KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya bersumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pukul 6.30 petang ini.
Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama masjid berkenaan, Mohd. Saiful, 23, yang berbaju Melayu coklat menghadap kiblat dan memegang kitab al-Quran telah melafazkan sumpah berikut:
“Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.
“Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah S.W.T dan akan dilaknat oleh Allah S.W.T sehingga hari kiamat.”
Sebelum lafaz itu, beliau mengucapkan kalimah syahadah sebanyak tiga kali diikuti bacaan surah Al-Fatihah.
Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid tersebut dan ahli keluarga Mohd. Saiful di samping para pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Antaranya ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali. – Utusan.
Ulasan: Bagaimana Anwar mahu jawab dipermatang pauh??
9 ulasan:
DSAI pun den menyampah! BUDAK JAMBU ni pun den nyampah! DUO DUO MAU KONO PANAH KILAT...
Seluruh Rakyat Malaysia hendahlah berdoa Semoga Allah SWT tunjukkan sebagaimana terjadi pada Rahim Noor, tangan penuboknya kena parkinson terketar - ketar dan hakim Augtine paul turut kena musibah dan khalid jefry trauma kena belah otak, sekarang berehat dalam kubur disoal oleh malaikat. Ya..Allah tunjukkan segera balasan kpd saiful ini, lebih daripada yang diatas. Amiin
Kepada saudara agas,
Saya fikir kamu diantara mereka yang taksub kepada Anwar. Adakah kamu mengangkat Anwar sebagai dewa? Kamu berdoa supaya menunjukkan balasan kepada saiful sahaja? Mengapa kamu tidak berdoa supaya pembalasan yang sama kepada Anwar? Mereka ini adalah politikus, jangan kamu di perbodohkan oleh mereka...
"Saya tidak menyokong apa-apa tuntutan negara Islam - Anwar Ibrahim 14/01/2008"
Pelik tapi benar berlaku dimalaysia, 1)altatantuya mati kena ledakan bom yang kuat, 2)tempat simpanan bom ada polis yang jaga, 3) setiap bom yang keluar mesti ada rekod siapa mengambilnya dan tujuannya, 4) ketua balai mesti kena tahu bom itu kemana hendak dibawa, bukan boleh lolos dgn mudah
5) Mesti ada kelulusan dari ketua polis yang mana ianya jagai kawasan itu. 6) atas arahan siapa razak baginda kah peniaga kapal selam @ najib selaku Timbalan Pendana Menteri serta juga menteri pertahanan. Bom yg kuat semua ada didalam kepala najib. siapa saya POLIS jugaklah
Pelik tapi benar...
"Saya tidak menyokong apa-apa tuntutan negara Islam - Anwar Ibrahim 14/01/2008"
tapi pada waktu yang sama Anwar pergi ke mahkamah syariah meminta qazaf keatas Saiful?...pelik tapi benar...
kalau tak bersalah apa nak takut, semoga Allah tunjukkan dengan segera bala keatas saiful. Jika benar membuat fitnah....dan org - org lain. yg suka buat fitnah kerana menghalang utk wujudnya perundangan islam, dinegeri 51 tahun merdeka .....Amiin (Dimakan sumpah)
Agas,
Kamu sendiri yang berkata "kalau tak bersalah apa nak takut".. saya syorkan kamu tujukan soalan itu kepada bakal PM kamu supaya segera mengucap dan segera bersumpah cara Islam seperti yang dilakukan oleh Saiful. Setakat ini, tiada yang dilakukan oleh Anwar, hanya masih berpaut dengan konspirasi beliau.
Mungkin selepas 40hari jika tiada bala timpa keatas Saiful, adakah ini bermakna Saiful berkata benar?
Fikirkan lah saudara...Ayuh Anwar...sahut cabaran ku!! Bermuhabalah lah kamu jika kamu sokong pendirian agas "kalau tak bersalah apa nak takut,"
ulasan pun perlu diluluskan? siarkn je sume..takut ape? sepatutnya saiful bersumpah bersama-sama dgn DSAI spy upacara tersebut nampak ketulenannya..dan dihadiri oleh alim ulama..kalo saiful betul..die selamat & DSAI sebaliknya..kalo DSAI betul..die selamat & saiful sebaliknya...kite tgg dan lihat..kdg2 upacara bersumpah ni hny dibuat main2 oleh mereka yg nk menang..slps bersumpah (untuk tunjuk pd org ramai)..dlm hati die bersumpah semula bhw segala yg die sumpah td tidak benar sama sekali..hati manusia katakan..hny Allah yg Maha Mengetahui..Amin...
Tanpa nama,
sumpah tu dibuat di depan saksi yang berkelayakan, di rumah Allah dan memegang kitab Allah.
Kalau sekadar nak main2 pun aku tak rela tau. Syurga dah tak ada tau. Taubat dah tertutup tau
Catat Ulasan