Quran juga mengadap kiblat.

Jika kita lihat, penyokong Anwar mempunyai ciri-ciri yang boleh dikatakan sama dengan bakal pemimpin mereka ini; berdolak-dalik. Ada sahaja yang tidak kena. Itu salah ini salah. Saya fikir jika terdapat video Anwar melakukan perkara terkutuk itu(nazubillah) mereka ini tidak akan percaya. Inilah yang dikatakan taksub! Nasihat saya, sebagai umat Islam kita tidak boleh taksub tetapi perlu bersederhana. Jangan fanatik, kerana takut apabila syaitan membisik ketilinga anda, tidak mustahil anda akan hilang arah tujuan.

Berikut merupakan beberapa alasan yang akan diberikan oleh penyokong Anwar yang terlalu taksub kepada beliau untuk menafikan sumpah Saiful.
  1. lafaz tidak lancar macam orang lafaz akad nikah
  2. tersasul tarikh didakwa
  3. tidak datang dari lubuk hati
  4. tidak sembahyang tahiyatul masjid
  5. tidak sembahyang asar
  6. kenapa tidak buat lepas sembahyang jumaat
  7. kenapa imam yang saksi tidak ikut bersumpah sama
  8. orang dulu bersumpah tidak menyebut nombor ic
  9. patut bersumpah bersama-sama anwar
Ini diantara beberapa dolak-dalik yang telah mereka pelajari semasa bersama dengan pemimpin mereka. Saya bukan anti-Anwar tetapi, Anwar adalah manusia biasa dan bukannya maksum seperti Rasul junjungan kita. Malah Anwar juga mempersendakan cara sumpah ini dilakukan

Sumpah 50 kali pun saya tidak peduli


Adakah ini orang yang mahu ke-jalan Allah? Malah Najib sendiri pun telah bersumpah menafikan dia terbabit dengan altantuya bulan lepas dikhalayak orang ramai.

Pada petang Khamis, 10/7/2008, Datuk Seri Najib melafazkannya di depan Ketua UMNO Bahagian, Exco Pemuda, Wanita dan Puteri dari 191 bahagian UMNO di seluruh negara yang menghadiri taklimat khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra,Kuala Lumpur.

Wallahi Wabilahi Watallahi’ ... Begitulah lafaz sumpah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menafikan beliau pernah bertemu dan mengenali wanita Mongolia Altantuya Shariibu.


- Rujukan: KL pos,Agenda Daily


Kesimpulannya, Saiful sudah bersumpah, Najib sudah bersumpah, Anwar bila lagi? Kepada yang terlalu taksub kepada Anwar dan berkesempatan berjumpa dengan beliau saya seru rakan-rakan semua mendesak Anwar bersumpah dia tidak pernah meliwat Saiful. Anwar tidak perlu takut JIKA dia benar.

berani kerana benar, takut kerana salah


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam..

‘Wallahi Wabilahi Watallahi’... hanya dimulut..didalam hati selepas bersumpah..kte x mngetahuinya..kte tgg je tgk yg mn benar..sy x mnyebelahi sesiapa...byk lg kes2 lain spt liwat ni tjadi..tp mngapa hanya bl kena pd org penting..ia mjadi isu..

Unfiltered-Madness berkata...

to ida,

Anwar yang membuat isu kes ini. Walaupun di dalam hati saiful lain tetapi SYURGA dan NERAKA dia sudah pertaruhkan. Jadi dia yg buat dia yg tanggung.

BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH

Harap maklum

Harimau-Menaip berkata...

Tuan;

Saya bukan menyebelahi sesiapa. DSAI juga telah bersumpah dalam ceramah-ceramah beliau (tengok di youtube). Hal sumpah ni, saya tunggu respon ulama. Saya percaya, hanya mereka yang layak menasihatkan umat yang tertanya-tanya.

my berkata...

Harimau,

Saya biasa melihat siri you-tube yang Anwar bersumpah, samalah juga apabila Ezam bersumpah, namun, sumpah yang saya ingin katakan "sah" apabila dia berkata apa yang disaran oleh Nik Aziz dan juga Dr. Asri.. "Wallahi, Wabillahi, Watallahi..". Setakat ini Anwar tidak pernah menafikan dakwaan Saiful inikan pula bersumpah dengan cara yang disaran oleh Mursyidul Pas tersebut...

Ida,
Saudari berkata banyak kes liwat spt ini...tetapi terbaru didalam utusan, seorang remaja telah diliwat. Saya bertanya adakah patut mangsa liwat itu membawa 4saksi sebelum dia membuat laporan polis?

Jika begitu dimanakah keadilan didalam Islam?sampaikan pengadu(mangsa) terpaksa menyediakan bukti sebelum membuat laporan? bukankah ini menunjukkan Islam tidak adil? Perkara yang sama akan digunakan oleh musuh Islam...

fikir-fikirkan lah sejenak..

Abu Muhammad Haikal berkata...

salam untuk semua!!!!! yang ,muslim

saya muskil kenapa tebiat meliwat Anwar bermusim?,apakah memang begitu kaki lewat ada musim...untuk meliwat

SUMPAH,... semua wakil rakyat bersumpah.dari Perdana Menteri hinggalah kebawah.

Apakah semua mereka benar dalam bersumpah.

Lihatlah dikeliling anda, betapa kecilnya kita dihadapan Allah swt..

berfikirlah kerna dengan jalan berfikir akan menuntun menuju kebenaran.....

wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Sumpah ni sumpah mubahalah. Permintaan satu laknat diturunkan kepadanya sekiranya dia bersalah..

kita tunggu sajalah..

Tanpa Nama berkata...

tp knp saiful bsumpah mlibatkan keturunan & ahli keluarga sekali spy sgala bala diturunkan kpd mereka? mereka tidak mlakukan ksalahan sama sekali kan..sy 50:50 antara mereka bdua sape yg benar..cm sedikit kemusykilan spt yg sy katakan sblm ini..knp saiful si gagah x dpt melawan anwar yg sudah berumur & tiada jawatan penting dlm kerajaan??

Tanpa Nama berkata...

Semua org sedia maklum yg bersumpah ni bukan perkara yg boleh diambil mudah..Nama ALLAH tak boleh dimainkan..Sekiranya Saiful berbohong, maka akan ada balasan yg setimpal utk nya..Sekiranya dia benar, saya fikir adalah wajar dia diberi keadilan yg sepatutnya.

Tanpa Nama berkata...

bro,kalau ye pun nak menegakkan hujah eja lah btol2 sket.

mubahalah bro,bkn muhaballah.........

ko buat malu je..........

x arif,tapi buat2 arif